06 July 2012

Kakak Ipar Siti Nurhaliza Sebagai Duta Dan Model Bawal Exclusive


"Ini satu kolaborasi yang tepat di mana kreativiti yang dimiliki oleh Bawal Exclusive dalam mempelbagaikan penggunaan Kristal Swarovski dan gabungan ini mencetuskan keserasian daripada dua budaya menghasilkan produk yang begitu menarik," ujar wakil daripada pihak Swarovski.

Pada hari pelancaran Bawal Exclusive Bersama Swarovski Elements memperlihatkan penglibatan para selebriti terkenal tempatan yang terdiri daripada mereka yang berhijab. Antara yang hadir memeriahkan majlis ini ada Fazurina, Yatt Hamzah, Akma, Anne Ngasri, Farah Asyikin dan Siti Nurdiana.

Yang menarik lagi tentang Bawal Exclusive ini adalah, mereka telah memilih Rozi Abdul Razak iaitu pengurus kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza sebagai model dan jurucakap kerana Rozi tidak pernah menukar jenis dan cara pemakaian tudungnya daripada dahulu hingga kini.


2 comments:

  1. wahh..dah jadi model pulak yer... saper pulak nak uruskan siti lepas ni..?hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. maintain kak zyee jadi PA Siti...ni side income je...kak zyee setia pada tudung bawal dan Siti

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...