28 December 2015

Ikea Cheras #1











Assalamualaikum/Selamat Petang..

Seminggu selepas pembukaan Ikea Cheras, kami menjejakkan kaki ke sana. Wow, ramainya manusia. Kat kafe beratur panjang. Redha je la sebab pergi awal-awal pembukaan kan..

Kat Ikea, aku rembat frame gambar, pasu dan macam-macam la.. Nak cari kabinet besi RM39.90 tu, takde stok la pulak.. Frustnya...

Lupa nak snap gambar barang-barang yang kami beli. Layan gambar makanan je la ye. Ermm sedap mushroon sup kat Ikea.

18 December 2015

Movie Time: The Good Dinosaur





Assalamualaikum/Selamat Petang,

Bertemu lagi kita di hari jumaat yang berkat ini. Syukur masih dipanjangkan umur dan diberi kesihatan yang baik. Alhamdulillah.

2-3 minggu lepas bawa anak-anak pergi tengok wayang filem 'The Good Dinosaur' di MBO Galaxy Ampang. 1st time bawa anak-anak tengok wayang memandangkan anak-anak semua dah besar dan senang nak control ye dakkk.

Terpaksalah melayan anak-anak nak tengok cerita bebudak. Mama dan papanya kena layan je la.. Eh eh, best pulak cerita tu.. Lain kali boleh tengok wayang lagi..

***luang masa cuti sekolah bawa anak-anak jalan-jalan.

04 December 2015

Patin Tempoyak Temerloh - Gobang Maju






Assalamualaikum/Selamat pagi semua...

Bertemu lagi di hari jumaat yang berkat ini..

Untuk peminat tegar ikan patin Pahang, jom pekena patin tempoyak di Gobang Maju Temerloh. Harga berpatutan dan makanannya sedap sangat wah..moh la weh..

Otw dari kampung nak balik ke Putrajaya, kami singgah makan tengahari kat Gobang Maju. Perghhhh!!! sedapnya.

Akan ulang lagi datang ke sini bila nak balik Pahang nanti. 

Semua masakan kampung. Antara menu yang kami ambil ialah patin tempoyak, udang masak lemak cili api dan air special kat sini ialah air bandung aiskrim. Nasi putih yang kami minta tu dah diletak siap ulam dan sambal belacan.

Moh la weh gi GOBANG MAJU TEMERLOH..

*** next week balik kampung yahooooo.... tempat percutian yang paling best ialah di kampung. Sementara ibubapa masih ada, pulanglah ke kampung selalu jenguk orang tua ye.

17 November 2015

Birthday Party - Syuhada













Assalamualaikum/ Selamat Pagi uolsss,

Lamanya tak update blog...Sebulan lebih bersawang...Masa tidak mengizinkan..

Hari ni curi masa sikit untuk update blog buat tatapan kawan-kawan yang sudi singgah ke blog ni.

24 Okt 2015 merupakan besday anak sulungku yang ke 10 tahun. 1st time buat besday party tu pun kebetulan nak datang ke rumah kakakku...cantik sikit view kan...hehe..

Sebelum ke rumah kakakku, aku ke GM Klang shopping sikit jelly, hiasan party dan titbits. Kemudian ke Kedai Kek King's. Aku cari yang murah, cantik dan sedap hehe..

Settle shopping, aku pun mendeko la...simple2 aje...

09 October 2015

Comotnya Mimi







Hai...bertemu lagi kita...Alhamdulillah.

Nak memperkenalkan budak comot ni namanya Mimi.. Comotnya mimi weh..Pohpaleh hehehe..

Sedapnya tengok aiskrim tu...yum yummm

Ok, layan gambar budak comot ni ajelah... No idea..

05 October 2015

Jalan-Jalan Ke Tasik Titiwangsa KL










Assalamualaikum/Selamat Petang...

Bersua lagi kita...Alhamdulillah dipanjangkan usia..Aamiin

Baru berkesempatan nak update blog. Lamanya la blog ni berehat kannnn!!!

Tak nak cerita panjang, just nak bagitau sikit je mengenai gambar di atas.

Gambar tu diambil di Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur. Kebetulan ada open house raya puasa (wah lamanya ko) kat rumah member husband. So, bila dah kenyang perut, boleh la gi jalan-jalan bawa anak-anak. Bila dah berjalan ke sini, kena la ambil gambar kenangan.

Ok, ringkas je cerita tu kan..so layan gambar aje la yer..

09 September 2015

Konvoi Raya Ke Hulu Langat [2015]







Assalamualaikum...wbt/Selamat Petang uolss,

Bertemu lagi kita pada hari ini...sementara tak busy sesangat..bos ku ramai yg outstation..so sempat la aku update blog hehehe...

Nak ucapkan berbanyak terima kasih buat tuan rumah iaitu Kak Ani dan Abg Ajis, sedap makanan yang dimasak sendiri tu...tahun depan nak datang lagi..hehehe...Eh, kebetulan musim buah pulak time tu, so kami dapatlah makan durian dan pulasan...ermmm sedapnya...

Tema kami anak-beranak pada hari tu ialah hitam+kelabu...cantik uolsss...(puji diri sendiri hahaha). Tema tu tak dirancang pun, cuma kebetulan.. Dalam gambar baru perasan yang kami sama warna..

Ok la...tamat

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...