30 October 2013

Mamak, Roti Nan Dan Roti Kosong Satuuu!!!



Dulu-dulu mana aku nak pergi kedai mamak..Memang aku takkan pergi walau sesiapa pun yang ajak.

Tapi, start keje kat Putrajaya ni la baru aku pergi kedai mamak.. Boleh la telan. Biasanya aku akan order roti canai je. Nasi goreng , nasi putih, mee atau bihun memang aku tak akan order..tekak tak boleh terima.

Cukuplah sekadar roti canai aje..

First time kot aku try roti nan...biasa aku order roti kosong je..

***Nanti nak try roti cheese nan pulak kat RSMY..Ownernya ialah Datin Ida a.k.a sitizoners yang baru ni masuk kat rancangan JJCM..

Siti Nurhaliza Harap Pahang Menang 3-1


Penyanyi No.1 Malaysia, Dato Siti Nurhaliza akan hadir ke stadium bersama keluarga. Siti mengharapkan Pahang menang 3-1. Perlawanan final bola sepak akan diadakan pada 3 November 2013 di Stadium Shah Alam.

***patutlah Konsert AF minggu ni dibuat hari sabtu..biasa hari ahad kan..Dah agak CT mesti nak tengok bola..betul tekaanku

29 October 2013

Beriadah Di Taman Cabaran Putrajaya









Taman Cabaran terletak di Presint 5 Putrajaya. 2 minggu lepas, bawa anak-anak ke sini. Sukanya anak-anak bila dapat panjat-panjat kat Wall Climbing tu..takpe lain kali kita pergi la ye. Dekat je pun.

Bayaran masuk kanak-kanak: FREE

Review Filem Bencinta


Sinopsis:
 
Menceritakan tentang Fathia ( Nora Danish ) , seorang gadis cantik yang mempunyai perwatakan yang menarik dan keperibadian yang baik. Fathia merupakan seorang Chef di sebuah kafe milik sahabatnya Jane ( Angeline Tan ).


Di kafe tersebut Fathia menemui Faizal ( Farid Kamil ) , seorang ahli perniagaan yang kacak dan kaya. Mereka menjalinkan hubungan cinta dan akhirnya mendirikan rumahtangga. Sepanjang perkahwinan, mereka menjalani kehidupan dengan gembira dan penuh kebahgiaan.

Kehadiran cahayamata mereka iaitu Tiara menambahkan lagi kebahagian dan kegembiraan hidup Fathia dan Faizal. Tahun silih berganti, kebahagian yang selama ini dikecapi menjadi semakin hambar apabila Faizal mula bertindak kasar dengan memukul Fathia dan menjalinkan hubungan cinta dengan wanita lain.
 
Segala pembohongan Faizal terbongkar, Fathia telah menyedari bahawa perhubungan cinta antara mereka adalah pembohongan semata – mata demi kepentingan peribadi Faizal. Fathia berasa amat kecewa dan sedih dengan apa yang berlaku dan dia telah membuat keputusan untuk membawa Tiara pergi jauh daripada hidup Faizal.

Sepanjang persembunyian Fathia dan anaknya Tiara, mereka telah dibantu oleh Shah ( Qi Razali ) , sahabat baiknya daripada kecil. Kehadiran Shah juga telah merubah hidup Fathia dan Tiara ke arah kegembiraan dan berjaya mengubah kekecewaan Fathia. Mampukah Fathia dalam menghadapi Faizal yang tidak berperikemanusiaan ? Masih adakah ruang bahagia untuk diri Fathia dan Tiara ?
 
 Review:
 
Filem ini sangat menarik. Pelakon pun hebat-hebat.Jalan ceritanya best. Rasa macam nak tonton lagi je.Ini cerita sedih dan geram dengan perilaku suami yang ada perempuan simpanan. Harta tidak boleh membeli kebahagiaan ye..

Mini Smarties & Kit Kat Form Paris



Tiada kata yang lebih bermakna hanyalah ucapan THANK YOU BOS..

lain kali beli ole-ole lagi ye..sayang bos

24 October 2013

Aqil Seorang Yang Berani




Al-kisahnya....

Dulu Aqil sangat takut bila ajak gunting rambut.. Sekarang dia la orang nya.. Berani dah, siap senyum simpul bila tengok cermin..

23 October 2013

Gambar Raya Haji [2013]



Assalamualaikum...

Hai,

Gambar raya haji yang sikit ni untuk tontonan semua yang buka blog aku. Raya haji tak la semeriah raya aidilfitri kat kampung aku ni.. Duk rumah je..tak yah pakai baju raya pun takpe..Sorang dua je yang bertandang ke rumah.

Mak aku suruh aku masak nasi minyak. Aku no problem punyer. Senang aje kan. Tapi ayam masak merah mak aku yang masakkan. Sedap..

Tapi....husband aku tak makan nasi minyak sebab ada kismis kat dalam tu.. Poyo je tak makan kismis. Sedap apa kismis, elok untuk minda kita kan.


Dia makan ke idok, ada ku kesah. Sebab aku suka makan nasi minyak...Selain nasi minyak, mak aku masakkan nasi impit dan kuah kacang. Ni menu wajib tak kira la raya haji or aidilfitri. 

Anak-anak dan husband aku memang suka makan nasi impit dan kuah kacang ni..Tapi sorry ye, gambar nasi impit je sempat snap. Gambar kuah kacang lupa nak snap..hihihi..


22 October 2013

Ketupat Periuk Kera @ Lemang Periuk Kera



Assalamualaikum..

1st time jumpa ketupat/lemang periuk kera ni. Aku terjumpa kat pekan sari Maran kat kampung aku. Sebelum tak pernah pulak nampak ia dijual disitu.

Kalau tak silap aku, dia jual 5 biji RM2. So, aku beli la RM4 sebab teruja kan.

Comel je..nak makan pun senang. Koyakkan je periuk kera tu..

In Shaa Allah, kalau balik kampung lagi aku akan cari ketupat/lemang periuk kera ni.. Sangat sedap tau.. Cuba la..
 

21 October 2013

Cara Orang Korea dan Jepun Menjaga Kulit

Orang Korea terkenal dengan pembedahan plastik manakala orang Jepun terkenal dengan ciptaan teknologi terkini di dalam bidang kecantikan. Pada anda mungkin itu antara faktor utama mengapa mereka memiliki kulit yang cantik. Nampaknya anda silap. Mereka sememangnya ada rutin dan cara mereka yang tersendiri. Jom kita bongkar rahsia kecantikan kulit mereka.



1. Orang Jepun dan Korea minum teh hijau sekurang-kurangnya satu sehingga dua kali sehari. Ia membuatkan kulit mereka bebas jerawat kerana teh hijau merupakan antioksidan yang bagus.

2.Untuk pencuci muka, mereka memilih minyak pencuci (Cleansing Oil ) kerana ia dipercayai mampu mencuci solekan pada wajah dengan sempurna sambil mengekalkan tahap sebum semula jadi wajah. Pelakon Korea, Suzy Bae mengamalkan teknik 424, di mana dia akan mencuci wajah dengan minyak selama empat minit, diikuti dengan pencuci muka berbusa selama 2 minit dan membilas muka selama 4 minit. Mulakan dengan air suam dan diakhiri dengan air sejuk untuk mengetatkan pori kulit wajah.

3. Penggunaan penyegar wajah adalah sangat penting bagi orang Jepun dan Korea. Ia dapat menanggalkan sel kulit mati dan menghilangkan sisa-sisa pencuci muka sekiranya tidak dibilas dengan sempurna. Pemilihan penyegar wajah yang betul penting untuk mengelakkan kulit daripada kering. Orang Jepun memilih penyegar yang mengandungi ethyl alcohol, rubbing alcohol atau isopropyl alcohol. Mereka tidak menggunakan kapas muka dan hanya menggunakan jari untuk menyapunya pada kulit wajah untuk penyerapan yang optimum.

Kyoko Fukada

4. Pelembap muka sememangnya rutin kecantikan yang biasa bagi semua wanita mahupun lelaki. Namun begitu apa yang berbeza adalah cara pemilihannya. Orang Korea percaya pelembap yang dibuat daripada minyak sayuran baik untuk wajah. Minyak mineral seperti petroleum jeli dikatakan tidak mempunyai apa-apa bahan yang boleh menjadikan kulit lembut dan cantik. Sapuan ke atas dan ke bawah harus dipraktikkan untuk penyerapan yang sempurna.

5. Kebanyakan selebriti di Korea mengamalkan senaman wajah dengan menyebut ‘Ma Me Mi Mo Mu’ sebanyak 10 kali untuk menguatkan otot muka dan bibir.

6. Rahsia wajah yang berseri adalah dengan urutan pada kulit yang diamalkan oleh mereka. Gunakan penyental muka atau krim dan urut dengan lembut wajah anda dua hingga tiga kali seminggu. Ini dapat menggalakkan pengaliran darah, oksigen dan menambahkan keelastikan wajah.

7. Setiap kali selepas mengurut wajah, jangan lupa untuk menggunakan pupur wajah untuk melengkapkan rutin kecantikan yang diamalkan oleh orang Jepun dan Korea ini. Pilih pupur yang bersesuaian dan untuk kulit Asia, seelok-eloknya anda memilih pupur pencerah (clarifying mask) untuk mencuci kulit dan pori anda dengan sempurna atau pupur pelembap (moisturising mask).

Chae Rim

Info dari EH!

MD Putu Bambu World




Assalamualaikum semua...blogger,

Nak cerita sikit pasal putu bambu sedap..On the way balik kampung sempena raya haji baru ni, singgah sebentar beli putu bumbu kat tepi petronas(gombak kot). Panas lagi putu bumbu ni. Memang sedap la.

Dah lama ushar sebenarnya, tapi hari tu teringin jugak nak makan. Kepada yang suka makan putu bambu , ini senarai cawangan MD Putu Bambu:

1. NSK selayang
2. Sg Buloh
3. Klang
4. Kajang
5. Rawang
6. Gombak
7. MRR2
8. NSK Wangsa Maju
9. Wangsa Melawati
10. Tesco Ampang.
 
Outlet yang baru akan di buka di tidak berapa lama lagi di:
1. Chow Kit
2. Kota Damansara

Laman Web MD Putu Bambu:  https://www.facebook.com/MdPutuBambu

17 October 2013

Diet Yang Salah

☛ DIET YANG TIDAK KONSISTEN
Ini penyebab mengapa diet kamu selalu gagal. Di awal diet, semangat kamu begitu berkobar-kobar, namun di pertengahan kamu mula melanggar apa yang telah kamu lakukan. Untuk mendapatkan berat badan yang ideal, kamu perlu konsisten dan berdisiplin! Tanamkan semangat dalam diri dan sentiasa ingat “untuk kelihatan cantik kamu perlu menanggung kesakitan sekejap”.
 
☛ TIDAK BERSARAPAN
Alasan mengapa sarapan itu adalah penting kerana apabila kamu bangun tidur, tubuh telah berpuasa selama lapan jam lebih. Tubuh memerlukan nutrisi secepat mungkin dan jika tidak di penuhi, ia akan mengambil nutrisi yang ada di otot dan kesannya akan merosakkan metabolism. Ini secara tidak langsung telah membuatkan tubuh kamu kehilangan kemampuannya dalam membakar lemak.
 
☛ PENGGUNAAN UBAT PELANGSING
Banyak pil diet di pasaran yang dapat menghancurkan lemak. Namun tidak ada penelitian yang boleh membuktikan khasiatnya. Namun begitu, pengambilan ubat diet belum tentu memberikan kesan kepada apa yang kamu mahukan.
 
☛ DIET TANPA BERSUKAN
Jika kamu sudah berusaha semaksimum mungkin mengatur pola makan sihat namun berat badan tidak juga turun, cubalah melakukan senaman seperti olahraga atau pergi ke gim. Ia boleh menjadi satu altenatif untuk pembakaran lemak. Kamu tidak perlu takut badan akan menjadi berotot seperti lelaki, sebaliknya seimbangkan ia dengan suplimen khas untuk kecergasan.
 
☛ SAIZ HIDANGAN
Tidak makan atau makan terlalu sedikit sangatlah salah! Idealnya, kamu perlu makan tiga kali saiz hidangan yang besar dalam sehari dan seimbangkan dengan dua saiz hidangan yang kecil. Tubuh badan kamu akan lebih mudah mencerna dan kamu tidak tidak akan merasa cepat lapar.
 
☛ KURANG TIDUR
Tidak cukup tidur menjadi faktor badan kamu letih dan lesu sekali gus menghalang penurunan berat badan berlaku. Bayangkan jika tidak cukup tidur, perut akan selalu lapar dan kamu akan makan untuk menghilangkan rasa lapar tersebut. Jadi, bagi mengelakan berat badan bertambah pastikan kamu tidur sekurang-kurangnya lapan jam.

10 October 2013

Salam Aidiladha 1434


Salam Aidiladha buat semua muslimin dan muslimat.

Tuan rumah nak balik kampung esok (Jumaat). Rasa macam dah lama je tak balik kampung. Kepada yang nak balik kampung tu, hati-hati dijalanraya.
 

Buah Naga (Dragon Fruit)


Buah naga ataupun dalam bahasa inggeris disebut Dragon Fruit.

Banyak khasiat dan vitamin yang terdapat dalam pada buah naga ni. Harganya tidak lah terlalu mahal. Mampu diceli semua orang.

Hari tu aku beli buah naga ni kat Pasar Tani Putrajaya last week. Rasanya peniaga ni tanam sendiri sebab tak banyak pun buah yang dijual..

Ikan jap: Di Pasar Tani tu ada juga jual kerepek pisang yang digoreng di situ..sedap..tertarik dan menarik bila peniaga tu jual kat situ. Tiap kali aku gi Pasar Tani mesti aku beli kerepek tu..

09 October 2013

Fruit Cocktail


Bahan-bahan:

Susu Cair 
Buah-buahan campuran
Laici
Susu Pekat Manis
Ais Batu

Cara-cara:

Campurkan kesemua bahan ke dalam jug/mangkuk dan sedia untuk di minum.
Very simple and easy.
 

08 October 2013

Agar-Agar Cincau Bersama Nata De Coco


Bahan-bahannya:

Satu peket agar-agar
Gula
Cincau
Nata De Coco

Cara membuatnya:

Mula-mula masukkan agar-agar dan air ke dalam periuk. Kacau sehingga agar-agar itu betul-betul hancur. Setelah agar-agar itu hancur, masukkan gula secukupnya dan kacau lagi. Akhir sekali curahkan agar-agar yang telah siap dimasak ke dalam bekas.
Setelah selesai, masukkan cincau. Cincau itu akan tenggelam ke bawah. Dah boleh sejukkan..

Selamat mencuba resepi yang amat senang ini..

**encik husband gi mancing, si isteri sibuk dirumah..

05 October 2013

Rojak Buah


Hai..Assalamualaikum/selamat sejahtera,

1st time buat rojak buah di rumah.. Ada yang tak percaya ke? Takde masa nak tipu la..

Walaupun untuk sediakan bahan-bahannya amatlah mudah, potong buah dan campur-campur je, kalau dah idea dah tak datang memang tak buat le..

Last week kan ada jamuan makan-makan dari my bos, tiba-tiba ada some yang buat rojak buah..tiba-tiba terlintas di hati nak buat jugak..

Buah-buahan dah beli awal kat Alamanda dan kuah rojak di beli kat KUD. Memang kena beli awal sebab my husband takde 2 hari ni..Esok baru balik dari memancing kat Port Klang ikut Kelab Perbendaharaan..(lepas ni ke mana pulak lah).

Ok, selamat menjamu mata.

03 October 2013

Tragedi Oktober - Lempeng Cicah Sardin




Kerana bosan nak makan apa kat kafe..kami suggest masak lempeng je la..makan ramai-ramai tapi untuk kumpulan sokongan je..

Tapi sedih, baki sambal sardin yang kami makan tadi untuk diberi pada someone di makan oleh orang lain. HARAM tau!!aku tak halalkan ko makan. Semoga tak berkat pada orang yang makan tu..

Bukannya aku tak tulis nama pun..tulis ok..tu pun diorang makan jugak..tak makan saman betul. Dah siap sorok kat belakang..ambik jugak..

Yang tinggal hanyalah lempeng je..sambal sardin dah dimakan orang..

Nak mohon maaf kat aku, sila masak lempeng 1 kilo dan sambal sardin 1 tin besar.

Wassalam.

01 October 2013

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...