04 February 2019

2019 ~ Jahiliah To Jannah



Assalamualaikum wbt... Salam Sejahtera,

Habis sudah bulan pertama 2019. Sekarang kita berada di bulan kedua pula. Eh! Cepatnya masa. Umur makin bertambah dari tahun ke tahun. Ada ke umur yang makin kurang? Makin muda dan muda. Mengarutlah kan! Baki usia kita entah tinggal berapa lama je lagi. Semua rahsia Allah swt. Kita sebagai HAMBA, memperbanyakkanlah amalan yang baik-baik. Tinggalkan perkara yang Allah tak suka. 

Sentiasa pegang ayat ni "ALLAH MAHA MELIHAT". "ALLAH MAHA MENGETAHUI SEGALA NYA DI LANGIT DAN DIBUMI". Apa yang terlintas di hati kita pun Allah tau inikan pula yang kita lafaz dan ucapkan. Takut tak?

Maka buatlah baik-baik. Jom jadi baik. Dekatkan diri dengan majlis-majlis ilmu (taman-taman Syurga) dan dengan orang yang soleh. 

From Jahiliah To Jannah. ALLAH MAHA PENGAMPUN. Mohonlah doa supaya diberikan HIDAYAH. 


Daripada 'Abdullah (‘Abdullah bin Mas’ud) daripada Nabi SAW bahawasanya baginda SAW pernah berdoa:
 
"Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu petunjuk, ketaqwaan, al-iffah (terhindar daripada perbuatan yang tidak baik) dan kecukupan (tidak meminta-minta,)."

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْهُدَى وَالتُّقَى وَالْعَفَافَ وَالْغِنَى

(Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 2721)


Pengajaran Hadith :

  1. Maksud hidayah ialah petunjuk dan bimbingan daripada Allah SWT. Tiada seorang pun yang mendapat hidayah melainkan hanya Allah sahaja yang memberikannya.
  2. Setiap orang perlu meminta hidayah kepada Allah, agar dibimbing untuk mengukuhkan keimanannya, meningkatkan amal solehnya dan tutur bicaranya serta akhlak yang baik dalam menghadapi pelbagai masalah dunia dan akhirat.
  3. Jika seseorang yang menginginkan agar dirinya diberi hidayah untuk menjadi seorang Muslim yang baik, bertaqwa, dapat menjalani kehidupan ini dengan baik, selamat, hati yang damai dan terhindar daripada perbuatan yang buruk, maka mintalah hanya kepada Allah SWT, bukan kepada yang lain.
  4. Berdoalah dengan doa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada kita seperti dalam hadith tersebut.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...