29 May 2014

Big Bad Wolf - Festival Belia 2014


Inilah hasilnya...

Tak banyak pun aku shopping kat situ sebab dia tak banyak buku aktiviti. Aku suka cari buku aktiviti/latihan untuk anak-anak. Buku mak tak beli pun. Nak beli novel memang tak la.. Setahun tak habis baca kot.

Tahun ni macam tak berapa havoc n happening la festival belia..Nampak kureng sangat. Bulan depan floria pulak..emmm cuci mata tengok bunga je la..tak pernah pun beli.

27 May 2014

Red Bull Air Race Putrajaya



Yeaaa...dapat tiket dari By-T. Tq yek sudi hantar ke rumah aku.

Waaa...ramainya orang kat sana...Banyaknya kereta kat sana..Jauh la parking.. Disebabkan 1st time nak tengok redbull ni...Ku gagahi juga la sebab nak bawa anak-anak tengok.. Mama tak excited sangat pun.. ececeh.

Ala..boringnya...biasa-biasa je..Ingatkan ada la aksi yang menarik dan tertarik..takdoh ehhh..

Ok jom balik, hari nak hujan. Otw nak balik kat kereta..hujan pun turun..Dah...cepat sikit lari masuk dalam kereta..perut dah lapar gile...terus gi Gazebo je..dekat dengan rumah..senang..

26 May 2014

Pisang Salai Original Dari My Bos


Apa besa pisang salai dengan pisang cheese ek? Macam sama je..Maybe perbezaannya pisang ni disalai, pisang 1 lagi tu digoreng ye dakkk.

Apapun. TQ mybos..Sedap sangat..Nak lagi!!!erkkk..

22 May 2014

1st Time Overtime



Syukur Alhamdulillah...rezeki

1st time kot baru dapat arahan kena Overtime (OT) a.k.a kerja lebih masa. Bermula  19 Mei - 30 Jun 2014. Dapat la sebulan lebih. Sape nak bagi kan!!!

Lepas la duit tu guna untuk perbelanjaan raya ye dak. (macam konfem jek dapat duit, silap gaya dapat cuti jek). Kita tungguuuuu...

OT ni bukan untuk potpet potpet tau..Ni OT untuk buat keje. Penat jugak angkat-angkat barang ni..bukan setakat angkat-angkat je tapi panjat-panjat gak tau.

Yang terlibat cuma supportstaff jek. PTD jadi penyelaras. ok bai

21 May 2014

Jumpa Ustaz Don & Yatt Hamzah di MOF


Anjuran Puspanita.

FORUM PERDANA HARI IBU: “MENJADI WANITA YANG DISAYANGI, DISEGANI DAN DIRAHMATI”

Tajuk dan penceramah yang best memang wajib kena pergi walaupun tarikh tu clash dengan kursus..Apa boleh buat, ceramah diutamakan. Bukan senang nak jumpa dua motivasi/selebriti ni kan. Diakhir sesi ceramah, Yatt menyampai sebuah puisi yang bertajuk hijrah (kalau tak silap la). Best sangat..menitis airmata dia dan kami-kami semua..
Aku bagi 5 bintang...best sangat pengisiannya...Lain kali datang lagi..

16 May 2014

08 May 2014

Sekitar Sambutan Ulangtahun Ke-19 Siti Nurhaliza Di Dataran Gemilang - Part I

















Tarikh: 27 April 2014 (Ahad)
Masa: 5.00petang-7.00malam
Tempat: Dataran Gemilang Putrajaya

Dengan rasa bangga dan happy nye, DCT nak sambut ulangtahun ke-19 dalam industri seni di Putrajaya. Waah...tepuk tangan untuk diri sendiri..sukanya aku.

DCT menyampaikan lagu Inggeris (tak ingat tajuk), nirmala, biarlah rahsia, cindai dan lebih indah. Pada hari tu, memang ramai giler la kat dataran gemilang tu disebabkan artis No.1 Malaysia.

Ok la, layan gambar-gambar je la yek..

****Zaiton Sameon pun hadir tau..caya la..

Sambung...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...