10 July 2012

[Tip] Ajar Anak Anda Berpuasa

Jom kita ajak anak-anak tengok cerita kartun Upin & Ipin episod bulan puasa. Selain seronok menonton cerita kartun kanak-kanak dapat menghayati makna dan keseronokan apabila berpuasa.

Tip mudah melatih anak-anak berpuasa

1. Bersahur dan berbuka puasa bersama keluarga di rumah.
2. Tanya anak apa juadah yang digemari untuk berbuka puasa.
3. Ajak anak bersama-sama membantu menghidang makanan berbuka puasa.
4. Selepas berbuka puasa, amalkan niat berpuasa untuk esok hari bersama keluarga. Anak kecil akan berasa lebih seronok.
5. Papa kejutkan anak untuk bangun sahur sementara mama menyiapkan hidangan.
6. Elakkan anak daripada aktif bermain di luar rumah kerana ini mungkin boleh memenatkan mereka.
7. Jangan benarkan adik-adik yang lebih kecil berusia tiga hingga empat tahun makan di hadapan kakak/abang yang sedang berpuasa.
8. Kurangkan menonton televisyen kerana ada banyak iklan makanan yang mungkin boleh ‘menggugat’ si kecil.

via Majalah Pa&Ma.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...