30 December 2016

My Husband Birthday [2016]













Assalamualaikum/selamat pagi... deynalovers...haaa gitu

Ketemu lagi 2 hari sebelum tamatnya tahun 2016. Cuba menghabiskan entri yang berlaku sepanjang tahun ini. Boleh ke? kalau tak sempat, aci tak sambung ke 2017?

Gambar di atas tu bulan lepas punya cerita. Lama tak aku peram kasi jadi pekasam?

Gambar pertama dan kedua kat atas sekali tu, aku kat GM Klang cari barang persiapan perkahwinan adik lelaki ku yang telah pun selamat pada 10 disember yang lepas. Alhamdulillah. Murah-murah barang kat kedai Sarang Hae Yo tu. Rambang mata nak pilih. Terlalu banyak pilihan untuk dibeli.

Gambar ketiga hingga akhir....Gambar kenangan di Taman Klang sempena birthday my husband pada 6 november yang lepas. Lepas bergambar sakan, baru pi makan-makan. Gigih aku wat prop. Nak ambil gambar punya pasal.

ok tunggu next entri pulak...

Stay tuned...taraaaa...

21 December 2016

Taman Burung Kuala Lumpur 2016


















Assalamualaikum/Selamat pagi,

Bertemu lagi kita di bulan terakhir 2016. Tinggal beberapa hari tahun 2016 akan meninggalkan kita. Cepatnya masa berlalu. Umur makin bertambah. Pahala makin bertambah tak? Pahala or dosa yang korang nak perbanyakkan??? Ha gitu lah...tazkirah pagi.

Bulan lepas, kami jalan-jalan ke Taman Burung KL. Sian kat anak-anak, bosan duduk kat rumah. Suka anak-anak kejar burung-burung yang jinak kat sana.

Ok tu je nak share...layan gambar aje la..tetiba takde idea..

11 November 2016

Jeruk Marveles





Terliur tak????? Di saat tekak rasa pahit ni, teringat-ingat jeruk marveles (Nad's Homemade) ni... Kecuq ayaq liuqqq!!

Sedap dan murah...

Kombinasi Jambu Batu + Mangga + Kedondong = DELICIOUS nyum nyum .....

#notfeelingwell

09 November 2016

The Best Cheese Naan In Town (RSMY) 2016






Assalamualaikum/selamat petang...

Petang-petang yang mendung ni sedapnya lahai tengok gambar makanan kan!!!

2-3 minggu lepas kami ke RSMY KL kerana kerinduan yang sangat menebal kat cheese naan RSMY ni. Sampai termimpi-mimpi (tipu je tu) hehe... Berita baik untuk penggemar restoran RSMY ini ialah RSMY akan DIBUKA di Bangi uolssss....tungguuu...

28 October 2016

Meet & Greet Bersama Pelakon Suri Hati Mr. Pilot







Assalamualaikum/Selamat petang...

Aktiviti minggu lepas, kami pergi Meet & Greet bersama pelakon Suri Hati Mr. Pilot di MPH Nu Sentral. 1st time datang ke Nu Sentral. Nasiblah ada waze.

Cantiknya alahai si Neelofa aka Warda tu weiiiii....sesuai pulak dengan Fattah aka Ejaz. Bagai pinang di belah dua gitu. Ramai sangat peminat fanatik kat situ...Sampai bertolak-tolak la..Keadaan yang tidak terkawal, akhirnya para pelakon terpaksu di masukkan ke bilik rehat buat sementara waktu bagi keadaan reda.

Selepas 30 minit gitu, pelakon-pelakon datang semula ke tempat M&G. Aku dan anak-anak cepat duduk kat kerusi yang ada. Bila tengok semua bangun dan naik atas kerusi, aku pun sama naik la..Nak ambil gambar punya pasal...

*** ce cari aku kat mana dalam gambar paling atas tu...

13 October 2016

Sunset @ Pantai Kelanang, Banting


 








Assalamualaikum/Selamat petang....

Bulan lepas, untuk mengisi masa terluang kami ke Pantai Kelanang, Banting. Sungguh terkejut melihat air laut tengah pasang. Tingginya mak aii. Ombak bergelora menghempas pantai. Memukul pantai sekuat-kuatnya. Air laut dah sama tinggi dengan tebing.

Rupanya keadaaan laut pasang juga berlaku di tempat-tempat berhampiran sehingga berlaku banjir kecil. Ikutkan hati nak balik je. Perasaan takut menghantui seolah-olah macam nak tsunami. Sebelum balik, aku rakamkan sedikit video dan gambar untuk tatapan pembaca blog i.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...