29 March 2017

Alter Lengan Baju


Assalamualaikum wbt / Selamat pagi,

Sesiapa kat sini pandai guna mesin jahit? Siapa pandai jahit baju? Siapa pandai alter baju/seluar/kain?
Untungnya la siapa yang pandai menjahit ni, tak perlu nak tempah baju kan. Jimat duit poket. Aku setakat nak menjahit blouse, kain duyung, kurung moden boleh la. Baju kurung macam susah bagi aku. 

Ok bercerita tentang gambar di atas, aku ada beli baju set dengan member di FB. Sekali dapat, mak ai besar dan labuhnya lengan. Orang saiz L or XL ok la kot nak pakai baju tu. Memandangkan mesin jahit ada kat rumah, so aku pun alter la lengan tu kasi pendek sikit. Tang bahu/badan belum alter lagi. Sangat mencabar dan perlu ada kerajinan yang tinggi huhhhh. So, baju yang di beli tu tak boleh di gayakan lagi memandangkan tak siap alter. 

p/s: walaupun mesin ni murah dan tak berjenama, ia masih elok sampai sekarang. Dah bertahun usia mesin ni. 

28 March 2017

Laksa Sedap Di Tasik Titiwangsa


Assalamualaikum wbt / Selamat Tengahari....

Siapa suka makan laksa? Majoriti suka makan laksa kan. Hari tu pekena laksa kat Tasik Titiwangsa KL. Pergh!!!!! sedap weh. Secukup rasa. Ia bukan di gerai makan. Ia cuma lori je. Ada beberapa buah lori yang menjual makanan dan minuman. Nasib baik ada buka meja. So, boleh makan kat meja. Nak bersila pun boleh di bawah rimbunan pokok-pokok.

Siapa yang suka makan laksa, cubalah di sana ye.

23 March 2017

Berbasikal di Tasik Putrajaya








 Assalamualaikum wbt /Selamat pagi,

Dah lama tersimpan gambar ni dalan handphone. Masa untuk clearkan gambar-gambar dalam handphone. Banyak sangat la gambar.              

Yang kat atas semua tu adalah gambar bulan lepas. Santai dan riadah petang-petang di Tasik Putrajaya. Basikal ada 3 buah je. So, papanya kena jogging je la. hehehe... Aku pulak bonceng kakak. Mereka tengah kumpul duit nak beli basikal... Semoga berjaya la kumpul duit tu. Tiap-tiap petang boleh berbasikal. 

20 March 2017

Kecantikan Kulit Bermula Dengan Dr.Beau Pure Natural Skin Oil












*** Sesungguhnya akak tak tipu bahawasanya Dr.Beau ni memang best. Sebelum ini, pernah jugak letak produk lain (berasaskan minyak) kat muka tetapi kulit akak tak sesuai. Gatal-gatal dan asyik nak garu je. Habis biji-biji merah kat muka. Alhamdulillah, Dr.Beau ni bila kita sapu kat muka tak terasa berminyak pun. Ringan je muka dan kulit terasa lembap dan tak kering lagi. Ia sesuai untuk sapuan di kaki, tangan, muka dan badan. Jangan makan pulak tau. Kalau terjadi apa-apa, akak tak tanggung ye.

HARGA : 

RM 96.00

TEJA HERBS
No. 16-1, Jalan Equine 10C
Taman Equine, 43300 Seri Kembangan
Selangor Darul Ehsan


LAMAN WEB : TEJA HERBS
FACBOOK : DR.BEAU

INSTAGRAM : DR.BEAU

TELEFON : 016-9333443 / 016-9633443
HOTLINE : 03-89499857

17 March 2017

Jaga Kesihatan Dalaman Dengan Jus Dara Vogue


Assalamualaikum wbt / Selamat petang,

Hari ni akak nak share berkenaan produk Jus Dara Vogue keluaran Teja Herbs. Korang pernah dengar tak tentang produk ni. Kat bawah entri ni, akak ada share laman web, facebook, instagram dan nombor telefon untuk dihubungi berkenaan dengan produk tersebut. Semua harus mencuba produk tersebut. Takkan korang nak cantik luaran je kan. Korang wajib jaga dalaman juga. Dalaman paling penting. Bila dalaman sihat, akan terpancarlah di luarannya juga. Setuju tak? Rasa Jus Dara Vogue ni tak pahit, so boleh minum macam tu je. Dan harganya sangat berpatutan.









HARGA : 250ml

RM 39.90 [WM]  /  RM 42.00 [EM]



TEJA HERBS
No. 16-1, Jalan Equine 10C
Taman Equine, 43300 Seri Kembangan
Selangor Darul Ehsan


LAMAN WEB : TEJA HERBS
FACBOOK : TEJA HERBS

INSTAGRAM : TEJA HERBS

TELEFON : 016-9333443 / 016-9633443

HOTLINE : 03-89499857

10 March 2017

FAME COSMETICS @MUSLIMFLAVA





Assalamualaikum wbt...Salam Jumaat,

Adik-adik, kakak-kakak jom try SOFT MATTE LIP CREAM dari FAME COSMETICS di MUSLIMFLAVA AYER 8, PUTRAJAYA.

Terdapat banyak warna pilihan anda semua. Dapatkan dari vendor ELLFIE.FAME_PUTRAJAYA. Tahan lama dan harga berpatutan. 

Akak pakai NUDE color. Sebab akak tak suka color yang terang-terang. Warna agak berbeza sikit sebab pencahayaan dari kamera handphone. 

09 March 2017

Hamparan Kasih


Jom nyanyi sama-sama lagi Hamparan Kasih dari Kumpulan Analisa. Iolss suka lagu jiwang-jiwang. Rock leleh gitu. Lagu zaman awal 90-an best-best kan. Uolss punya jiwa cam aku ke?

08 March 2017

Selamat Hari Wanita 2017


Assalamualaikum wbt...Salam Rabu,

8 Mac 2017 merupakan hari wanita sedunia. Untuk seseorang yang bergelar wanita, aku nak ucapkan selamat hari wanita buat semua .


07 March 2017

Lontong + Sambal Sotong Petai


Assalamualaikum wbt...Selamat pagi,

Sape suka makan lontong? Lontong ni aku beli kat LPPSA. Sedap weh pulak tu ada sambal sotong petai. Bertambah sedap la. 

Ok dah, tu je nak citer.

03 March 2017

Minnature Malaysia







































Excited betul time tengah makan kat dalam The Summit tu ternampak pamplet kat atas meja pasal Minnature. Bangunan kecil ala-ala cam kat Legoland tu. Bila tengok tiket masuk pun murah je. Terus la naik tingkat atas. Ok layan gambar je la. Tak pandai nak story lelebih. Idea tak mari.


Alamat:


The Summit USJ, The Summit USJ,, 1, Persiaran Kewajipan, Usj 1, 47600 Subang Jaya, Selangor, Malaysia

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...