24 January 2018

Buku Aku Mahu Hidayah [Satu Episod Perjalanan Hidup]


Assalamualaikum wbt...

Buku ni aku pinjam dari kawan. Kami tukar-tukar buku. Alhamdulillah dapat baca dalam masa 2 hari je. Itu pun disebabkan MC selama seminggu minggu lepas. Dapatlah baca. Kalau tak, asyik tertunda je nak baca. Macam tak percaya boleh habiskan membaca dalam maca 2 hari. Sangat-sangat tak percaya ok. Sebab aku bukan kaki baca. Cerpen pun susah nak habis inikan pula buku novel. Buku ni ditulis oleh Farah Fakhira dan suaminya Effi Aizat. Kisah benar ye. Satu perjalanan hidup yang boleh aku katakan berliku ye. Pelbagai ujian yang dihadapi dan akhirnya Farah memilih untuk belajar di Maahad. (alamak tetiba nak nangis, sebab teringat cerita dalam buku tu huhuhu). Ujian yang beliau hadapi, ada yang sama juga dengan apa yang aku pernah lalui. Kena fitnah. 


Kalau nak cerita memang panjanglah apa yang terkandung dalam buku ni. Apa kata korang beli buku ni. Mana tau dapat muhasabah diri. Setiap orang pasti ada ujian masing-masing. Semua ujian berbeza-beza. Macam mana nak hadapi ujian. Berbalik la kepada Tuhan. Terkadang kita tak perasan yang kita ni dah jauh dari Maha Pencipta. Hari-hari buat dosa tanpa sedar. Haaaa takut tak! 


Selamat membeli dan selamat membaca. Memang sedih sangat. Dan tak sabar nak dapatkan buku ke-2 yang berjudul Ujian Tanpa Henti yang belum ada dipasaran. 

p/s: rajin-rajinlah follow FB/IG Ustaz, Ustazah, Imam Muda, Pendakwah dll. Jika kita follow orang duk post makanan, kita pun nanti terjebak nak post makanan jugak. Padahal tak elok. Meleleh air liur followers tak pasal dapat dosa. Silap gaya orang yang duk tengok post makanan kita tu dah berhari ikat perut. Sian dia. Dulu pun aku suka post gambar makanan. Sekarang insaf dah. Semoga istiqamah la. Jom la kita fikir akhirat pulak. Dunia hanya sementara.

Semusim Di Mahsyar [Ratap Dari Pembaringan Lahad]




Assalamualaikum wbt...

Ternampak buku ni di Instagram, terus pergi kedai buku SMO. Dari depan kedai dah nampak buku ni, bestseller la katakan. Isi kandungannya membuatkan pembaca akan merasa takut melakukan dosa. Penceritaan berkisahkan di neraka jahanam. Ada dua buah buku lagi yang ditulis oleh Hadi Fayyadh yang masih belum dibeli. Akan menjadi koleksi. Dan satu lagi buku yang bakal keluar pada Januari 2018. 


15 December 2017

Riadah Taman Tasik Cyberjaya




























Assalamualaikum wbt...Salam Jumaat,

Ini gambar beberapa bulan lepas, alang-alang nak ambil gambar, kita post la kat sini. Aktiviti riadah sekeluarga. Sekali-sekala tubuh badan perlukan senaman. Tak perlu senaman berat. Senaman ringan pun dah kira ok dari tak buat langsung.

Kalau tak larat jogging, kita berjalan kaki tak pun berbasikal ikut mana yang boleh lakukan. Kalau tak, badan jadi lemau. Bukan biskut je lemau. Manusia pun boleh jadi lemau lagi-lagi yang selalu duduk dalam air-cond. 

Nak bercerita panjang pun tak berapa nak ada idea, so kita layan gambar di sekitar Taman Tasik Cyberjaya je la.

Wassalam....

11 December 2017

Warung Ejeap Kg. Tok Aminudin Dengkil











Assalamualaikum wbt....Salam sejahtera,

Maaf ye, blog ni dah lama bersawang dan sekarang masanya untuk membuang sawang-sawang itu.

Nak share kedai makan berhampiran dengkil. Ke memang dah dalam Dengkil. Tak pasti. Yang pasti dekat dengan Taman Cabaran dan kedepan sikit nampak kedai makan ni. Kecil je kedai ni tapi makanan dia sedap. Tempat makan dia pun sempoi je. Meja dan kerusi kayu. Sesuai la untuk jiwa orang kampung macam aku.

Dah lama sebenarnya draf kat blog ni ha, baru sekarang ada mood. Berbulan duk draf. Adoiiii. Busy memanjang. Nak berhenti keje pun ada. Duk rumah, masak-masak kan best. Tapi ada hutang, tak boleh berhenti keje lagi. huhuhu. 

Mana kaki JJCM tu, boleh la try makan kat kedai ni.

24 October 2017

Berkat Kesabaran Siti Nurhaliza Akhirnya Hamil



Sebelum @ctdk berkahwin, kami merancang untuk bercuti 'pantang' bersama-sama. Maklum saja, kami sering bekerja bersama dan bercadang untuk bercuti pantang juga bersama. Memang agak lucu tetapi begitulah perancangan kami.

Bulan demi bulan, tahun demi tahun, belum ada rezeki beliau untuk dikurniakan cahayamata dan anak bongsu saya juga kini sudah berusia 10 tahun. Saya ringkaskan cerita panjang @ctdk, beritahulah apa saja cara, namakan petua dan rawatan, sebut saja kaedahnya, beliau terus mencuba, ya, tanpa henti.

Bila orang bercakap tentang saiz badannya selepas berkahwin, saya kata, wanita di luar sana mesti faham. Tubuh wanita pasti akan mengalami perubahan saiz kerana inilah proses rawatan kesuburan, mungkin anda boleh 'google' jika mahu mengetahui lanjut namun saya tahu, ramai yang faham dan maklum.

Tidak timbul soal tidak diet dan sebagainya, malah beliau aktif beriadah, senaman dan menjaga pemakanan (sesuai saranan doktor) namun dalam masa yang sama rawatan ini juga memungkinkan saiz badan akan bertambah.

Beliau berkorban jika ada acara besar seperti konsert, mengenepikan rawatan dan kembali melangsingkan badan untuk lebih 'presentable' di atas pentas. Kemudian beliau mencuba lagi, lalu kembali fokus kepada acara besar dan meninggalkan sebulan dua rawatan. Begitulah rutin beliau selama 11 tahun ini.

Bukan sekali dua beliau berehat, namun kami bijak mengatur jadual lalu beliau kelihatan selalu aktif, walhal sedang di dalam rawatan. Apabila keputusannya negatif, beliau kembali bekerja seperti biasa. 

Inilah pengorbanan wanita, demi mendapatkan cahayamata dan zuriat. Berita beliau hamil telah menggerakkan ramai wanita di luar sana menghubungi dan bertanyakan tentang rawatan yang @ctdk lakukan. Berita ini memberikan semangat dan harapan kepada wanita-wanita yang belum dikurniakan cahayamata. Nikmat sabar itu indah. Teruslah berusaha, setiap apa yang Allah uji kita ada hikmahnya.





Syukur Alhamdulillah. Berkat kesabaran dan usaha, Siti hamil jua. Doa yang paling penting. Doa disaat susah dan senang. Kebanyakan orang berdoa masa tengah sakit, masa susah, masa ditimpa musibah, ujian, bencana dan macam-macam lain tetapi manusia lupa Allah masa tengah senang. Peringat untuk diri sendiri juga. Kadang-kadang terleka dengan duniawi.

Masa Siti umumkan ada ada LIVE di IG beliau, aku tak sabar sangat nak tengok. Dah dapat rasa yang beliau akan umumkan tentang kehamilan beliau. Tergambar wajah gembira di wajahnya. Lama menanti, akhirnya dikabulkan doanya. Aku tumpang gembira sebagai salah seorang peminat beliau.

Ayat dan gambar di atas, aku copy dari IG Kak Rozi. 

17 October 2017

Pepahat Masak Halia


Assalamualaikum wbt/salam sejahtera,

Sedar tak sedar, kita dah berada di pertengahan bulan oktober. Dah dipenghujung tahun 2017.

Nak cerita sikit pasal pepahat. Tak semua suka makan pepahat. Aku dulu pun tak suka, bila dah mencuba mulalah jatuh cinta. hehehehe. Dimasak dengan halia, bawang dan cili kering. Pergh marvelous. Beli pepahat mentah di pekan sari Dengkil. Kadang-kadang ada, kadang-kadang takde. Tengok musim. 

Wassalam....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...