31 May 2012

Lagi Kisah Redah 4x4

Backgroundkan layang-layang besar...cantik

Cerun yang curam..hati-hati takut terbalik..tak pasal je..

Ni la banner Redah 4x4.. hujung tahun ni ada lagi di lokasi yang sama..

Aqil Memburu Impian

Aku tembak ko...jaga-jaga



Aqil setia bersama payung strawberinya.. Ambik la kalau berani,..mau dia menjerit.

Aku akui tak penat berjalan bila si Aqil dah pandai jalan sendiri..Takyah nak dukung-dukung dah...bila tengok dia macam dah penat, baru la dukung..sian..

Redah 4x4 Di Himpunan Jutaan Belia 2012

Tunggu tram...nak ke Redah 4x4 jauh sangat..hujung sana tuuuuuu..



Inilah hasilnya..berlumpurrrrrrrr...yekkkkkk

4x4 ni nak turun dalam lubang


Ambik nak kauu..antara hidup atau mati je enjin tu..kalau mati, kalah le..
p/s: sesape yang duk dekat..ko merasa la mandi lumpur free... ni picture hari sabtu..hari ahad gi jugak, tapi dah habis..baru je habis..dengar citer ada gak 4x4 ni terbalik la.. mati enjin la..
 

30 May 2012

Langkah-Langkah Penjimatan Maksimum

Petrol Kenderaan
Sekiranya anda memandu kereta ke pejabat, anda boleh menjimatkan petrol pada kadar maksimum dengan mengurangkan kelajuan, mengurangkan beban di dalam bonet kereta dan mematikan enjin kereta apabila memberhentikan kenderaan. Mungkin tampak remeh tetapi ia sebenarnya mampu menjimatkan penggunaan petrol!

Kurangkan Tol
Rancang perjalanan ke destinasi yang ingin ditujui. Adalah lebih jimat sekiranya anda menggunakan laluan tanpa tol ke mana-mana sahaja tetapi pastikan terlebih dahulu destinasi yang ditujui itu tidak terlalu jauh dan masih berbaloi untuk digunakan.

Mesin Teler Automatik a.k.a ATM
Tips ini mungkin kedengaran mudah tetapi masih terdapat pengguna yang ‘tidak berkira’ dengan caj dikenakan sekiranya menggunakan ATM berlainan bank. Menggunakan ATM mengikut bank pengeluar sebenarnya sangat menjimatkan. Mungkin ramai yang tidak sedar kerana caj berlaku melalui penolakan baki di dalam akaun, bukan secara tunai.

Beli Barang Secara Pukal
Membeli barang secara pukal atau borong sebenarnya sangat menjimatkan. Bukan saja membeli pada harga lebih rendah, malah anda boleh mendapat kupon percuma atau point yang boleh digunakan untuk pembelian seterusnya.

29 May 2012

Restoran Western Dan Pasembor Kuala Lumpur

 Side order: daging ape kebenda nama nya da...lupa

 Kentang Goreng

 Nasi Goreng Biasa

 Mee Kari

 Mee Rebus

 ABC

Pemandangan dari restoran yang kami makan.

Alamat tak ambik pulak..restoran ni berada di area Kampung Baru jugak la..
 

28 May 2012

Majalah Eternity - Cover Fatin Liyana


Blogger comel ni jadi penghias muka depan majalah Eternity (majalah online) la.. tak sempat lagi nak baca kesemua story nya..

Atau mana-mana peminat yang nak jenguk blog comel ni.. sila ke web: http://honeykoyuki.blogspot.com/

27 May 2012

Majalah Aroma - Cover Aaron Aziz


Like 1,00,000.00 kali..Suka sangat tengok AA berlakon..Tapi, sampai sekarang tiada kesempatan nak jumpa dia secara live..depan mata..bukan di kaca tv or pawagam..

25 May 2012

Aqil Si Mata Bulat Bak Heliza Helmi






Mak aii...bila dah upload masuk dalam blog...tudiaaaa biji mata dah macam nak terkeluar...terjojol dah..

Maybe masa pregnantkan si Aqil ni selalu sangat tengok gambar Heliza Bereh kat internet..Kenan kot..

**Anak-anak aku ni lain-lain pesen...Sorang gelap, sorang ada lesung pipit (dtg dari mana la lesung pipit tu, maybe preity zinta) dan sorang lagi mata bulat bak heliza..

Sian kakak gelap, sebab kenan kat abang ipar aku..aku memang benci dia tu..sampai la ni..so, turun ke anak..

Bila dah pregnant anak ke-2, cuba utk tidak benci dia lg..

JJCM Ke Ice Room Bangi 2012


Salam Jumaat,

Selepas habis je Pesta Sukan Perbendaharaan 2012 ahad lepas, aku n family terus ke Ice Room Bangi gi JJCM. Laporr..

Dah lama rasanya tak ke sini.. Nak ke Tutti Fruit, pun tak lepas-lepas lagi. 

Ok, tengok gambar yang menyelerakan ni sudah ye.. nak update fail pulak..

23 May 2012

New Ride On Kids


Hadiah untuk Aqil.

Workstation Wanted


Salam Rabu,

Hari ni gaji masuk untuk bulan Mei 2012..Suka...Depan ofis ada event "Himpunan Jutaan Belia 2012"...Tengah hari boleh jalan-jalan..

Hari ni juga ada audit dalaman 5S datang ke BAC..workstation aku adalah "WANTED" ok !!!

Sebab sebelum ni, audit datang workstation aku..dah MARK .. sebab ada bantal dalam kabinet besi.. hehehe..masa tu memang aku sumbat je..tak tau pulak dia nak check..siut kan..

So, hari ni, audit dalaman 5S datang lagi..Dah ada pembaharuan OK...Aku dah kemas dah tempat alat tulis. Cantik dan tersusun...

Bantal pun dah bawa balik rumah.. tetapi sikit je la dia komen untuk hari ni..pasal LABEL kat kabinet besi tak seragam..

DRAMA AJE...

18 May 2012

Statistik Tangkapan 2012 Oleh SPRM


So, berhati-hati la ye menjadi mangsa seterusnya oleh SPRM.... Beringat sebelum kena..

Volleyball PSP 2012

Salam Jumaat,

Happy sebab sukan yang aku join dah habis.... Tahun depan, tak tau nak cakap...Rasa macam tak mau dah join sukan besar-besar..Cukup la involve kan diri untuk mini sukan BAC je (kalau ada!!!)

Semalam ada game bola tampar... Hanya memasukkan nama bagi memenuhi list je.. ngam-ngam 12 orang yang ada semalam..yuhuuu.. Sib baik aku datang... Padahal hati dah 50-50 nak datang...

Jadi pom pom girl je... Team Dasar dapat tempat ke-4 semalam... Congrats.. Tahun depan cuba training lebih sikit, kalau nak MENANG. Ye, itu kalau nak MENANG la yang aku cakap..

Inilah 1st dan last aku join...Maybe tahun depan tak kot..Insyaallah..

Cabaran sungguh kepada aku apabila si ibu sibuk dengan sukan manakala si anak nak exam.. sedih jugak la.. balik training je terus nak cari bantal..(penat) sepatut time nak exam la si ibu kena bekerja keras ngajar anak ulangkaji pelajaran...Ingatkan dapat la merasa main.. KECEWA sungguh... dan tak nak untuk KECEWA lagi...baik aku tarik diri awal-awal.. Inilah last aku join PSP or bla..bla..bla.. Daripada jai pom pom girl, baik aku duk rumah layan NADA CINTA..hehehehe.. Bukan NADA KECEWA hehehe..

My husband pun sebenarnya terkejut bila tau aku join PSP..tak pernah aku join wei..1st time setelah ada anak 3 ni.. terkejut beruk dia.. Bila nak game bola tampar, dia tanya terpilih tak..dengan NADA KECEWA, aku jawab..TAKKKKKKKKKKKKKK!!! tengok muka dia pun dah lain.. SUKAN FEVERET aku tu wei.. dari sekolah rendah pastu sekolah menengah..setia dengan sukan tu.. Best pe..

p/s: to players... USAHA TANGGA KEJAYAAN..& Berilah peluang kepada orang lain utk mencuba.. TAK CUBA, TAK TAU K..

-bukan luahan tapi kenyataan-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...