07 April 2017

Sunset Di Putrajaya [Photoshoot]













Layan gambar je la ye. Tetiba no idea nak cerita. Sesape yang nak bergambar time sunset, boleh la datang ke Monorel Putrajaya ni. 

Sambal Bilis Petai



Tak semua orang suka makan petai kan? Betul tak? Aku suka petai, lagi-lagi petai jeruk. Mabeles weh! 

Aku masak sambal bilis petai untuk aku makan sorang-sorang. Sebab semua kat dalam rumah tu tak makan petai. So buat sikit je la. Lepas 3-4 kali makan ok la. Kekadang susah nak cari petai yang betul-betul elok. Adakalanya beli petai, banyak yang buruk dari yang elok. Kecundang weh!

Selamat menjamu mata.....

06 April 2017

Kafe Kayu Asam Pedas House @ Dengkil





Siapa kat sini suka makan asam pedas? Kafe ini tidak mengecewakan. Kalau ikut tekak aku, asam pedas kat sini sedap. Cukup rasa. Kafe ni pun cantik, ia berasaskan kayu. Selain asam pedas, ada juga makanan lain. Korang boleh la try makan kat sini pulak.

Alamat:
Jalan Jenderam
Kampung Semarang
Dengkil
(Kafe ni tepi jalan je, senang nampak)

Makan di Sejati Tomyam Puchong





Kalau kami pergi ke Puchong, kami akan singgah makan di Sejati Tomyam. Sedap dan harga berpatutan. Nak order set pun ada. Pilihlah yang mana. Kat sini berderet kedai makan. Pilih la yang mana berkenan di hati. Aku kalau dah suka makan kat kedai tu, memang akan makan kat situ je la. Sebab dah kena dengan tekak.

*nampak tak eyeliner yang aku pakai tu. Cantik tak? Eyeliner dari Dherbs. Best.

05 April 2017

Bangle Zaman Bercinta


Dulu-dulu femes sangat gelang@bangle ni kan. Bangle ni aku hadiahkan untuk pakwe aku. Sekarang dah jadi suami aku. Balik kampung hari tu, dia belek-belek dalam bekas spanar, terjumpa la bangle ni. Masih elok lagi. Sekarang anak aku yang bujang tu dah chop. Bagi kat dia je la.

Lemon + Tomato + Gula


Semua tau kelebihan tomato dan lemon kan!!! Baik untuk kulit. Ikut petua orang tua-tua. Ia memberikan kelembapan kepada kulit, mengurangkan bintik-bintik hitam, masalah blackhead, menghilangkan parut jerawat dan banyak lagi. Segar je muka lepas disental dengan tomato+gula+lemon tu. Jom cuba!


04 April 2017

Kenduri Awal Tahun 2017







Awal tahun 2017 ada kenduri di Kg.Bongkok, Maran. Kenduri sebelah abah. Dah lama tak jumpa saudara-mara sebelah abah. Lupa pulak nak ambil gambar pengantin. Ambil gambar kami je la. Lepas siap makan kat kenduri, kami jalan-jalan gi tengok air sungai Pahang yang melimpah. Tinggi weh. Nampak ada orang pulak kat sangkar ikan patin, apa lagi jom beli patin fresh.

Seluar Tidur Pun Boleh



Kisahnya.....

Gambar bulan Januari 2017. Tiap-tiap malam rabu, pergi hantar anak tuisyen BI kat rumah teacher dia. Setakat nak keluar malam-malam, pulak tu setakat nak hantar anak je ofkos pakai sempoi je kan. Seluar tidur pun boleh. 

Tetiba dah nak sampai kat rumah teacher, hujan pun turun. Anak-anak yang lain kelaparan la pulak. Dalam hujan-hujan ni malas nak keluar pi kedai makan. Last2 husband ajak masuk Alamanda. Huarggghh!!! Pakai macam tidur pun belasah je la. Janji pakai bukan B***L. hehehe

****tunggu next entri lagi ye.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...