08 January 2013

Jimatnya Bawa Bekal Ke Pejabat

Anda setuju dengan tajuk di atas?

Rasanya 100% setuju. Tapi kena rajin bangun awal pagi menyediakan makanan untuk dibekalkan ke pejabat. Alangkah jimatnya wang kita itu jika kita membawa bekal ke pejabat.

Memandangkan tekak kita ni dah tak boleh terima makanan yang dijual di kafe, memang wajiblah kita membawa bekal dari rumah. Sudah pastinya sedap dan menjimatkan..

Hari ni aku bawa bekal ke pejabat, untuk breakfast (nasi putih+daging masak kicap) dan lunch (daging yang sama). Tapi aku kena keluarkan sedikit duit untuk membeli nasi..Sebab nasi hanya cukup untuk di bawa masa breakfast je..Lunch terpaksa la aku beli nasi di kafe..

Semalam saje try beli makanan untuk di lunch di Kastam. Mahalnya!!! aku ambil nasi putih+ikan sambal=RM4.00. Dah, cukup la sehari aku cuba makanan di Kastam tu. Maklum la orang baru take over tempat tu..

Aku cuba berazam untuk bawa bekal pada tahun ni.. Semoga aku ni ringan tulang la ke dapur pagi-pagi buta. Tak pun siapkan makanan ni pada malam hari. Tu pun ok. Terpulang dengan citarasa masing-masing. Rajin atau malas. Nak atau taknak.

Jangan membazir..Membazir itu amalan syaitan. Bukan susah untuk jadi senang. Set minda masing-masing. 

Tekak dah tak boleh terima makanan di kafe. Tiap-tiap hari sama. Sebab tu aku memilih untuk membawa bekal ke pejabat. Dah sah kenyang sebab air tangan sendiri kan. Tapi kalau dah malas sangat, terpaksa la ke kafe juga..

p/s: nak buang M.A.L.A.S tu jauh-jauh..nak tanam dalam-dalam. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...