02 January 2013

Happy New Year 2013

Assalamualaikum/salam sejahtera..

Selamat tahum baru kawan-kawan. Syukur alhamdulillah kita masih dipanjangkan umur dan dapatlah kita bersua lagi..

Hari ni tuan blog cuti sampai esok. Maklumlah anak-anak dah start sekolah semula untuk sesi tahun 2013. 

Si kakak dan darjah 2 dan si abang prasekolah. Kakak dan abang sekolah ditempat yang sama SKPP 9(2).

Kelas si kakak berada di tingkat 2. Macam mana la nak pikul beg yang berat tu nanti bawa naik atas.. Buku diorang ni banyak.. Dengan buku teks, buku aktiviti dan buku latihan. Itu pun dah berat.

Si abang jugak yang ok. Buku tidak dibenarkan bawa balik ke rumah.. Makanya beg mereka ni ringan la tiap-tiap hari..Kerja yang diberikan haruslah disiapkan disekolah. Siapa tak siap, tak boleh balik..Elok jugak tu sebab si abang ni tak macam si kakak. Si kakak rajin buat kerja sekolah, si abang kalau tak keluar rotan, memang tak buat la.

Jauhnya perbezaan mereka diorang ni.

Apa pun, semoga anak mama akan menjadi anak yang bijak pandai, soleh dan solehah serta patuh pada perintah Maha Pencipta. Insya Allah.

p/s: gambar di hari pertama tak sempat nak diambil..sibuk menjaga si adik yang tak duduk diam.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...