04 August 2012

Majlis Berbuka Puasa Bersama Siti Nurhaliza Dan Geng Sitizoners - Part 1




Ni la Kak Zyee (Kakak Ipar DCT selaku pengurusnya juga) yang bekerja keras untuk memastikan majlis berjalan dengan lancar. Comelkan Kak Zyee ni...Baik dan peramah orangnya..Suaranya, mak aii lembut je bak Raja Ema..





Antara menu yang dihidang.. Dah habis, boleh makan benda lain pulak..Sampai kenyang..Menu utama adalah masakan kampung..Favourite aku adalah siput sedut masak lemak cili api.



1st time dapat berbuka puasa bersama penyanyi kesayangan ramai (Datuk Siti Nurhaliza) dan geng sitizoners yang sporting..

1st time jugak aku makan kat Restoran Puteri ni. Restoran Puteri ni terletak di Jalan Sulaiman TTDI. Pemiliknya adalah Pn. Habsah Hasan dan Pn. Rubiah Suparman. Kenal kan!!!

Aku bertolak dari rumah pukul 4 petang dan tiba ke lokasi pukul 5.30 petang. Jammed jugak la, tapi tak teruk sangat. Sampai je ke restoran tu, cepat-cepat cop tempat duduk. Dapat jugak aku sekeluarga duduk di dalam restoran bersama DCT. Yang tiba lewat, kenalah duduk di luar..Seramai 150 orang yang booked untuk berbuka puasa bersama DCT.. Yang hadir tak pasti la sampai ke tak 150 orang..

DCT sampai ke lokasi dalam pukul 7 malam. Semua menanti kehadiran DCT dengan penuh sabar dan tenang sekali. 

Sambung ke next entry yer...tunggu...

1 comment:

  1. bess..syok dpt berbuka dgn artis pujaan.hihi

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...