05 March 2012

Aqil Sakit Mata


Salam Isnin...Monday blues ke?

Saya ok sebab menanti sangat hari isnin tiba..Sebab tak lain dan tak bukan..cerita indon ku ada hari ni...NADA CINTA.

Hari ni saya EL sebab baby aqil sakit mata. Merah dah kelopak mata aqil. Tahi mata tak henti-henti keluar.

Hari ni pergi klinik jumpa doktot. Keluar rumah pukul 7.20 pagi. Doktor panggil nombor giliran dekat pukul 9 rasanya..Tak pun lebih pukul 9. Sangat lama menunggu doktor. Kalau aqil tak buat perangai takpe..boleh je tunggu sampai 2 jam..

Tapi dia wat ngada-ngada nak dukung je, tak duduk langsung. Apa lagi tangan saya pun lenguh sampai ke saat ini.. Aduhhhh...Masih terasa lagi..

Malas nak call husband suruh datang kat klinik..Biar la dia gi keje. Tup..tup..keluar dari klinik, tengok hujan renyai-renyai..Dah la tak bawa payung. Terpaksa juga call husband suruh datang, hantar balik ruman.

Kalau tau, baik saya suruh dia datang dari awal, boleh juga gilir-gilir dukung aqil..

Wassalam..

2 comments:

  1. selamat menjaga anak yea..

    ReplyDelete
  2. Hidup lebih ceria dengan Perap Cenderawaseh..rahsia hilang segala sakit dan tingkat ketrampilan dengan khasiat alam semulajadi nano mikrofungus dan tumbuhan

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...