12 March 2012

Air Melimpah Ke Paras Pinggang

Subhanallah...

Terkejutnya bila dengar KR cakap yang rumah dia naik air sampai paras pinggang. Air naik dengan cepat sekali..Yang sempat diambil ialah Surat beranak anak2 dan alihkan kereta..Yang tu paling penting kan...kain baju boleh beli lain..

Banjir tu malam..So, KR kena duduk dalam khemah..Sebab rumah dinaiki air..KR start cuti pada hari khamis lepas..Hari ni pun cuti lagi..Kereta hantar kat worksyop..Kereta yang dialihkan ke padang pun..dinaiki air jugak rupa nye..Simpati sungguh..

Ko cuba bayangkan air naik sampai paras pinggang..Apa yang berlaku kat dalam rumah tu? Apa2 pun habis ditenggelami air..Soh duk kata la, katil pun habis..lenjun..Dah la banjir lumpur..Semua penduduk buangkan aje la tilam diorg..kusyen pun sama..Benda tu kan tebal..Dah macam pesta tilam pulak..

Harap KR tabah menghadapi apa yang telah berlaku di tempatnya itu..

 

2 comments:

  1. huaaaa.......sampai pinggang??? memang x sempat wat pape la...harap sabar la...xtau nak ckp pe... :(

    ReplyDelete
  2. misz sheyla: air naik laju..xleh nak buat apa..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...