01 July 2014

Jalan-Jalan Di Kampung











Assalamualaikum..wbt. Salam Ramadhan. Hari ni dah hari ke-3 Ramadhan. 

Ok nak cerita pasal gambar-gambar di kampung. Banyak la gambar yang belum upload. (Tiada kesempatan). 

Gambar-gambar No.1-4: Gambar selfie dengan mak dan aqil otw nak ke bandar Maran. Mak ajak teman gi bandar. Rupanya mak nak gi bank kuar duit kat atm. Pastu ikut mak gi bayar bil dan gi pasar beli lauk. Time pergi mak yg drive..time balik aku pulak yang drive..Naik kancil memang aku suka drive..Kereta besar sikit tak berani dah.

Gambar ke-5 dan kebawah: Time ni kat kampung en. suami. Jalan-jalan petang. Ambil angin. Otw nak balik jumpa sekumpulan lembu yang sangat banyak. Aku takuttttt siut... "Pa pusing pa...lembu tu banyak giler kang dia kejor. Dah la lembu tu pandang kat kita. Jom pusing cepattttt"...Laki aku pun ikut cakap aku. Pastu dia nampak lembu-lembu tu naik atas bukit (kandang). Laki aku ikut jalan tu semula..Tetiba muncul 2-3 ekor lembu lagi..Pa pusing pa... padahal masa tu dah kul 7 mlm..dah nak maghrib..nak patah balik cam jauh..ditambah jalan yang berliku-liku pulak tu..Ok tungggu kejap lagi..tengok ada lagi tak lembu yang muncul..Tunggu dalam 4-5 minit..nampak macam dah takde lembu....Baru la boleh pulang dengan aman....Berdebor jantung..punya la takut giler dengan lembu...hahaha...nasib baik selamat..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...