08 May 2012

Restoran D'Dusun Pinggiran Putra

Milo Ais & Nescafe O Ais
Kentang Goreng

Mee Bandung


Inilah restoran tersebut.. Ada kolam ikan dan set karaoke lagi..

10 'K' Dalam Persahabatan

bff
Kata orang 'mencari seorang sahabat yang baik lebih sukar daripada mencari 1000 orang musuh'.Sememangnya kenyataan ini benar kerana seorang sahabat yang baik akan sentiasa melindungi dan menjaga keharmonian sahabatnya dalam apa jua perkara,malah ada yang sanggup bergadai nyawa untuk sahabat.

KASIH SAYANG lebih kurang sama maksudnya dengan kecintaan.Namun, setelah kita mencintai sahabat, kita perlulah mencurahkan segala kasih sayang kita terhadap mereka. Ada ketikanya kasih sayang kamu itu tidak perlu dipamerkan secara terang-terangan.Cukup sekiranya kamu menunjukkan kasih sayang itu dengan mendoakan perkara-perkara yang baik untuk sahabat kamu.

KEIKHLASAN dapat menjamin sesebuah persahabatan itu mendapat keberkatan dan rahmat daripada Ilahi.Sekiranya kamu tidak ikhlas ketika bersahabat, ia boleh mengundang permusuhan di antara sahabat.Sebaiknya kamu memilih sahabat berdasarkan budi pekertinya,rasa tanggungjawab, keprihatinan dan bukannya semata-mata kerana paras rupa, pangkat atau harta yang dimilikinya.

KESETIAAN terhadap seseorang sahabat mampu memanjangkan lagi ikatan persahabatan walaupun kamu jarang bertemu.Apabila kamu setia terhadap sahabat, kesannya sahabat kamu juga akan sentiasa mengingati apa jua pengorbanan yang telah kamu curahkan kepadanya. Ini kerana kamu sentiasa berada di sisinya tidak kira susah mahupun senang.

KEBERANIAN dalam berkata benar.Dalam sesebuah persahabatan, kamu hendaklah berani mengatakan sesuatu perkara kepada sahabat kamu itu, apatah lagi tentang perkara-perkara
yang boleh menyakiti hatinya.Kamu hendaklah berani mengaku dan berterus-terang kepadanya atas kesilapan yang telah kamu lakukan. Kamu juga haruslah beranimenasihati dan saling menegur sahabat kamu itu.

KEJUJURAN perlu dalam sesebuah persahabatan.Kamu jangan sesekali menipu atau menyembunyikan apa-apa daripada pengetahuan sahabat kamu itu.Dengan berkata benar dan jujur, ini akan mengukuhkan lagi tali persahabatan antara kamu berdua. Kamu hanya boleh berahsia pada perkara-perkara yang kamu rasa perlu dirahsiakan daripadanya sahaja.

KEMAAFAN merupakan perkara yang perlu ada dalam etika bersahabat.Sekiranya sahabat kamu melakukan kesilapan, kamu hendaklah bersedia untuk memaafkannya, tidak kiralah sama ada kesalahannya itu besar ataupun kecil terhadap kamu.Sahabat yang baik ialah sahabat yang bersedia untuk memaafkan sahabatnya,begitulah sebaliknya.

KESEDIHAN yang dihadapi oleh sahabat kamu haruslah dikongsi bersama.Apabila kamu mengetahui sahabat kamu itu berada dalam keadaan yang berdukacita,kamu sebagai sahabat hendaklah sentiasa berada di sisinya. Kehadiran kamu itu sekurang-kurangnya dapat meringankan kesedihan yang ditanggungnya dan dalam masa yang sama ia boleh meringankan bebanan yang dipikulnya itu.

KEGEMBIRAAN yang hadir dalam diri sahabat kamu itu, memberi makna yang kamu juga rasa gembira.Pasti kamu rasa senang apabila melihat sahabat kamu bergelak ketawa dan sentiasa mengukir senyuman yang indah pada raut wajah mereka.

KESERASIAN merujuk pada kesamaan mahupun ‘sekepala’ dalam apa jua yang kamu dan sahabat lakukan bersama.Dengan wujudnya keserasian ini, aktiviti yang kamu lakukan bersama akan menjadi lebih mudah dan lancar.Malah keserasian ini akan mewujudkan persefahaman antara kamu dan sahabat.

07 May 2012

Stress Berhutang

Stress Berhutang?
Dalam Islam, orang yang berhutang tetapi sengaja tidak menjelaskannya,ia tidak akan terlepas daripada menanggung beban hutang sekalipun selepas meninggal dunia. Oleh itu apabila
seorang hamba meninggal dunia di antara perkara yang perlu diselesaikan lebih awal ialah hutang piutangnya. Rasulullah S.A.W mencela orang yang berhutang tetapi sengaja tidak mahu membayar hutang dan berhutang kerana ia mengikut hawa nafsu.”

1)Sebab Berhutang
Masalah kewangan menjadikan seseorang itu terdetik untuk berhutang.Bukan mudah untuk mendapatkan sesuatu yang diinginkan. Biasanya berhutang ialah jalan terakhir. Ia bukanlah sesuatu yang salah, sebaliknya kamu perlu berfikir sebelum bertindak sedemikian. Fikirlah sebab utama kamu berhutang dan jangan pula melebihi daripada kemampuan untuk membayarnya pula. Hutang yang banyak boleh memakan diri!

2)Kumpul Hutang
Banyak sangat hutang? Cuba kumpulkan semua hutang menjadi satu.Catat kembali kesemua hutang perbelanjaan seperti hutang kereta,kad kredit, rumah dan sebagainya.Jadikannya dalam satu pengiraan agar ia lebih tersusun. Ingat, jangan terlalu taasub dengan kuasa kad kredit kerana ia bakal menjerat diri sendiri.

3)Jana Kewangan
Berhutang pun sebenarnya boleh membantu kamu untuk membiakkan lagi kewangan. Caranya mudah sahaja,hanya melabur mahupun berniaga hasil daripada pinjaman tersebut. Jadi bijaklah berhutang walaupun mengalami sedikit stres.

4)Pilih Si Pemiutang
Sukar hendak mencari seseorang yang boleh meminjamkan duit khas untuk kamu? Carilah individu yang boleh dipercayai seperti sahabat rapat. Cara ini akan membantu kamu untuk memulangkan kembali selepas membuat pinjaman. Jangan sesekali meminjam dengan Ah Long kerana ia akan memudaratkan diri kesan daripada kadar bunga yang dikenakan terlalu tinggi.

5)Pinjam Apabila Perlu
Kebanyakan orang berhutang pasti ingin menunaikan sesuatu yang dihajatinya.Oleh itu, pinjam wang mengikut keperluan barangan yang kamu inginkan. Jangan sesekali meminjam melebihi bajet yang diperlukan kerana kamu akan mengalami keperitan dalam membayarnya semula sekiranya kamu tidak mampu.

6)Tahap Kemampuan
Semak pendapatan bulanan, kad kredit dan baki pinjaman rumah adakah ia padan dengan kemampuan kamu untuk memulangkan baki hutang.Sekiranya keadaan kamu tidak stabil, rancanglah kewangan demi memudahkan proses peminjaman. Oleh itu tengok dahulu kemampuan diri sekiranya ingin memiliki sesuatu yang diinginkan.Jangan terlalu mengharapkan sesuatu,sedangkan gaji bulanan kamu hanya cukup untuk keperluan kamu sahaja.

7)Khidmat Nasihat
Sudah stres dengan segala hutang yang menghantui diri? Dapatkan nasihat pakar yang boleh membimbing kamu untuk mengurangkan tekanan yang dihadapi. Kalau kamu tidak mahuberhutang dengan mana-mana individu, pergilah ke bank yang menawarkan khidmat nasihat kewangan yang cukup menguntungkan.

Ayuh Kukuhkan Kewangan Anda !!



Ayuh Kukuhkan Kewangan!
1)Nilai Kedudukan Kewangan
Nilai dahulu situasi kedudukan kewangan kamu, adakah ia kukuh ataupun goyah? Kenali keseluruhan aset yang dimiliki. Walaupun kamu masih muda, itu bukan penghalang untuk kamu menghitung setiap aset yang ada.Lihat juga kredit ataupun hutang yang kamu tanggung. Cara ini memberikan kamu lebih kepastian dalam membahagikan sumber pendapatan bulanan. Langkah pertama ini pasti membantu institusi kewangan kamu agar lebih terjamin.

2)Matlamat Jangka Pendek
Tetapkan juga matlamat jangka pendek dalam mengurangkan beban hutang. Simpanlah sejumlah wang dalam kuantiti yang sederhana setiap bulan serta buatlah pembayaran hutang secara berperingkat. Pastikan matlamat jangka pendek kamu realistik untuk diamalkan. Janganlah kamu memberhentikan kesemua kad kredit secara serta merta, sebaliknya bayarlah dahulu faedahnya agar kamu tidak dibebani dengan hutang di kemudian hari.

3)Tetapkan Bajet
Tetapkan segera bajet harian dan bulanan kamu. Cara ini cukup berkesan untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Peruntukkan segala bajet berdasarkan keperluan harian dan bulanan. Selepas kamu mengemas kini dalam bentuk nota mahupun jadual, pastikan kamu mengikuti bajet yang ditetapkan. Jangan hanya menulis di kertas tetapi tidak mempraktikkannya.

4)Ikuti Bajet Yang Ditetapkan
Kalau sudah biasa sangat dengan barangan mewah, kali ini kurangkanlah sedikit berbelanja barang berjenama tersebut. Optimumkan diri agar kamu dapat mengikuti setiap bajet yang telah ditetapkan. Walaupun sedikit tertekan, ini dapat memberikan motivasi agar kamu sentiasa berjimat cermat dalam berbelanja. Tiada apa yang boleh dibanggakan sekiranya kamu asyik membeli barang yang mahal, malah duit kamu akan mengalir deras seperti air.

5)Kemas Kini Bajet

Kemas kini bajet ialah cara bagi membolehkan kamu mengesan kemajuan ekonomi kewangan. Semak sekiranya kamu terlebih membuat perbelanjaan harian serta bulanan. Sekiranya masih lagi sama seperti dahulu, cepat-cepatlah kamu akur dengan tetapan bajet yang sepatutnya diamalkan. Lihat kembali matlamat jangka pendek kamu tadi.

6)Tambah Pendapatan

Membuat kerja sambilan, itulah cara lain yang boleh dilakukan agar dapat menambah sedikit pendapatan harian. Sekiranya kerja tetap kamu sedikit berat, gunakan masa di sebelah malam dengan melakukan kerja sambilan seperti perniagaan talian yang lebih menguntungkan ataupun kamu memang mempunyai rumah yang tidak digunakan, bolehlah disewakannya. Jom mula berniaga!

7)Matlamat Kewangan Baru

Sebaik sahaja berjaya mencapai matlamat jangka pendek, ayuh melangkah ke matlamat yang baru pula. Nilai kembali keadaan kewangan secara keseluruhan dan rangka objektif jangka panjang. Lihat masa hadapan sama ada kamu memiliki cukup sumber kewangan saat persaraan nanti? Oleh itu pastikan kamu mempunyai gaya berbelanja yang fleksibel serta praktikal agar bersesuaian dengan keperluan kewangan yang ada.

Hindari Politik Pejabat



politik pejabat

Arghh!!! Bosannya nak menghadap muka-muka yang selalu bergosip, ‘kaki kipas’ bos dan si tikam belakang! Ini semua merujuk kepada situasi yang dipanggil politik pejabat. Percaya atau tidak, politik pejabat mirip kepada sebuah permainan. Bagaimanakah caranya untuk mengelakkan politik pejabat di tempat kerjaya kamu?

1. Elak konfrontasi secara langsung
Sekiranya kamu terdengar ada individu di pejabat yang berkata buruk tentang kamu, elakkan kaedah konfrontasi (pertentangan dan perselisihan) yang boleh merangsang perlakuan tidak diingini. Sekiranya kamu tersilap langkah, ini akan mengundang risiko ke atas diri kamu lebih-lebih lagi jika individu tersebut mempunyai kabel besar dengan bos. Sekiranya ada yang cuba membalas dendam atau sebagainya, cubalah dapatkan bantuan daripada pihak yang kamu benarbenar percaya sahaja.

2. Berjumpa pihak pengurusan
Tindakan berjumpa pihak pengurusan mempunyai beberapa keterbatasan, terutama jika rakan sekerja yang terlibat mendapat sokongan daripada bosnya. Sekiranya kamu mempunyai bukti yang kamu telah dianiaya, jangan berlengah untuk bertemu dengan pihak pengurusan dan laporkan perkara tersebut segera. Langkah ini penting sekiranya kamu benar-benar sayangkan kerjaya kamu.

3. Jangan hipokrit
Kamu mungkin tidak dapat menyelesaikan semua masalah politik pejabat seratus peratus tetapi itu tidak bermakna kamu harus terikut-ikut seperti mereka. Jadilah diri sendiri dan jangan sesekali menjadi seorang yang hipokrit. Tiada faedahnya melayan mereka yang suka bergosip, menikam orang dari belakang dan menyusahkan hidup orang lain. Lambat laun pasti akan terbongkar juga rahsia yang kamu simpan selama ini.

4. Bekerja seperti biasa
Daripada menyimpan rasa marah, sebaiknya fokus kepada perkara yang boleh kamu lakukan. Contohnya teruskan bekerja seperti biasa dan berkomunikasi dengan rakanrakan sepejabat. Ini merupakan cara paling baik untuk mengatasinya. Pihak lain juga dapat melihat betapa kamu masih mampu melakukan perkara seperti biasa di tengahtengah masalah yang sedang kamu hadapi. Siapa tahu mungkin kamu bakal mendapat penghargaan kerana dianggap mahu mengerti dan berfi kiran positif.

5. Sentiasa tabah
Mereka yang terlibat dengan politik pejabat mempunyai pelbagai cara untuk menjatuhkan orang lain. Sememangnya perasaan tidak puas hati pasti wujud sekiranya kamu ialah mangsa fi tnah itu. Walau bagaimanapun, kamu haruslah tabah menghadapi semua dugaan tersebut. Jangan biarkan mereka menang sebaliknya kamu harus berdiri teguh ketika berhadapan dengan politik pejabat yang direka untuk menyakiti kamu.

Bila Anak Belum Pandai Membaca

1. Jangan Rasa Tertekan
Perkara pertama yang perlu lakukan adalah relaks. Jika anak anda dapat merasakan kerisauan anda, dia juga akan merasa tertekan dan ini akan melambatkan proses dia belajar membaca. Lebih penting lagi, dia akan belajar membaca bukan kerana suka tetapi terpaksa. Anak akan cuba sedaya-upayanya, memaksa dirinya membaca untuk melegakan tekanan. Sekiranya dia masih tidak dapat membaca, dia mungkin akan rasa dirinya telah gagal dan mengecewakan ibunya. Dengan itu, ibu (maupun ayah) harus tenang. Ingatlah,masih ada ruang serta masa untuk membentuk kemampuannya.

2. Hargai Keistimewaannya
Setiap anak adalah istimewa. Elakkan daripada membezakan dia dengan kakak atau abangnya atau kawannya. Setiap anak mempunyai kemampuannya sendiri yang harus dihormati dan dikagumi. Membandingkan dia dengan yang lain hanya akan merendahkan maruah dirinya dan ini akan meninggalkan kesan negatif.

3. Kaitkan Dengan Minat
Teruskan mengadakan sesi bacaan dengan anak setiap hari tetapi pastikan bahan bacaannya menarik. Anak berusia 6 tahun sudah mempunyai citarasa serta kecenderungannya sendiri. Jika anak meminati bola sepak atau Ultraman, mempelajari perkataan tentang subjek-subjek kegemarannya ini adalah lebih bermakna baginya daripada membaca buku seperti “Peter and Jane”. Dengan itu tiada halangan untuk ibu atau guru menggunakan perkataan seperti Ultraman serta nama-nama pemain bola contohnya untuk menarik minatnya agar membaca. Adakalanya menghasilkan ayat yang mengandungi ciri-ciri yang digemarinya akan menyebabkan dia rasa teruja contohnya : “ Fahry menolong Ultraman melawan raksasa”. Bila anak suka dan merasa ada keperluan untuk membaca, dia akan berusaha gigih agar boleh membaca.

4. Lakukan dengan konsisten dengan penuh keseronokan.
Teruskan usaha menjalankan aktiviti membaca di rumah secara konsisten tetapi pada masa yang sama gunakan strategi yang berbeza untuk mencetuskan minat. Sesetengah anak harus diperlihatkan kenapa penting dia boleh serta suka membaca

a) Anda boleh melabelkan objek di rumah untuk dibaca bersama-sama. Selepas seminggu, ubah kedudukan label dan minta anak kesan kesilapan serta perbetulkan.
b) Sediakan satu kotak khas yang anda telah hiasi dengan cantil. Tuliskan serta nyatakan pada anak bahawa itu adalah kotak “ I can read” . Minta anak sebutkan perkataan yang disukai, tulis dan baca. Nyatakan pada anak dia kini sudah mengenali perkataan tersebut serta simpan dalam kotak. Hari berikutnya, minta anak nyatakan perkataan baru untuk kotak, tulis serta baca. Ulang baca perkataan pertama. Jika anak kelihatan seolah-olah telah lupa, jangan risau. Dengan tenang ulang baca perkataan tersebut.
c) Reka kad ala bingo menggunakan perkataan yang diminatinya.
d) Gunakan kad-kad imbasan lamanya untuk membuat ayat. Pastikan perkataan-perkataan yang digemarinya juga digunakan.
e) Susun kad-kad imbasan untuk menjadi ayat yang tidak lengkap. Mohon pertolongan anak untuk melengkapkan ayat.
f) Baca buku-buku yang melucukan atau buku-buku yang mempunyai rima atau perkataan yang diulang-ulang. Ramai anak suka membaca buku yang melucukan dan akan ingat perkataan-perkataan tertentu yang di anggap lucu.
g) Atau beli buku mewarna subjek kegemarannya. Hasilkan ayat berdasarkan gambar dalam buku dan jadikan dia buku baru dengan menggunakan kertas lukisan. Tunjuk dan baca bersama anak. Anak juga boleh diminta mewarnakan gambar-gambar tersebut. Atau ajak anak merangka ayat bersama-sama dan ibu boleh menulis untuknya jika dia belum mahir menulis.
h) Dorong anak melukis serta menceritakan apa yang ditulis. Ibu boleh menulis apa yang diceritakan. Atau jika anak sudah boleh menulis, bimbing dia menulis apa yang diceritakan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...