1)Nilai Kedudukan Kewangan
Nilai dahulu situasi kedudukan kewangan kamu, adakah ia kukuh ataupun goyah? Kenali keseluruhan aset yang dimiliki. Walaupun kamu masih muda, itu bukan penghalang untuk kamu menghitung setiap aset yang ada.Lihat juga kredit ataupun hutang yang kamu tanggung. Cara ini memberikan kamu lebih kepastian dalam membahagikan sumber pendapatan bulanan. Langkah pertama ini pasti membantu institusi kewangan kamu agar lebih terjamin.

2)Matlamat Jangka Pendek
Tetapkan juga matlamat jangka pendek dalam mengurangkan beban hutang. Simpanlah sejumlah wang dalam kuantiti yang sederhana setiap bulan serta buatlah pembayaran hutang secara berperingkat. Pastikan matlamat jangka pendek kamu realistik untuk diamalkan. Janganlah kamu memberhentikan kesemua kad kredit secara serta merta, sebaliknya bayarlah dahulu faedahnya agar kamu tidak dibebani dengan hutang di kemudian hari.

3)Tetapkan Bajet
Tetapkan segera bajet harian dan bulanan kamu. Cara ini cukup berkesan untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Peruntukkan segala bajet berdasarkan keperluan harian dan bulanan. Selepas kamu mengemas kini dalam bentuk nota mahupun jadual, pastikan kamu mengikuti bajet yang ditetapkan. Jangan hanya menulis di kertas tetapi tidak mempraktikkannya.

4)Ikuti Bajet Yang Ditetapkan
Kalau sudah biasa sangat dengan barangan mewah, kali ini kurangkanlah sedikit berbelanja barang berjenama tersebut. Optimumkan diri agar kamu dapat mengikuti setiap bajet yang telah ditetapkan. Walaupun sedikit tertekan, ini dapat memberikan motivasi agar kamu sentiasa berjimat cermat dalam berbelanja. Tiada apa yang boleh dibanggakan sekiranya kamu asyik membeli barang yang mahal, malah duit kamu akan mengalir deras seperti air.

5)Kemas Kini Bajet

Kemas kini bajet ialah cara bagi membolehkan kamu mengesan kemajuan ekonomi kewangan. Semak sekiranya kamu terlebih membuat perbelanjaan harian serta bulanan. Sekiranya masih lagi sama seperti dahulu, cepat-cepatlah kamu akur dengan tetapan bajet yang sepatutnya diamalkan. Lihat kembali matlamat jangka pendek kamu tadi.

6)Tambah Pendapatan

Membuat kerja sambilan, itulah cara lain yang boleh dilakukan agar dapat menambah sedikit pendapatan harian. Sekiranya kerja tetap kamu sedikit berat, gunakan masa di sebelah malam dengan melakukan kerja sambilan seperti perniagaan talian yang lebih menguntungkan ataupun kamu memang mempunyai rumah yang tidak digunakan, bolehlah disewakannya. Jom mula berniaga!

7)Matlamat Kewangan Baru

Sebaik sahaja berjaya mencapai matlamat jangka pendek, ayuh melangkah ke matlamat yang baru pula. Nilai kembali keadaan kewangan secara keseluruhan dan rangka objektif jangka panjang. Lihat masa hadapan sama ada kamu memiliki cukup sumber kewangan saat persaraan nanti? Oleh itu pastikan kamu mempunyai gaya berbelanja yang fleksibel serta praktikal agar bersesuaian dengan keperluan kewangan yang ada.