Dalam Islam, orang yang berhutang tetapi sengaja tidak menjelaskannya,ia tidak akan terlepas daripada menanggung beban hutang sekalipun selepas meninggal dunia. Oleh itu apabila
seorang hamba meninggal dunia di antara perkara yang perlu diselesaikan lebih awal ialah hutang piutangnya. Rasulullah S.A.W mencela orang yang berhutang tetapi sengaja tidak mahu membayar hutang dan berhutang kerana ia mengikut hawa nafsu.”

1)Sebab Berhutang
Masalah kewangan menjadikan seseorang itu terdetik untuk berhutang.Bukan mudah untuk mendapatkan sesuatu yang diinginkan. Biasanya berhutang ialah jalan terakhir. Ia bukanlah sesuatu yang salah, sebaliknya kamu perlu berfikir sebelum bertindak sedemikian. Fikirlah sebab utama kamu berhutang dan jangan pula melebihi daripada kemampuan untuk membayarnya pula. Hutang yang banyak boleh memakan diri!

2)Kumpul Hutang
Banyak sangat hutang? Cuba kumpulkan semua hutang menjadi satu.Catat kembali kesemua hutang perbelanjaan seperti hutang kereta,kad kredit, rumah dan sebagainya.Jadikannya dalam satu pengiraan agar ia lebih tersusun. Ingat, jangan terlalu taasub dengan kuasa kad kredit kerana ia bakal menjerat diri sendiri.

3)Jana Kewangan
Berhutang pun sebenarnya boleh membantu kamu untuk membiakkan lagi kewangan. Caranya mudah sahaja,hanya melabur mahupun berniaga hasil daripada pinjaman tersebut. Jadi bijaklah berhutang walaupun mengalami sedikit stres.

4)Pilih Si Pemiutang
Sukar hendak mencari seseorang yang boleh meminjamkan duit khas untuk kamu? Carilah individu yang boleh dipercayai seperti sahabat rapat. Cara ini akan membantu kamu untuk memulangkan kembali selepas membuat pinjaman. Jangan sesekali meminjam dengan Ah Long kerana ia akan memudaratkan diri kesan daripada kadar bunga yang dikenakan terlalu tinggi.

5)Pinjam Apabila Perlu
Kebanyakan orang berhutang pasti ingin menunaikan sesuatu yang dihajatinya.Oleh itu, pinjam wang mengikut keperluan barangan yang kamu inginkan. Jangan sesekali meminjam melebihi bajet yang diperlukan kerana kamu akan mengalami keperitan dalam membayarnya semula sekiranya kamu tidak mampu.

6)Tahap Kemampuan
Semak pendapatan bulanan, kad kredit dan baki pinjaman rumah adakah ia padan dengan kemampuan kamu untuk memulangkan baki hutang.Sekiranya keadaan kamu tidak stabil, rancanglah kewangan demi memudahkan proses peminjaman. Oleh itu tengok dahulu kemampuan diri sekiranya ingin memiliki sesuatu yang diinginkan.Jangan terlalu mengharapkan sesuatu,sedangkan gaji bulanan kamu hanya cukup untuk keperluan kamu sahaja.

7)Khidmat Nasihat
Sudah stres dengan segala hutang yang menghantui diri? Dapatkan nasihat pakar yang boleh membimbing kamu untuk mengurangkan tekanan yang dihadapi. Kalau kamu tidak mahuberhutang dengan mana-mana individu, pergilah ke bank yang menawarkan khidmat nasihat kewangan yang cukup menguntungkan.