24 April 2012

Di Bawah Lindungan Ka'bah






Sinopsis Filem Di Bawah Lindungan Ka'abah.

Hamid(Herhunot Ali) dan Zainab(Laudya Cynthia Bella) berasal dari dua keluarga dengan taraf kehidupan yang berbeza. Hamid yang berasal dari keluarga miskin dan Zainab yang berasal dari keluarga kaya.

Hamid mendapat pembiayaan dana sekolah dari ayah Zainab, ibu Hamid pun bekerja di rumah keluarga Zainab.

Pertemuan demi pertemuan membuat keduanya, Hamid dan Zainab, kemudian saling jatuh cinta. Namun begitu, hubungan cinta mereka tidak kesampaian kerana darjat yang berbeza.

Ditambah pula dengan Hamid diusir dari kampung kerana menyentuh Zainab. Namun begitu, kerana cinta yang kukuh, mereka terus setia dengan cinta masing-masing walaupun mereka berjauhan.

Hamid telah merantau ke Mekah manakala Zainab yang dijodohkan keluarga dengan saudagar kaya tetap dengan pegangannya dan kesetiaannya terhadap Hamid.

p/s: best sangat citer ni..kawasan pun cantik..zaman dahulu kala gitu.. 
 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...