22 January 2013

Jom Makan Durian

Pakcik Rela tolong bukakan durian utk tetamu yang hadir,




Layan si Aqil yang sibuk nak posing.. Dia suruh pegang tangan dan ajar dia buat peace...

Menikmati durian free..selain tu ada buah pulasan, langsat dan manggis juga..


Alhamdulillah..semua durian yang kami ambik...semuanya elok2 dan sedap..

Ni pun gambar lama...sorry lambat upload..

Lagi Gambar Santai Bersama Hattan

Penyambut tetamu..hehehe



Budak ngada nak pegang kamera..


Presiden PPj



Anak yatim ni memang hafal lagu Hattan..cayala..






Sorry lambat upload...

21 January 2013

Muhasabah Cinta Bersama Ustaz Don


Nak pergi..nak pergi..

Dah letak nama tapiiiiiiii... 29hb tu ada meeting pulak.. boleh ke pergi ni. Ikutkan aku dgn muni je letak nama.. Jgn la ofismate sorang lagi pun nak gi sama.. mati la kalau dia nak gi.. aku terpaksa mengalah la kot..

Dah 2 tahun aku tak apply kursus kat luar ofis.. anak sekolah derrrrr.. Bagi mencukupkan 7 hari berkursus dalam setahun, aku cuma dapat attend ceramah, seminar kursus BPTM je.. itu pun kalau BPTM panggil le.. kalau idok, mau tak cukup kursus aku..

p/s: kalau 2 orang kerani takde, kang bos nak cari sape...adusssssss..PA pun gi jugak....toinggggggg!!! harap kakakku tak gi...nak tanya takut..problema sungguh..line dah clear sebab tak bertugas di kaunter.. tup-tup ada meeting ala2 DTA gitu..

Kisah Roti Dan Asam Jawa

Kisah lucu...

Di suatu malam..(dalam rumah)..

Si Afiq tetiba rajin nak buatkan kami roti disapu dengan kaya. Confident level yang sangat tinggi..dia hidangkan untuk kami semua..banyak juga la dia buat.

Sekali husband aku rasa masam..dalam fikiran dia, kaya ni dah expired kot..warna asam jawa dengan kaya lebih kurang sama kan..bekas dia pun saiz yang sama..

Sekali husband aku jenguk kat dapur..dia ternampak bekas asam jawa kat atas meja..Dia gelak besar le..si Afiq salah sapu rupanya.. Yang dia sapu kat roti tu rupanya asam jawa bukannya kaya....

Nak buat camne..ke tong sampah la roti tersebut..

Hari ke-2, si Afiq buat rajin lagi. Aku cakap kat dia "betul ke abang letak kaya, kang letak asam jawa lagi?"

Nasib baik kali ke-2 ni dia buat betul..risauuu.
 

Balik Kampung 2H1M

Assalamualaikum/salam sejahtera..

Mood malas keje...malam semalam baru sampai dari kampung..PENATTT..

Dalam penat-penat tu, kugagahi jua untuk ke ofis..sayang cuti woo..baru awal tahun..

Balik kampung atas urusan anak sulung my SIL tunang pada hari semalam..segala urusan berjalan dengan lancar..Den je tak lancar, si Aqil asyik nak berdukung je, maklum la tempat orang ramai, dia memang wat perangai la..lenguh tangan den ni ha..

Aku balik kampung pagi sabtu selepas settle bantuan persekolahan di sekolah..terus chow balik kampung..penatnya balik kampung 2 hari 1 malam..1st wat keje gini..tu pun last minit dah My SIL gtau..

Patutnya aku ke familyday Perbendaharaan..sedih..tak dapat cabutan bertuah..(macam la ko dpt)hehehe..

Husband aku memang wajib balik kampung sebagai cameraman..sebab dia je ada DSLR.

Sabtu malam tido rumah mak aku dulu n then pagi ahad tu terus ke rumah my SIL..Pukul 4 petang gerak balik Putrajaya..sampai dalam pukul 7.30 malam..

18 January 2013

Sehangat Asmara

 
Diarahkan Mohd Feroz Kader, drama ini membariskan antaranya Rita Rudaini, Adi Putra, Shahrizal Jaszle, Fureena Ezlin, Izreen Azminda, Hafizuddin Fadzil dan Dian P. Ramlee.

Ia bakal ditayangkan bermula 21 Januari ini pada setiap Isnin hingga Rabu, pukul 10 malam di Astro Mustika HD (saluran 134).

 
Sinopsis

Cinta pandang pertama Kamalia Nalwa dan Zainal Arief memutikkan cinta dan berakhir dengan perkahwinan di London tanpa restu keluarga.


Kebahagiaan mereka tiba-tiba terhenti. Zainal terpaksa pulang ke tanah air dengan janji bahawa dia akan kembali lagi. Selama sembilan tahun lamanya, Zainal tidak pernah pulang sedangkan Kamilia terus menanti dengan air mata dan sengsara.

Tanpa diduga, Zainal muncul kembali. Datangnya untuk menuntut Misya, anak comel yang selama ini ‘disembunyikan’ oleh Kamilia. Dendam kesumat Kamilia terhadap Zainal tidak pernah padam. Anehnya, ‘dendam rindunya’ terhadap lelaki itu lebih kuat dan mengusik perasaannya.

Benarkah dia membenci lelaki itu? Hipokritkah Zainal ketika mengatakan bahawa hanya Kamilia yang bertakhta di hatinya?





"BIBIR TIDAK PERLU BERKATA, BILA HATI SUDAH MULA BERBICARA"

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...