14 July 2017

Holiday Raya 2017 - Cherating [Part 1]



























Yang ni selfie holiday raya namanya. Tak selfie, takde la gambar buat kenangan ye dok. Holiday raya ni sponsor by my BIL. 3 hari 2 malam. Seronoknya ada orang sponsor. Duit minyak je la bayar sendiri hehehe. Alhamdulillah.

Gambar-gambar selfie ni diambil lepas check-in hotel. Dan sebelum terjun kolam. Dah lama rasanya tak mandi kolam. Masih belajar nak berenang. Susahnya lahai. Takpe jangan putus asa. Hehehehe.

Perjalanan dari rumah mak ke Cherating mengambil masa dalam 1 jam je kut. Ikut kelajuan la. Ayah bawa slow. So kena la tunggu dia. Sampai je kat hotel, nampak pulak laut, alangkah damai dan tenangnya rasa. Tengah-tengah bersantai tepi pantai, akak ex ofis hantar wassap. Berborak la kami dalam wassap. Akak ni rajin tanya khabar. Rajin tanya perkembangan kawan-kawan. Dan rajin bagi nasihat.

Sambung next entry ye....

04 July 2017

Gambar Raya Aidilfitri 2017


Gambar selfie aje la....gambar sekeluarga takde..anak sulung dah beraya pepagi buta. Kebetulan dia kat rumah mertua. So, tak sempat nak salam-salam di pagi raya pun.







Keluarga Pak Anjang datang beraya


Sedara mara sebelah abah kat Felda Purun, Bera, Pahang


Atuk dan baby



Antara biskut raya yang dihidangkan kepada para tetamu yang datang


Selfie dengan baby


Baby merenung jauh



Yang kat belakang tu adik lelaki bongsu. No.6 dalam keluarga


Jiran depan rumah beraya. Maaf la muka penat. Muka nak tido


Kawan-kawan husband (MOF) datang singgah beraya sebelum pulang ke Putrajaya






Tu je gambar raya pertama sampailah raya ketiga.

"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI"

"MAAF ZAHIR DAN BATIN"

03 July 2017

Tart Nenas Gebu Pilihan Setiap Tahun





Biskut raya yang wajib di tempah setiap tahun. Gebu gebas sangat. Cair di mulut gitu. Lebih 50 biji dalam bekas tu. Tahun ni aku order 3 bekas. Sebab sedap sangat-sangat. Tengok dari gambar pun dah nampak kegebuan tart nenas ni.

08 June 2017

Kari Ikan Jenahak


Ikan jenahak ni dapat masa husband aku pergi join pertandingan memancing. So bila dah tau dapat ikan jenahak, memang kena buat kari la..perghhh terliur pulak tengok gambar. Boleh tahan besar jugak ikan ni. Pekena pulak dengan sambal kicap dan timun...perghhh..tak pandang orang sebelah dah. 

Ok selamat berbuka puasa.


07 June 2017

Trip Ke Gua Batu Maloi




















Assalamualaikum/Selamat Petang/Selamat Berbuka Puasa kepada muslimin dan muslimat sekalian,

Pejam celik, pejam celik dan 12 hari kita berpuasa.

Ok nak bercerita sikit pasal Trip ke Gua Batu Maloi bersama KBC pada 22 April 2017.  Seronok tak terkata bila 1st time join aktiviti macam dengan team KBC. Walaupun cuma 10 orang je yang join tapi ia sangat menyeronokkan. 

Gua Batu Maloi ni banyak air kat dalamnya. So, memang basah je la baju kami. Tak pandai nak cerita panjang lebar, uolsss layan gambar je la ye....dah basi pun gambar aku ni ha...peram 2 bulan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...