07 June 2017

Trip Ke Gua Batu Maloi




















Assalamualaikum/Selamat Petang/Selamat Berbuka Puasa kepada muslimin dan muslimat sekalian,

Pejam celik, pejam celik dan 12 hari kita berpuasa.

Ok nak bercerita sikit pasal Trip ke Gua Batu Maloi bersama KBC pada 22 April 2017.  Seronok tak terkata bila 1st time join aktiviti macam dengan team KBC. Walaupun cuma 10 orang je yang join tapi ia sangat menyeronokkan. 

Gua Batu Maloi ni banyak air kat dalamnya. So, memang basah je la baju kami. Tak pandai nak cerita panjang lebar, uolsss layan gambar je la ye....dah basi pun gambar aku ni ha...peram 2 bulan.

22 May 2017

Udang Masak Lemak Cili Api



Assalamualaikum/Selamat Petang...

Akak bersiaran lagi lalalalala....

Bila tengok gambar makanan, cam bulan puasa la pulak ye? Time puasa asyik buka blog makanan je ye dak. Ok la, tak payah cakap banyak. Akak mempersembahkan udang masak lemak cili api untuk korang semua...menu yang simple je dan senang. Campak-campak je.

08 May 2017

Konvoi Berbasikal Wanita 2017




























Assalamualaikum/Selamat Petang...

Baru berkesempatan upload gambar di event "Konvoi Berbasikal Wanita 20117" sempena Hari Wanita Sedunia pada 11 Mac 2017 di Putrajaya. 

Seronok memang seronok. 1st time join event berbasikal. In Shaa Allah akan join lagi. Sebelum tu kena beli basikal yang ada gear baru seronok. hahaha.. Penat weh hari tu kayuh basikal takde gear. Redha je la. Tercungap pun ada. 

Ramai artis yang turut serta seperti Janna Nick, Dato' Siti Nurhaliza, Ozlynn, Datin Paduka Umie Aida, Lisdawati, Jue Aziz dan ramai lagi. Ada dua kategori iaitu 10km dan 20km. Aku join yang 10km je. Cukup la sekadar permulaan. Next boleh la tambah km lagi. 

Medal dan sijil sebagai kenangan menyertai acara tersebut.

Layan gambar je la ye...

04 May 2017

Cendol Durian Shah Alam






Assalamualaikum/selamat pagi,

Dah lama kan blog ni tak update. Hampir bersawang. Banyak gambar-gambar yang belum sempat di post kat blog ni. Tunggu je la ye. Time tak busy dan time rajin boleh la update blog. 

Dah lama teringin nak makan cendol durian yang marvelous ni. Rupanya durian yang dia letakkan dalam cendol tu ikut jenis durian jugak. Aku ambil durian paling murah la. Durian kampung je. Apapun memang puas hati sangat. Sedap weh. Durian pun banyak. Boleh repeat lagi. Kami ke sini guna waze je. Sebelum ke sini, kami dari rumah kakak aku. Dekat Klang je. Dekat je la Klang-Shah Alam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...