26 September 2012

Malam Sekalung Budi Lambaian Kasih KSP



Ketibaan YAB Perdana Menteri.

Menyusul kemudian..ketibaan Isteri YAB Perdana Menteri.

Gegurl BAC yang hadir.

YAB Perdana Menteri memberi ucapan.

Nampaknya YAB Perdana Menteri dan isteri terhibur dengan persembahan dari LHDN..

Tak lupa untuk aku snap gambar ex-bos (timb.antarabangsa dulu), sekarang dah jadi Ketua Pengarah Kastam.
Kombo LHDN the best la..tapi ada sikit yang tak best time diorang nyanyi lagu 1Malaysia..hancur..tak ingat lirik..yang lain best..lagu yang disampaikan ialah Orang Kampung, Anak Tupai, Ombak Rindu 2 versi (versi balada dan dangdut), dll..(x ingat)lagu Lemak Manis tu tak ingak pulak diorang nyanyi or muzik je..

Meh layan lagu Lemak Manis dari Roslan Madun (Lagu Rakyat Pahang)

Sopan-santun
Anak melayu
Senyum terukir
senyum terukir bila disapa
Dalam pantun
Ku kirim rindu
Rindu mengalir
Rindu mengalir di dalam kata.
[Chorus 2x]
Lemak manis
Alah amboi-amboi
Santan kelapa
Alah amboi-amboi
Ku pandanglah manis
Alah amboi-amboi
Anak siapa?
Pohon sena
Pohon meranti
Di tengah-tengah
Di tengah-tengah buluh perindu
Adik di sana
Abang di sini
Di tengah-tengah
Di tengah-tengah rindu menderu
[Ulang chorus]
Hujan di hulu
Tak reda-reda
Ributlah turun
Ributlah turun bertalu- talu
Abang di hulu
Adik di kuala
Ku hanyut rindu
Ku hanyut rindu dalam perahu.

25 September 2012

Jamuan Raya MOF 2012

Nasi dagang ikan, sate dan abc.

Nasi minyak, laksa dan kambing bako.

Kak ita, muni dan aku.

YAB PM kita yang dinanti sudah pun tiba..

Luruh Jantung

Kisah berlaku pada hari semalam..

Disebabkan si kakak dapat cuti berganti (isnin) kerana ada sukan pada hari sabtu makanya aku tinggalkan dia dgn si afiq kat rumah..malas nak bawa ke ofis, nanti diorang wat bising..marah dah bos kang.

Balik keje petang semalam,

terkejut den, bawa hangus terbakar..mesti budak ni main api kat dalam rumah. Kuat pulak bau hangit tu..Buka je pintu, terus je bau. Rupanya diorang main api kat branda rumah..dia bakar kertas..sib baik tak terbakar kain yang aku sidai.

Lepas tu, aku check kat dapur tengok apa pulak yg diorang buat. Diorang cuba masukkan kepala gas kat tong gas..mak aiii luruh jantung..berani sungguh..kita punya la cabut kepala gas..diorang boleh pulak nak sambungkan.. aduhhh duhh duhh!!

Lagi kes, si afiq melaporkan yang dia berdua keluar rumah..Sedangkan aku dah mangga gril tu..rupanya diorang keluar kat lubang2 gril tu..hisshh muat pulak badan diorang ni..takde makna aku kunci gril..bolos jugak..

Apa lagi...sakit jantung, sakit dada tiba2 rasa darah ni naik tinggi je..mendapat le budak berdua ni hanger ke badan..nak cakap banyak pun tak boleh..letih bercakap dah..so, kena la hukuman.

p/s: nasib baik mama korang ni bukannya darah tinggi, kalau tau mau masuk hospital kena tahan kat wad..silap gaya masuk ICU..mama korang ni low blood je..suatu hari nanti boleh jadi high blood kalau gini gayer nyer..

24 September 2012

Jumpa Siti Nurhaliza Di Karnival My3L PWTC



























Semalam 23.9.2012 bertempat di PWTC diadakan Karnival Pembelajaran Sepanjang Hayat (My3L). 

Motif utama nak jumpa CT disana...Di booth Simply Siti.. Malah aku bukan jumpa CT sorang je, artis lain pun ada seperti Sabri Yunus, Zul Huzaimy, Dato' Fazley dll.. Handsome gak si Zul Huzaimy tu..Tak sambong..i like..

Untuk pengetahun korang semua, CT akan mengadakan konsert di Bukit Gambang Kuantan pada 9 November ni.. Ni konsert pembuka tirai Jelajah Pantai Timur..coming soon, tak tau lg di lokasi mana.. 

21 September 2012

Jamuan Perpisahan En.Amirul


Yang Dirai



Tetamu yg hadir

Tempe goreng tepung, tempe goreng sambal dan ikan keli goreng berlada
Ikan patin pekasam, sambal sotong basah dan sambal sotong kering
Mee hoon goreng, sambal belacan dan tempoyak

Puding buah-buahan campuran
Puding santan pandan

Agar-agar kiwi
Masak lemak tempoyak
Ikan (ape ntah) dan peria masak lemak
Tahniah sebab naik pangkat dan salam perpisahan...Selamat sudah ke SUK Selangor..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...