27 February 2011

Ulang-Alik Hospital

Tadi dah check kat hospital. Nampak gayanya baby tak nak keluar lagi melihat dunia yang tersergam indah ini. Belum masanya lagi kot. Tapi tadi memang lama kat hospital walaupun orang tak ramai. Tengok yang lain semuanya dah settle, tinggal aku je kat katil sorang diri.

Disebabkan baby aku terlalu aktif, 2 kali aku kena wat check (graf baby). Pastu kena masuk air pulak tu..Aduiii sakitnye tangan kena masuk jarum. Takleh nak wat ape, memang keje doktor.

Nak wat graf baby tu makan masa dalam 3 jam. Uisshh lama bebenor. Patah pinggang aku dok baring kat katil je. Tapi kepala baby aku memang dah kat bawah, cuma tunggu masa je nak keluar.

Lepas settle wat graf baby setelah doktor berpuas hati menengoknya, aku kena gi bilik sebelah lak wat scan. Nak tunggu doktor masuk bilik tu makan masa dalam 15 minit gak. Ke kiri ke kanan aku mengiring kat atas katil menunggu doktor masuk. Sakit pinggang aku dok baring lama-lama. Scan punya scan, jalan masih 2cm dan berat baby 3kg katanya.

Memandangkan hari ni due date aku, tapi baby tak nak keluar lagi, doktor bagi tarikh baru iaitu 7.3.2011 kena datang balik ke hospital dan terus masuk wad bersalin. Minta-minta sebelum 7.3.2011 aku dah sakit, tak nak la kena paksa.

So, dah settle semuanya, aku pun boleh balik rumah.Stanby je.Yuhuuuu

Tanda-Tanda Nak Bersalin

Apakah tanda-tanda hampir bersalin?
Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.


Bayi turun ke bawah

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
  • sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
  • kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
  • sakit perut, memulas
  • kerap buang air besar (takde la kerap sgt)


Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir
  • Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
  • Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.
p/s: ni la tanda-tanda yang berlaku pada aku sekarang ni..

Due Date

Hari ni (27.2.2011) merupakan due date bersalin aku. Tapi aku masih kat rumah lagi. Ingat hari ni nak gi hospital la. Risau gak aku. Agak-agak ramai tak orang hari ni. Malas betul nak tunggu lama. Walaupun takde kontraksi, tapi aku rasa perut aku dah makin kebawah sangat-sangat.

Risau jugak kalau tak refer ke doktor. Moga tiada perkara yang tak dingini berlaku. Doakan aku ye kengkawan sume. Aku mesti gi hospital hari ni jugak. Nak check apa yang patut.

See U next time....

25 February 2011

Penantian Belum Berakhir..

Aku masih disini (dirumah). Menanti dan terus menanti kehadiran orang baru dalam keluargaku. Tetapi tiada apa-apa kontraksi lagi. Cuma bleeding sikit je. Tak banyak pun, tapi kerisauan melanda aku pergi la Hospital Putrajaya pagi tadi. Nak check kalau2 jalan dah buka. Tunggu punya tunggu, mak oi ramainya orang yang nak bersalin. Dari Banting pun ada. Kalau dari Putrajaya tu no hal la kan. Macam-macam kes aku dengar, sambil menunggu doktor scan aku.

Kesnya: Adalah sorang minah ni (warganegara asing) datang kat hospital ni untuk daftar anak dia yang baru berusia 1 bulan. Nak dipanjangkan citer, rupa-rupanya minah ni bersalin sendiri kat rumah dia tanpa pertolongan sape-sape. Dialah yang gunting tali pusat baby dan sambut baby.Maybe dia sorang diri kat rumah. Dah sebulan baru nak cari hospital nak bagitau yang dia dah bersalin. Alkisahnya minah ni dari selayang. Nun jauh disana, sanggup datang kat hospital putrajaya coz hospital lain taknak layan dia. Lagipun aku dengar dia takde passport. Melenting jugak la doktor kat hospital ni. Tapi aku tak tau citer selanjutnya pasal minah ni diterima tak daftar anak dia kat hospital ni coz aku dah nak balik time tu.

Berbalik kes aku lak ye, mula-mula sampai kat dewan bersalin, aku dah nampak kat atas meja kaunter tu tulis FULL. Aku dah agak dah. Apa-apa pun aku cuma nak gtau kes aku tu je, coz doktor boleh tangok dulu camne. Lama gak la kat hospital ni. dari pukul 8 pagi hinggalah pukul 12 tgh hari baru siap. Masa doktor check aku, dia gtau jalan baru buka 2cm, so boleh balik dulu. Lagipun memang takde katil pun kalau nak menunggu kat situ. Lagipun aku tak sakit-sakit lagi. Biar aku duduk kat rumah je.

Masalahnya sekarang, aku tak ta bila pulak nak gi hospital ni balik. Sampai sekarang masih takde sakit-sakit. Risau jugak aku dibuatnya. Takut apa-apa akan jadi kat baby dalam perut ni. Yelah kita tak nampak kan. Minta-minta la ada kontraksi. Sikit-sikit pun jadi la. Baru la aku boleh gi semula kat hospital tu. Lain la aku pandai check jalan tu sendiri. No hal la.

Tapi tu la, dengar citer pengalaman kakak-kakak di ofis, dia kata kadang tak sakit pun boleh bersalin jugak. Bertambah risau aku. Anak -anak aku sebelum ni semuanya ada keluar tanda-tanda (air ketuban pecah). Yang ni cuma bleeding sikit je. Ye sikit sangat-sangat. Maybe, esok kot aku ke hospital balik kalau malam ni takde sakit-sakit lagi.

Moga Allah mempermudahkan urusan aku tu. Amin..

24 February 2011

Interaksi Dengan Anak

Macam-macam hal la anak girl aku ni. Selalu hot. Macam-macam ragam. Tiap-tiap hari bertengkar dengan dia. Hari ni punye citer, sampai je kat rumah lepas ambil dia dari sekolah. Aku terus je turun dari kereta. Aku nampak dia panggil aku dalam kereta tu. Tapi aku wat tak tau je. Dia wat kemalasan dia dah. Dia nak suruh orang buka pintu kat dia. Aku wat dek je. Pastu laki aku gi buka pintu kereta, tengok air mata dah meleleh. Dia membebel kat aku.

Anak: "mama, kan kakak suruh buka pintu, nape mama tak buka?"
Aku: kan kakak ada tangan, buka la sendiri.
Anak: kakak suruh mama yang buka.
Aku: kakak ade tangan ke takde, nak tuhan ambil tangan kakak ke?
Anak:(dia membebel lagi) hari tu papa suruh kakak ambil barang, kakak ambil je. Papa pun takde tangan.Lain kali papa ambil sendiri, jangan suruh kakak.(papa dia dah terkena jugak tempias)
Aku: lepas ni wat sendiri-sendiri je. (Aku pun hampir-hampir terkena gak dengan anak aku tu). Sib baik dia cakap pasal papa dia je.

Bebudak zaman sekarang, kalau kita cakap 1, 10 dia jawab...Emmm layan jo la.


Hati Bikin Panas..

Tengah hari tadi, aku gi Anjung nak settle segala hutang piutang dengan my husband. Lama gak cari parking. Full memanjang. Rasanya dah habis awal aku kuar tadi dalam pukul 11 pagi. Ingatkan banyak parking. Hampeh je.

Dah settle semuanya, tengok jam dah dekat pukul 12 tengah hari. Alamak anak aku dah nak balik sekolah. Sampai kat parking kereta, hangin seluruh badan. Ada orang block kereta aku. Dengan tarik handbreak dan tak letak nombor telefonnya. Aku agak mesti kereta orang pompuan ni. Tunggu lama gak, tapi tak keluar-keluar jugak tuan punya kereta ni. Laki aku mundar-mandir masuk Anjung nak cari tuan punya kereta. Dia masuk kat dalam Bank Islam je, kat tabung haji dia tak terjah pulak.

Rupa-rupanya makcik (tuan punya kereta) tu, keluar dari tabung haji. Tengok jam dah 12 lebih. Risau jugak la, anak aku mesti dah keluar, tapi aku tak sampai-sampai lagi. Nampak je makcik tu menuju kat kereta dia, laki aku marah-marah la kat dia. Dia boleh senyum-senyum je, dah la tak minta maaf. Ishkk..poyo je makcik ni. Dah 2 kali kejadian ni berlaku kat Anjung. Tension betul dengan situasi camni.

**makcik yang aku maksudkan tu bukannya cik mucux..hehehhe sebab cik mucux pun keluar dari tabung haji gak tadi..Cik mucux pelawa aku naik kereta dia, sebab dia nampak kereta aku kena block. Tapi aku tolak pelawaannya sebab aku bukan nak balik ofis, aku nak balik rumah...hehehe..TQ cik mucux pelawa aku tadi ye.

p/s: lambat aku post entri ni...banyak pulak surat keluar hari ni..pastu gi binding..Bos nak gi Paris minggu ni...Bos sorang lagi ade kat Korea (meeting). Bos lagi lagi ade seminar. Dan lagi lagi..2 orang bos aku baru balik dari Chile..Wah meriahnya..

Hari Ni Punye Citer


Ikutkan hari ni aku nak cuti. Rest kat Rumah. Disebabkan hari ni, orang kerajaan dapat gaji (termasuk aku la tu), aku kena gagahkan diri untuk datang keje. Nak bayar hutang piutang. Bayar hutang kak erna dan bayar duit kutu.

Pastu nak gi Anjung, beli susu kambing dan mandian herba bersalin. Dah berapa hari tak minum susu, stok kat rumah habis. Memandangkan hari ni dah gaji, boleh la beli. Lagipun kat Anjung dia bagi harga ahli. Rugi la kalau tak beli kat sana. Semua produk yang dijual tu diberi harga ahli. Kalau nak nombor telefon akak yang jual tu, jangan segan-segan la minta kat aku ye. Alang-alang nak ke Anjung tu, my husband pun nak bayar duit kereta kat Bank Islam. Senang lepas ni tak payah fikir dah. Dapat gaji settle dulu mana yang penting, baru la boleh nak beli barang lain.

p/s: ikutkan list ni, banyak barang nak di beli. Semalam dapat pamplet dari Carrefour ade wat promosi. Kalau tak silap promosi tu start esok kot. Nak beli susu anak boy aku, white board untuk anak girl (dah lama dia minta barang ni, tapi tak beli-beli je lagi). Memandangkan ade promosi, boleh la beli esok.

23 February 2011

Semakin Hari, Semakin Hampir

Sebelum bersalin ni, banyak la aku post entri. Tengok la selepas bersalin nanti, silap gaya mau seminggu 1 post je agaknya. Kita tengok nanti camne. Nak tanya korang sume, mesti korang sume tengok aku cam biasa-biasa aje kan. Korang tau tak, sebenarnya aku ni dah tak larat. Kaki ni dah tak boleh melangkah. Sakit urat kaki, pinggang segala bagai ada. Disebabkan takde tanda-tanda bersalin lagi, aku gagahkan lagi diri aku ni untuk datang keje. Ikutkan hati, nak je aku relax kat rumah. Tapi sayang cuti maaaaaaaa. 20 hari setahun mana cukup. Sekurang-kurangnya 30 hari kira ok la. Betul ni, aku tak main-main..I'm serious!!!

p/s: harap-harap korang sume doakan semoga aku selamat bersalin ye. Sebab aku rasa lain macam je. Tak pernah rasa sakit yang teramat sakit sebegini. Ye la, masa mengandung 2 orang anak aku tu, takde pun rasa sakit camni. Tu yang aku risau. Moga panjang umur, itu yang kuharapkan. (Ia sentiasa bermain difikiran). Anak aku pun selalu cakap "taknak mama mati". Ni kes dia tengok citer kat tv, yang orang bersalin tu mati. Sebab tu dia cakap camtu. Budak-budak kalau tengok tv, mesti diorang ingat jalan citer. Betul tak? Bila dia cakap camtu, aku mula la berdoa hari-hari, moga panjang umur.

6 Mac 2011

Mana yang suka bab-bab politik ni mesti tau ni tarikh apa kan? Ya betul..Tarik pilihanraya kecil bagi Dun Kerdau dan Dun Merlimau. Aku ambil pot sikit sebab Dun Kerdau tu kat Pahang. Aku kan anak jati Pahang, so aku menggatal tangan la nak tulis pasal politik hari ni. Aku ambil pot untuk Dun Kerdau je ni, Dun Merlimau aku tak kisah sangat.

Agak-agak sape la menang. Calon BN dah ada, calon Pas tak tau lagi sape. Tapi setahu aku kat Pahang ni sama-sama kuat. BN dan PAS sama ramai je. Serasa akulah mesti BN menang. Confident ni. Nape? Ntah la, tak tau nape. Sejak 2 menjak ni, mana-mana pilihanraya mesti BN menang kan. Layan je la. Dan satu perkara yang tak boleh dielakkan adalah pergaduhan parti. Ni mesti akan terjadi nanti. Kita tunggu dan lihat je ye.

Satu hal lagi nak gtau korang sume, hotel-hotel dan homestay sekitar Temerloh dah full ye. Ramai dah buat tempahan awal. Apa lagi, rate hotel pun naik la. Untung tauke hotel kan. Mana taknya, letak je harga berapa-berapa pun, diorang sanggup bayar untuk pilihanraya ni.

p/s: Harap-harap pilihanraya ni berjalan dengan lancar, adil dan tidak berlaku kekecohan yang melampau. Dan yang penting sekali, terfikir-fikir jugak la, ada ke bantuan kewangan/bonus untuk tahun ni. Mana tak nya, awal tahun dah banyak habis duit. Hujung tahun mau kering..

Wifi Aztech


Sekarang ni ber'wireless' kat rumah lak. Baru je lagi. Member my husband yang kasi.Free lagi. No bayar-bayar. Tu yang sedap didengar kan. Kebetulan kat rumah ade laptop dan pc. Jadi kedua-duanya leh guna internet. Jadi tak berebut dah dengan anak boy aku tu. Balik keje je terus on pc, main game kereta dia tu la. Sekarang boleh tarik nafas lega. Dia main pc, aku leh ngadap laptop.

Suami Sewa..Apa kes ni?

KUALA LUMPUR: Segelintir warga emas tempatan kini sanggup merancang perkahwinan palsu atau menjadi suami sewa semata-mata untuk mendapatkan ganjaran wang bulanan yang dikutip daripada isteri warga asing.

Kebanyakan lelaki yang diistilahkan sebagai suami boneka ini, berpura-pura berkahwin dan mendaftar perkahwinan terbabit dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi membolehkan isteri warga asing terutama dari China tinggal lebih lama di negara ini untuk menjalankan kegiatan sebagai pelacur atau pelayan pelanggan (GRO) sepenuh masa.

nak baca citer selanjutnya, layari: Hmetro

Faceblog


Apa kata kita beralih pulak ke faceblog. Tujuan faceblog ni adalah dasar untuk mengumpul dan membina satu komuniti blogger khususnya di seluruh Malaysia dan dunia amnya.

Meh join sekarang!!!

Majlis Jalinan Mesra


Ala bestnya...Nak join gak!! Tapi tak boleh la, sebab aku dalam pantang time tu. Melepas nak jumpa Iron Lady ni..Harap-harap Iron Lady wat lagi event camni.

Berjaya Juga Akhirnya..

Assalamualaikum dan selamat pagi wat semua kengkawan aku yang sudi menjenguk blog aku ni. Blog aku takde la cantik sangat. Tapi tema tu yang penting. I Like it. Nak citer pepagi buta ni, aku happy sangat hari ni. Nape ye???Mesti kengkawan ku tertanya-tanya kan.


Petang semalam aku dah selamat mengemas pantry bersama-sama dengan pembantu aku kak aina. Thanks Kak Aina. Dah tak sakit mata bila masuk pantry. Tenang je rasa. Berkat usaha sebelum aku bersalin. Tapi selepas bersalin tak tau la camne pulak jadinya. Kot-kot dah tukar PIC ke? Yo la aku kan nak ambil cuti bersalin 90 hari. Dah sah la nak kena renew 5S kan. Mesti lantik orang baru jadi PIC pantry ni. Maybe aku masuk keje awal bulan Jun 2011. Ermm..lamanya duk melepak kat rumah. Takpe, sambil-sambil tu dapat menghilangkan stress keje.


Ok la, setakat tu je coretan aku pagi ni. Perut dah lapar, hari ni pekena roti canai. Aku beli kat kedai rumah aku. hari-hari makan nasi berlauk cam dah muak lak. Ok..daaa

22 February 2011

Mana Oksigen ni?

Help me plzzz!!! Nape aku tercungap-cungap je ni. Rasa cam dihujung nyawa je. Maybe kepenatan kot kemas pantry sorang diri. Kalau tau jadi cam ni, aku biar je pantry ku bersepah. Tapi tak boleh, mataku sakit tengok bersepah.

Sikit je lagi nak siap. Boleh ke aku sambung lagi 10% petang ni. Dah cakap ngan kak aina. Kak aina nak tolong sebab aku takleh nak tunduk-tunduk. Aku terpaksa minta bantuan kak aina. Tapi aku dah semput la ni. Cam ne ni.Tapi sikit je lagi ni. Minta-minta ok la. Kalau boleh nak siapkan hari ni jugak.

Lepas ni sape yang menggatal tangan wat sepah siap la. Aku tak teragak-agak nak kunci pantry ni. Dah lama bersabar ni. Sib baik kunci pantry ni takde je. Nampak gayanya aku kena beli kunci sendiri. Sebab kat pantry ni diorang ingat ade orang gaji kot. Letak je cawan dan segala bagai atas sinki tu, nanti orang gaji cucikan. Boleh bla...

p/s: ingatkan nak jual suratkhabar hari ni, tapi tiada kesempatan pulak. Tapi kalau boleh kena jual sebelum aku bersalin. Habis lak nanti s/khabar aku di jual orang lain. Aku yang kumpul, orang lain lak yang kaya. Duit tu memang aku cadang nak beli barang pantry. Sabun, span dll. Selalu tak berkesempatan nak beli, ada je orang tanya "jual tadi dapat berapa"..pastu minta la pulak duit tu..siut je kan. Kita yang penat mengumpul, orang lain lak nak duit tu. Tension aku.

Dir....Tuhan Lebih Menyayangi


Salam Terakhir

Sampaikan salam buat semua
Salam terakhir salam teristimewa
Kepada kau yang tersayang
Pada teman yang ku kenang
Pemergian ku ini tak dirancang

Usah bertanya mengapa aku
Mengucap salam terakhir kepada mu
Kerna waktu berputaran
Bimbang tak berkesempatan
Melahirkan kerinduan terhadapmu

( korus 1 )
Demi sebuah kenyataan
Yang amat menyakitkan
Aku yang tidak berdaya
Hanya berserah padaNya

( korus 2 )
Salam akhir
Salam yang teristimewa
KepadaNya ku memohon keampunan
MelaluiNya ku beri kemaafan
Kepadamu

( ulang korus1, korus2 )

Andainya aku punya waktu
Masih ku ingin mengulangi semula
Saat indah bersama mu
Sayang tak berkesempatan
Abadikan saja salam ku di ingatan

Salam ku yang terakhir

Al-fatihah..

21 February 2011

Apa Akan Jadi??

Apa akan jadi dengan partition dan pantry aku nanti bila aku cuti bersalin 90 hari. Ni yang bermain dek fikiran aku. Hari tu aku cuti 2 hari time bebudak nak start sekolah pun dah macam ape je. Habis tong sampah aku. Dengan takde plastik sampahnya, pastu ade pulak air busuk kat dalam tong sampah tu. Sampai hati diorang wat kat aku cam ni. Tapi cam tau je sape. Selalu jadi cam tu. Time balik tong sampah clear je, tapi bila datang pagi esok bertambun polistrin makanan. Jatuh dari syiling kot. Yang peliknya diorang ni suka buang kat tempat aku. Pastu kat tempat aku berbau la. Macam-macam perangai manusia.

Sampai sekarang pantry ku tak dikemaskan lagi. Sempat ke nak kemas ni. Macam dah terasa nak bersalin je. Tu satu hal. Ni satu hal lagi risau apa akan jadi kat partition aku. Adakah akan berubah setelah aku naik keje dari cuti bersalin nanti. Menjadi kerisauan betul. Kot-kot ade orang lain pulak duk kat tempat aku ke. Mana lah tau kan.

Minggu Yang Mendebarkan

Minggu ni merupakan minggu due date bersalin aku. Sangat mendebarkan aku walaupun ni anak yang ke-3. Walaupun aku tak mabuk teruk diawal kehamilan aku, tapi kali ni sakit sangat. Maybe banyak urat-urat dah putus kot..Hehehehe..

Due date aku 27hb ni, tapi tak tau la leh caye ke tak. Date tu ikut scan dari doktor. Silap gaya baby kuar awal atau lambat je la. Beg yang nak dibawa ke hospital dah lama get ready kat dalam bonet kereta. Dan aku dah bersedia bersalin bila-bila masa aje. Harap-harap ada la katil kat aku dalam hospital putrajaya nanti.

1st time nak bersalin kat hospital putrajaya. Anak pertama bersalin kat Hospital Ampuan Afzan Kuantan dan anak kedua aku bersalin kat Hospital Sultan Ahmad Shah Temerloh. Anak ketiga ni memang terpaksa bersalin kat Putrajaya memandangkan anak sulung aku dah bersekolah.

Masa gi klinik minggu lepas, aku gi dengan anak aku yang si girl tu la. Ponteng fardu ain petang tu. Dia gatal-gatal badan masa tu. So, aku bawa la dia sekali jumpa doktor ambil ubat. Masalahnya aku kena Q dua tempat. Kaunter ibu mengandung dan pesakit luar. So, lambat la aku balik. Settle semua tu dalam pukul 5 petang.

Bercerita pasal anak sulung aku tu, dia macam bad mood bila aku bagitau dia yang dia akan dapat baby boy. Dia sangat mengharap dapat baby girl. Dah pilih nama pun. Suka-suka je nak letak nama puteri...Ishk..ishk..Dia cakap ape "nanti kalau kakak tengok keluar baby girl siap la doktor".(tak caye doktor anak aku ni).Yang anak boy aku ni pun dah pilih nama. Dia nak nama sama dengan anak kakak aku. Aku dah cakap mana boleh nama sama. Susah nanti nak nenek dia nak panggil. Layan je la. Wat masa ni aku tak pilih lagi nama yang sesuai. Memang tak fikir lagi pasal nama.

Yang aku risau sekarang ni sakit nak bersalin nanti dan sapelah nak bagi semangat kat aku dalam labour room. My husband sibuk jaga anak. Nampak gayanya aku sorang-sorang la menahan kesakitan tu. Camne la agaknya. Tak pernah lagi kat labour room sorang-sorang. Tawakal je la. Harap-harap aku dan baby selamat. Baby sihat sempurna dah cukup baik. Minta dijauhkan perkara yang tak diingini berlaku. Tak tau la kali ni bersalin normal ke operate. Harap-harap normal la seperti sebelum ni.

Sejuta Cinta Marshanda

Lirik Lagu Marshanda – Sejuta Cinta (OST Sinetron Sejuta Cinta Marshanda)

Sudah memang sudah
Perjalanan cinta berakhir sudah
Engkau pergi tuk selamanya
Tuk selamanya

Mungkin ini sudah suratan
Engkau dan diriku tak bisa bersama
Mungkin ini sudah suratan
Sudah suratan

Jangan kau pergi untuk meninggalkan aku
Aku disini dengan sejuta cinta untukmu
Jangan kau pergi untuk melupakan aku
Aku menangis karena hidup tanpamu

Sudah memang sudah
Perjalanan cinta berakhir sudah
Engkau pergi tuk selamanya
Tuk selamanya

Jangan kau pergi untuk meninggalkan aku
Aku disini dengan sejuta cinta untukmu
Jangan kau pergi untuk melupakan aku
Aku menangis karena hidup tanpamu

Jangan kau pergi untuk meninggalkan aku
Aku disini dengan sejuta cinta untukmu
Jangan kau pergi untuk melupakan aku
Aku menangis karena hidup tanpamu

Sudah memang sudah

p/s: nak layan citer ni tunggu kalau ade cuti am je. Sebab citer ni ditayang pukul 2 petang time keje. Memang best citer ni. Hero dan heroin pun best. Setiap citer yang aku tengok, yang penting sekali adalah hero dan heroin dia. Kalau best baru aku layan. So, nak tengok full episod kena layan kat youtube la jawabnya. Lagu tema ni dinyanyi sendiri oleh heroin dia. Sedey lagu ni.

Kejora Dan Bintang



Lirik Lagu OST Kejora dan Bintang - Rindu Setengah Mati (D’Masiv ft Kevin Aprilio)

Aku ingin engkau ada di sini
menemaniku saat sepi

menemaniku saat gundah

berat hidup ini tanpa dirimu

ku hanya mencintai kamu

ku hanya memiliki kamu


reff:


aku rindu setengah mati kepadamu

sungguh ku ingin kau tahu

aku rindu setengah mati


meski tlah lama kita tak bertemu

ku selalu memimpikan kamu

ku tak bisa hidup tanpamu


repeat reff

aku rindu setengah mati

aku rindu setengah mati kepadamu

sungguh ku ingin kau tahu

aku rindu

p/s: best sangat citer ni...malas nak tulis sinopsis...layan lirik lagu dia pun ok

Tayangan : Astro Ria (104)
Masa : 6.30 petang
Hari : Isnin-Jumaat

Air Tangan Suami

Ni sume bahan pakai hentam je. Aku suruh my husband letak je apa-apa jangan nak tengok resepi. Reka sendiri. hehehhe..(Jahat je bunyi nya kan, macam dera suami je) Janji sodap..Sume ni semua main bakar-bakar je. So, takde nama resepi. Hentam je nak panggil apa ayam ni.

Ni je yang aku masak. Sebab my husband tak makan sayur bendi ni. Aku dan anak girl aku je yang makan. Lagi pun senang nak bersalin nanti kalau makan sayur bendi ni. Aku goreng simple je.

Ayam ala Chicken Kabsah (Restoran Saba'). Nak bagitau lagi sekali. Sume makanan ni tak ikut resepi. Main belasah je. Nak jadi Chef Wan, main reka-reka je. Yang penting Sodap.

Ikan Siakap ni my husband bakar tapi macam stim la pulak. Tapi rasa ikan ni macam aku makan kat sebuah restoran di Bangi. Tak ingat apa nama restoran tu. Ni pun main hentam je resepi nya.

Ohh!! yang ni anak aku main ratah je. Nasib baik my husband bakar daging ni banyak. Kalau tak mesti tak sempat nak makan dengan nasi. Daging bakar cicah kicap..Emmm sedap.

p/s: lepas ni makan ikan bakar je la. Tapi ikan terpilih je yang boleh makan (dalam pantang nanti). Makan pulak dengan lada hitam perghhh!!! Dah lama tak makan cam tu.
4 tahun lepas aku makan masa pantang anak boy aku. Tak boleh nak makan sedap-sedap la time pantang nanti.

Nak Jadi Cikgu Hari Ni

Hari ni tetiba nak ngajor peribahasa. Tangan ni gatal je nak menaip. Ok la murid-murid semua, kita mulakan yer peribahasa kita (mood jadi cikgu lak pagi ni).

  • Bagai kacang direbus satu - Melonjak-lonjak kegirangan kerana mendapat untung.
  • Bagai jawi terkurung siang - Orang bodoh yang sombong, tiada sedar dirinya dibodohi orang.
  • Bagai jampuk kesiangan hari - Kebingungan, termenung-menung.
  • Bagai inai dengan kuku - Sangat karib
  • Bagai air titik ke batu - Memberi nasihat dan ajaran yang sia-sia.
  • Bagai haruan di dalam tuar - Tidak tetap keadaannya, kerana sakit atau susah.
  • Bagai harimau beranak muda - Orang perempuan yang terlalu bengis.
  • Bagai hantu makan dedak - Bersungut-sungut dengan tiada tentu sebabnya.
Sekian, pembelajaran kita hari ni, Terima Kasih.
(mood boring di kaunter pagi isnin..hua..hua..hua)

20 February 2011

Impian Termakbul









HASRAT penyanyi popular, Datuk Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Md Jiwa akhirnya termakbul apabila Masjid Al-Khalidiah di Sungai Petani berharga RM1.7 juta yang dibiayai sepenuhnya pasangan itu dirasmikan oleh Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, semalam. Sempena majlis itu, mereka turut mengadakan majlis tahlil dan doa selamat.

SUNGAI PETANI: Umat Islam di negeri ini diingatkan supaya memanfaatkan masjid dengan kegiatan ibadat selain menjadikannya tempat mengeratkan hubungan silaturahim sesama ummah dan bukannya untuk bertelagah serta bercakaran.


Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, bertitah masjid adalah tempat suci lagi mulia dan sehubungan itu umat Islam sewajarnya menjadikan ia sebagai tempat untuk meningkatkan ibadah kepada Allah dan bukannya dijadikan medan untuk melepaskan geram oleh mana-mana pihak.
Titah baginda, masjid juga tidak wajar dijadikan tempat untuk melepaskan kata-kata cercaan kepada mana-mana pihak selain bagi mendapatkan sokongan sebaliknya ia adalah tempat yang mulia bagi merapatkan hubungan ukhwah antara umat Islam.
"Umat Islam juga harus bersyukur dengan segala anugerah nikmat yang diberi oleh Allah, begitu juga dengan masjid kerana ia adalah kurniaan Allah.

"Oleh itu, umat Islam semua harus memuliakannya dengan menjadikan ia sebagai tempat beribadat dan mengukuhkan silaturahim.


"Justeru, beta menyeru agar umat Islam di negeri ini sama-sama mengimarahkan masjid dengan tujuan meningkatkan ibadat dan ketakwaan kepada Allah," titah baginda ketika mencemar duli berucap merasmikan Masjid Al-Khalidiah di Kampung Permatang Pasir, Tikam Batu, di sini semalam.

Hadir sama, Pengerusi Yayasan Nurjiwa, Datuk Seri Khalid Md Jiwa dan isterinya, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin. Masjid Al-Khalidiah dibina oleh Yayasan Nurjiwa dengan kos berjumlah RM1.7 juta dan pembinaannya bermula pada 2009 dan siap akhir tahun lalu bagi menggantikan masjid lama yang dibina pada 1896.

Sementara itu, Siti Nurhaliza ketika dihubungi berkata, “Siti rasa teruja kerana impian untuk melihat masjid ini siap sepenuhnya menjadi kenyataan.


“Bagaimanapun paling menggembirakan Siti ia dilancarkan secara rasmi serentak pada hari kelahiran suami Siti yang jatuh pada hari ini,” katanya penyanyi popular itu yang turut mengadakan majlis tahlil dan doa selamat di masjid itu malam kelmarin.

Khalid yang ditemui selepas majlis itu berkata, “sewaktu masih kecil dulu, saya sudah menyimpan hasrat untuk membina sebuah masjid dan saya bersyukur kerana apa yang saya impikan berjaya menjadi kenyataan. Alhamdulillah semua hasrat itu dapat dilaksanakan dengan baik dan berharap ia dimanfaat sepenuhnya oleh masyarakat kampung.

“Nama Al-Khalidiah itu dipilih dua orang yang berbeza iaitu guru saya di Makkah dan juga imam di kampung saya ini. Memandangkan maksud dia juga indah iaitu salah satu nama syurga dan juga sebuah keluarga yang besar jadi saya pun memilih nama itu untuk masjid ini,” katanya.

Pesta Air Putrajaya 2011









Propa je tajuk. Tak banyak pun gambar event ni. Aku datang pun dalam pukul 1 tengah hari. Cuma ade perahu panjang je. Memang tak meriah pun tahun ni berbanding tahun-tahun lepas yang gempak sangat sampai ke petang. Khemah jualan pun separauh je. Tak happening pun. Tengah hari dah takde apa-ape. Memang tak best. So, alang-alang dah sampai ke Kompleks Sukan Air Presint 6 tu, sempat la snap beberapa gambar.

Aksi Anak!!

Ni la keje harian anak boy aku. Tiap-tiap main game kereta. Game lain jarang-jarang sekali. Memang dia sangat suka game kereta. Mainan kereta pun dah berlambak kat dalam rumah ni. Tiap kali gi pasaraya mesti dapat sebiji kereta. Memang dah tak boleh nak wat apa. Selagi tak dapat, memang takleh nak jalan. Mengamuk la jawabnya.

19 February 2011

Dah Lama Tak Dengar Cerita Dia


Sunyi sepi tanpa khabar berita..Wah ayat tak ingat..Dulu selalu gak jadi cover majalah, tapi dah lama tak muncul. Ape citer Cik Puan Muda Julita Aishah ni sekarang? Mesti dah bertambah cahaya mata agaknya. Cik Puan Muda ni memang cantik. Cun melecun. Dah beberapa kali jumpa dia secara live..Lembut je pertuturan dia. Apa-apa pun aku rindu sangat nak tau news dia sekarang ni.

Keratan Dari MH

Ni media hiburan lama. Saje upload keratan ni. Wat kenangan. MH ni ambik secara rawak je dalam fb.

Juara!!!

Kejohanan tarik tali sempena Hari Wilayah 2011 di Dataran Merdeka pada 13 Februari 2011 (Ahad). Cuaca tak mengizinkan ketika itu. Hujan lebat. Final terpaksa dilakukan pada pukul 7 mlm.

Tarik jangan tak tarik..Sia2 je training kalau tak menang. He..he..he.

Berkat training hari-hari, team my husband jadi Juara. Syukran..syukran

p/s: copy dr fb orang lain..my husband tak bawa kamera..

18 February 2011

Hati Panas

Hari ni nak citer pasal pantry je. Otw nak balik keje dalam kul 5 petang, aku mesti lalu kat pantry. Sebab aku ikut lif utara nak turun 1st floor (taska) nak ambik anak. Memang tiap-tiap hari la aku lalu kat pantry tu. Sambil-sambil lalu aku sempat menjenguk keadaan pantry sebelum balik. Memang dah tugas aku sebagai seorang PIC.

Hari ni aku nak marah sangat pasal kes hi-tea la. Time orang ajak makan, tak nak datang awal. Bila orang nak balik ko baru nak makan. Kalau basuh takpe gak bekas-bekas tu. Ni nak gak suruh PIC yang basuh. Sungguh kejam orang itu lagi-lagi diperlakukan kepada ibu mengandung ni ha.

Kalau setakat makanan tinggal secubit je dalam bekas tu, basuh aje la. Memang dah takde orang lain nak makan. Time aku membasuh tadi, ko borak-borak. Kalau tak sempat gak aku membasuh 2-3 bekas lagi tu. Memang aku tak harap pun korang basuh. Dah lama dah aku duk ofis ni. Memang bab makan cepat je. Bab basuh HampeH!!.

Ye..ye je aku berdoa dalam hati minta2 meja makan tu clear, tapi doa tak dimakbulkan. Aku cuma tengok dari luar pantry je. Panas hati betul la. Dah la esok lusa cuti. Isnin nanti mau busuk pantry aku. Rasa nak kunci je pantry ni.

Mana lah kesedaran diorang ni, bukan budak kecik lagi. Pelik bin Hairan betul aku. Ada gak manusia cam ni. Kalau tuan punya badan baca blog aku ni okey gak. Maybe diorang ingat lepas diorang makan aku masuk pantry tu balik nak membasuh..Sorry ye!! Sudah time untuk balik takdenya aku nak membasuh lagi. Wassalam..

p/s: sekian untuk cerita pasal pantry.

Tak Terlaksana Jua Akhirnya

Sorry..sorry..sorry..tak dapat nak laksanakan tugas di pantry petang ni sebab ade orang wat hi-tea la pulak. Kacau daun je. Wat nya aku terberanak weekend ni, sape nak kemas pantry aku.
Apa pun terima kasih pada Pn. Kamsiah belanja kami makan meskipun dia x makan sekali (puasa). So, dari nak mencuci pinggan mangkuk aku beralih arah untuk mencuci bekas makanan hi-tea tu.

Entri Pagi Ni

Wah3x...tetiba pagi jumaat ni teramat rajin la pulak aku ni. Banyak post entri. Padahal keje berlambak tak ingat. Partner lagi sorang duty kaunter. So, sume keje pas kat aku le. Petang ni aku ingat nak kemas pantry. Sikit-sikit, lama-lama habis la. Hari ni nak cuci pinggan mangkuk memandangkan partner aku ada kat tempat petang ni. So, dia leh cover aku la.

Petang ni maybe aku tak post entri dah. Sebab aku nak berjimba dalam pantri sorang-sorang. Semalam dah beli sabun basuh pinggan, memandangkan sabun yang kak norina bawa hari tu dah nak habis. Al-Maklum la ramai yang guna sabun kan. "Beli sorang, pakai ramai-ramai"..Elok gak aku tampal kat pantry. Nak collect memang takde maknenya lah.Ramai lak yang menjawab nanti "aku tak makan kat pantry".
Tu pasal semalam aku dermakan duit aku untuk beli sabun. Memang tak mahal sabun ni, tapi kalau asyik kita je yang beli memang terasa la kan. Lagi-lagi yang selalu beli terdiri daripada kumpulan sokongan. Balik-balik orang yang sama je.

p/s: bila sabun habis, ade yang membebel sabun takde. "Uolls basuh pinggan pakai ape ha!!" Bukan nya nak tolong beli. Membebel je tau.

Stok Makanan

Semestinya kat tempat mesti ada stok makanan. Kalau lapar je leh pusing belakang ambik je apa yang ada. Buka untuk orang lain, untuk aku je tau. Roti dan air masak memang wajib ada kat situ.

Kalau ada roti mesti ade jem nya sekali kan. So, aku stanby jem strawberi dan nutella untuk disapu kat roti. Takkan nak makan kosong je. Betul tak? Yang lain-lain tu ade yang kawan bagi. Baiknya kawan aku..Lagi-lagi kak erna selalu bagi buah anggur. Sayang kak erna. Berderet tu air mineral wat stok. Haus je, aku teguk.

Tak cukup lagi tu, aku standy air masak dalam jug sekali. Baru puas. Mug mesti ade sekali, takkan nak minum air dengan jug pulak. Tapi mug ni memang kena duduk kat tempat tak boleh letak kat pantry. Merana nak buat air nanti.

Bila nak guna mesti takde. Kena kebas dek orang. Kalau sehari dua leh tahan lagi. Ni berbulan-bulan wat harta. Susah tuan punya mug nak wat air, terpaksa pakai mug orang lain lak. Nasib baik mug aku tu lain daripada yang lain. So, hilang senang nak cari. Ku terjah sana sini. Dah banyak pengalaman, bila nak wat air selalu mug takde dalam pantry, aku wat keputusan untuk letak kat tempat aku je terus. Senang..kan


p/s: kuih donut tu beli kat mama cafe..tau tak kat mana..kat bawah blog rumah je. Kedai yang ramai pelanggan. Orang kelantan punya masakan. Ade nasi kerabu, nasi berlauk, nasi dagang dan macam-macam lauk tengahari..Weekend pun full tau. Nasi kerabu terbaik..

Segmen Khas Untuk Blogger Baru: 100 Follower Ke bawah


Nak tau lebih lanjut, sila klik disini.

Save Bajet

Ceh!! Penangan ceramah psikologi semalam bertajuk Pengurusan Kewangan Peribadi oleh AKPK. Wah3x..hari ni terus je bawa bekal gi ofis. Bukan hari-hari bawa, ni secara kebetulan je la. Malam tadi masak nasi banyak, pastu aku sorang je makan. So, banyak la balance nya lagi. Apa lagi aku pun suruh husband aku wat nasi goreng la, boleh bawa bekal hari ni. Tambah kerajinan husband aku lagi, dia goreng nuget sekali..Wat lauk la tu. Nasi goreng bodoh2 je. letak ikan bilis je. Tu je yang ada dalam peti..Hari ni baru nak gi beli lauk kat pasar tani memandangkan minggu ni husband aku takde training tarik tali.

p/s: rembat bekas makanan anak aku. hehehhe.cikgu tadika kemas yang bagi tahun lepas.

Kisah Pantry Lagi...

Baru je post entri "Akulah PIC Pantry", datang pulak mamat maintenance ni cari aku. Ni pasal pantry la tu. Pastu mamat tu cakap nak baiki syiling bocor pulak..Cis!! semalam baru je aku cuci cawan dan letak atas kabinet sinki tu, tetiba dai nak baiki syiling tu pulak. Dah la syiling tu betul-betul kat atas tempat yang aku letak cawan tu. Minta-minta habuk syiling tu tak jatuh atas cawan tu.

Penat aku cuci cawan semalam. Kita tungga berapa minit kemudian ye.. Nak tengok apa akan jadi pada pantry tu. Kotor tak cawan yang dah cuci tu. Kalau kotor balik, naya je aku kena cuci semula. Dah settle baiki syiling tu, maintenance tu nak cari aku balik. Pe lagi, nak kena signature la.

p/s: baru je nak cuci pinggan mangkuk, dah terbantut keje aku.Ishkkk!!!

Akulah PIC Pantry

Gambar selepas direnovatekan..Belum siap lagi tu, baru 50%. Tapi minggu ni dah settle semuanya. Tak sempat nak snap gambar memandangkan dah banyak cawan kat atas sinki tu. Tak tau sape punye keje. Tak sempat nak mengelap segala bagai. Diorang ni tak sabar nak wat sepah lagi.

Minggu ni baru siap 100%. Dah ada pintu kat bawah sinki tu, comel la sikit. Tapi comel pun, kalau kat atas bersepah comot gak. Aku takleh nak wat apa-apa. Ni keje manusia. Maybe perangai kat rumah di bawa ke ofis gak. Suka sepah-sepah, rendam-rendam cawan yang dah berkulat. Tu dah jadi tabiat diorang kot. Cuba gi terjah kat rumah dia, mesti sama je cam kat ofis ni.

Nak kata kecik, tapi dah besar. Malah, kebanyakkannya dah kawin pun. Tapi masih berperangai budak kecik. Memang PIC Pantry la jadi mangsa keadaan untuk mencuci segala bagai yang dah berkulat itu. Suka simpan cawan lama-lama kat tempat. Selagi tak berkulat, selagi tu la tak di bawa ke pantry. Lagi-lagi bila nak 5S, bertimbun-timbun cawan kat pantry, tak tau dah nak susun mana. Mana datang cawan banyak-banyak ni pun aku tak tau. Jatuh dari syiling kot.

Sebelum direnovatekan, semua barang dipunggah keluar. Barang-barang ni semua dari kabinet kat sinki tu la. Orang nak wat keje ni pun bagitau last minit. Dah pukul 4.30 petang baru cari aku. Tak pasal-pasal kena balik lambat. Nasib baik ada kak aina dan hasanah tolong punggah-punggah barang. Kalau aku sorang mau pengsan dibuatnya.

He..he..he..padan muka tak boleh makan kat pantry. Semua barang aku letak atas meja makan. So, kena makan kat kafe la ye. Tapi semalam aku dah basuh semua cawan kat atas meja makan tu. Wat sorang-sorang sudah. Ingat hari ni nak settlekan pinggan mangkuk pulak. Ikutkan hati nak letak je terus dalam kabinet, tapi memandangkan habuk-habuk simen yang banyak, terpaksa la aku basuh gak. Ishk..Ishk...Cian PIC. Dah la sorang je PIC pantry. Ku telan segala kepahitan itu. Dulu PIC pantry ada 2 orang. Eh..silap-silap, gambar je ada 2 sorang. Tapi yang wat keje sorang gak.

Masih tak buang gambar orang itu walaupun dia dah lama tukar. Yang interpremnya 2 orang, tapi wat keje sorang gak. Manusia macam-macam perangai daaa,..Walaupun tempat duduk dia hanya bersebelahan je ngan pantry, tapi orang masih cari aku gak kalau bab-bab pantry ni. Hangin seluruh badan. Nasib baik ada sifat sabar dalam diri. Dulu si baiti ada kat atas dialah yang tolong bila nak 5S tu.Tapi sekarang wat sendiri je la. Malas nak kerah tenaga orang lain.

p/s: kalau boleh nak kemaskan pantry ni sebelum aku cuti bersalin.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...