03 May 2010

Kenali Putrajaya

1. Adakah hotel bajet disediakan di Putrajaya?

Pada masa kini masih belum ada hotel bajet dibangunkan di Putrajaya.
Walau bagaimanapun, terdapat perancangan pembangunan sebuah hotel bajet di Plot Z10 berhadapan dengan Kompleks Perniagaan Alamanda.
Di samping itu, Pihak Perbadanan Putrajaya juga telah membenarkan pembangunan beberapa hotel bajet diintegrasikan dengan semua Park & Ride yang terdapat di Presint 5, 7, 9, 12, 13, 14 & 17 yang boleh dibangunkan oleh pengusaha swasta yang berminat.

2. Adakah bengkel untuk membaiki kenderaan disediakan di Putrajaya?

Terdapat bengkel-bengkel yang telah beroperasi di Presint 14 dan di stesen minyak Petronas, Presint 16.
Sejumlah 4 kawasan industri perkhidmatan yang membenarkan aktiviti membaiki kenderaan di Putrajaya iaitu di Presint 5, 11, 14 & 19.

3. Apakah jenis-jenis kemudahan kesihatan yang telah disediakan di Putrajaya?

Terdapat sebuah hospital kerajaan di Presint 7 dan sebuah klinik kesihatan kerajaan di Presint 9. Terdapat sebuah klinik kerajaan dalam proses pembangunan di Presint 18 dan tiga (3) lagi tapak yang telah ditetapkan untuk klinik kerajaan di Presint 6, 12 dan 19. Terdapat Klinik-klinik swasta yang beroperasi di pusat-pusat kejiranan di Presint 1 (berhampiran kompleks membeli-belah Alamanda), 3, 8, 9, dan Presint Diplomatik. Walau bagaimanapun, pada masa kini masih tiada hospital swasta yang beroperasi di Putrajaya.

4. Adakah sistem rel disediakan di Putrajaya dan apakah yang telah dijalankan untuk mengatasi masalah perkhidmatan pengangkutan awam semasa?

Pada masa kini terdapat sistem rel di Presint 7 yang menghubungkan kawasan sekitar Putrajaya seperti KLIA, Tasik Selatan dan KL Central.
Bagaimanapun rangkaian rel di dalam Putrajaya masih belum dibangunkan. Perbadanan Putrajaya masih komited dengan perancangan itu dan akan dibangunkan sebaik peruntukan disediakan oleh kerajaan pusat.
Bagi mengatasi masalah kesesakan semasa, pihak Perbadanan Putrajaya telah menggalakkan penggunaan pengangkutan bas awam dengan penyediaan 70 buah bas pada masa kini dan akan diadakan tambahan 80 bas awam lagi pada Tahun 2010

kredit by Perbadanan Putrajaya


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...