13 February 2017

Hogoh De Coco Temerloh




Assalamualaikum/Selamat Petang,

Sedapnya lahai kalau dapat minum air kelapa atau aiskrim kelapa kan?

Hogoh De Coco terletak di Paya Pulai Temerloh, Pahang menyediakan pelbagai jenis air kelapa. Antaranya ialah air kelapa lemon, air kelapa nangka, air kelapa laici dan macam-macam lagi. Harganya berpatutan. Di sana juga ada perkhidmatan "drive thru". Wow, tak perlu keluar dari keluar.

Sesiapa yang lalu jalan lama, boleh la singgah ke kedai ni. Kalau ikut highway, memang tak nampak la kedai tu. Dan sesiapa rajin, atau nak tau info selanjutnya, boleh la ke IG dan FB Hogoh De Coco.

24 January 2017

Suprise Birthday Party Noor










Assalamualaikum/Selamat pagi, 

Ini gambar tahun lepas punya. Nak juga post kat blog walaupun terlambat. Kami buat suprise party untuk kawan satu ofis, satu bahagian hehe. 1st time buat suprise camni. Nasib baik menjadi.

Birthday girl terharu sangat sampai teresak-esak menangis depan kek SR. Comel angat hehe.

Pada mulanya, aku cuma merancang utk beberapa orang je. Tapi terkantoi jugak dengan yang lain, so aku panggil makan sekali. 1st time kan nak buat suprise, so takut la nak ajak ramai-ramai. Takut tak jadi. 

Bukan saja ada kek malah ada yang sponsor dominos pizza. Terima kasih banyak-banyak. Dan ada satu hadiah untuk noor iaitu selendang didatangkan khas dalam kotak yang sweet hehehe. Tu dari aku. Pada asalnya planning nak bagi selendang je nak letak atas meja. Tapi jiran depan dia kata susah nak halau dia. Aku nak letak atas meja noor time dia takde kat tempat. Tapi jiran dia dah cakap camtu so tukar planning la. 

17 January 2017

Rezeki Peraduan Jom Minta Resit GST 2016


Assalamualaikum/Selamat pagi,

Tanggal 17.1.17 (perasan tak date hr ni cantik).

Tahun 2016 merupakan tahun rezeki yang melimpah ruah buat ku. Macam-macam rezeki yang dikurniakan. Syukur ALHAMDULILLAH. Semua itu atas kehendak-NYA.

Tahun 2016 aku masuk peraduan "JOM MINTA RESIT GST" anjuran Kastam. Lenguh juga tangan nak upload dan key-in resit masuk dalam Aplikasi tersebut. Nak menang punya pasal, kenalah kuat berusaha dan ingat Allah. Berpuluh-puluh resit kena upload. Akhirnya membuahkan hasil. Pada SIRI 1, aku menang baucer RM200.00. SIRI 2 dan SIRI 3 takde rezeki. Siri terakhir iaitu SIRI 4 menang lagi sekali, dapat Steam Iron pulak. 

Adakah tahun ni ada lagi peraduan? Tunggu....

16 January 2017

Ulangtahun Perkahwinan Ke-12



Pejam celik, pejam celik dah 12 tahun usia perkahwinanku. Anak yang sulung pun dah nak ambil UPSR tahun ni. Impian setiap perkahwinan adalah bahagia till Jannah. Ok, aku nak bagi sedikit madah. Baca dan hayati ye hehehe. #madahdeyna



Mula kita bersua,
Aku sudah jatuh cinta,
Adakah ini cinta pertama,
Semoga kekal selamanya.

Moga kita kecap bahagia,
Ku pohon dari yang Esa,
Hanya kau dalam jiwa,
Takkan ku persia.



Happy 12th Anniversary.
-1st Jan 2017-
My life~My love~My family

11 November 2016

Jeruk Marveles





Terliur tak????? Di saat tekak rasa pahit ni, teringat-ingat jeruk marveles (Nad's Homemade) ni... Kecuq ayaq liuqqq!!

Sedap dan murah...

Kombinasi Jambu Batu + Mangga + Kedondong = DELICIOUS nyum nyum .....

#notfeelingwell

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...