08 January 2021

Banjir 2021 di Maran, Pahang

 Assalamualaikum / Salam sejahtera buat pembaca blog ku,

Sedikit coretan banjir tahun 2021 di Maran, Pahang. Kampungku. Banjir yang agak teruk berbanding tahun 2014. Lautan sungai dah nampak pemandangnya itu. Semua rumah terkena dengan musibah/ujian banjir tahun ini. Aku tiada di kampung banjir berlaku. Aku balik seminggu awal dari kejadian tersebut.

Biar gambar berbicara. Pemandangan di ambil dari surau. Surau berada di atas bukit. Ada tempat selamat untuk penduduk kampung berteduh di samping balairaya di sebelahnya.

Makan beramai-ramai, rezeki yang ada. Alhamdulillah.

Pemandangan dari Masjid As-Syakirin, Maran. Memandangkan ke arah TNB.


Kenderaan di selamatkan terletak berhampiran surau iaitu di atas bukit. Nampak tak air sungai yang besar tu?


Bawah bukit


Tahun ni, rumah mertua pun dinaiki air.

Di waktu petang, menghampiri ke maghrib, air mulai surut sedikit demi sedikit.


Masa surut sedikit. Tapi masih di paras pinggang.

Keadaan dalam rumah iaitu di kawasan dapur. Berenang-renang barang-barang.

Dalam rumah iaitu di rumat atas. 4 anak tangga camtu dari dapur dan ruang tamu depan.



Bilik atas. Katil dan tilam pun tenggelam. Atas rumah paras pinggang airnya. Di bahagian dapur dan ruang tamu, airnya tinggi dari kepala ku. 


Di bahagian dapur setelah tiada air banjir. Hanya tinggal lumpur untuk dibersihkan.

Lumpur

Ini ruang tamu. Paras air, lihatlah kesan di langsir. Barang-barang banyak yang rosak dek tenggelam dalam air.

Meninggal coretan sebagai tanda kenangan dan ingatan apa yang telah berlaku. Ujian ini cuma sekecil cuma berbanding ujian orang lain yang hilang terus rumah, hanyut di bawa air. Ada juga kehilangan orang tersayang yang hanyut dalam banjir. Apa yang perlu buat untuk kita orang Islam adalah Redha. Yang berlaku pasti bersebab. Takdir-Nya begitu. Redha dan jangan merungut. Pasti ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Muhasabh diri. Semua ini milik Allah. Kita hanya meminjam sahaja. Sabar dan tabah.

Tak dapat balik untuk membantu ketika ini. Banyak jalan yang banyak ditutup kerana dinaiki air. 

Banjir
3 Januari 2021 (Ahad)
Gambar-gambar yang dikongsikan oleh ahli keluarga.

09 November 2020

PKPB Bersambung Lagi

 


Assalamualaikum wbt / salam sejahtera,

Semoga semuanya sihat hendaknya. Aamiin. Inilah ceritera tahun 2020. Pandemik Covid-19. Semoga kita terima ketentuan dan takdir ini dengan bersangka baik kepada Allah. Allah Maha Kuasa atas segala-galanya. Allah sebaik-baik perancang. Apa yang terjadi membuatkan kita lagi dekat dengan-Nya. Taat perintah-Nya.

Yang lalai akan perintah Allah, bertaubatlah selagi masih dipinjamkan nyawa itu. Kelak menyesal di sana nanti. Kita boleh menutupi aib di depan manusia, tetapi Allah Maha Melihat, Maha Mengetahui apa yang kita kerjakan. Apakah kita taat? Tanya pada diri.

Berbalik kepada tajuk di atas, PKPB bersambung lagi sehingga 6 Disember 2020. Makanya, tiadalah rentas negeri. Ya Allah, tak dapat balik kampung. Nasiblah dah berkeluarga. Ada suami dan anak-anak, kalau bujang taktaulah. Mahu terasa kan. Bersendirian di kejauhan. Tak dapat melepas kerinduan. Hanya telefon penghubung yang jauh. 

Hadapilah apa jua yang ditakdirkan dengan tenang.

03 November 2020

Muncul Kembali Setelah Lama Menyepikan Diri

 



Assalamualaikum wbt /  Salam sejahtera,

Lama sungguh tidak berblog. Merindu tanpa kata. Semoga semuanya dalam keadaan sihat wal'afiat hendaknya. Sesungguhnya masa berlalu dengan pantas. Dah hampir penghujung tahun 2020. Alhamdulillah puan blog dalam keadaan sihat.

Tahun 2020, seluruh dunia dilanda pandemik Covid-19. Kenapa 19, bukannya 20 huhuhuhu. Entahlah. Allah SWT hantar mahluk covid-19 pasti bersebab dan ada hikmahnya. Carilah hikmahnya. Jangan salahkan apa yang berlaku ini. Sebelum berlakunya pandemik ini, apa yang kita tahu awal tahun 2020 adalah isu xxxxxxx pergi Mekah. Tak lama selepas tu terus berlaku wabak covid-19. Itu yang terlintas difikiran. Mungkin ia sebagai musibah apabila Mekah dicemari. Wallahu'alam.

Benda pun dah berlaku. Dah masih lagi belum reda, eloklah kita mendekatkan diri dan memohon keampunan dari Allah SWT. Semoga wabak ini segera lenyap di muka bumi ini. 

Allah SWT hantar wabak pasti bersebab. Pasti. Walaupun Allah SWT menghantar wabak, tetaplah juga manusia ingkar dan jauh dari Allah SWT. Yang tidak solat tetaplah tidak solat. Yang tidak menutup aurat tetaplah tidak menutup aurat. Langsung tidak mengambil pelajaran. Langsung tidak takut dengan Allah SWT. Bukan setakat wabak je yang Allah SWT boleh hantar malah lebih dahsyat dari itu.

Bermuhasabahlah! Dekatkan diri dengan Allah SWT.

10 July 2019

Doa Agar Ditetapkan Hati Dalam Iman dan Ketaatan


Daripada 'Abdullah bin 'Amru bin Al 'Ash RA, beliau berkata; Rasulullah SAW berdoa:

اللَّهُمَّ مُصَرِّفَ الْقُلُوبِ صَرِّفْ قُلُوبَنَا عَلَى طَاعَتِكَ
“Ya Allah, Zat yang membolak-balikkan hati, palingkanlah hati kami kepada ketaatan beribadah kepada-Mu!” (Hadith riwayat Muslim, No: 2654, at-Tirmizi, No: 3522, Ibn Majah, No: 199, Ahmad, No: 6281, 16972)
Dalam riwayat at-Tirmizi: Adalah Rasulullah SAW dalam kebanyakan doa baginda adalah;

يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ
“Wahai Zat yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu.”
Dalam riwayat Ibn Majah pula: Dan Rasulullah SAW berdoa:

يَا مُثَبِّتَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قُلُوبَنَا عَلَى دِينِكَ
"Wahai Zat yang meneguhkan hati, teguhkanlah hati kami di atas agama-Mu."

Pengajaran Hadith :
  1. Sesungguhnya al-qalb (hati) itu berasal daripada perkataan ‘taqallub’ yang bermaksud kerap bertukar (berbolak balik). Hati diumpamakan seperti bulu di atas pokok yang berubah-ubah ketika ditiup angin. Ia juga berbolak balik diumpamakan lebih cepat daripada air yang mendidih dalam periuk.
  2. Begitulah fitrah hati yang cepat berubah dan bertukar antara baik dan jahat, antara kebaikan dan kejahatan. Maka berhati-hatilah dalam menjaga apa yg ada dalam hati agar tetap berada atas kebaikan. Sesungguhnya penglihatan, pendengaran, persekitaran, pergaulan dan apa yang dimakan atau diminum serta dibaca oleh seseorang mampu menyebabkan hati itu berubah-ubah dengan izin Allah SWT. Namun, Allah SWT jua yang memberikan ilham dan ikhtiar kepada hamba-Nya untuk memilih jalan bahagia ataupun sengsara. Seseorang Muslim dituntut agar memohon hidayah kepada Allah SWT sekurang-kurang sebanyak 17 kali sehari (dalam solat).
  3. Rasulullah SAW sendiri sentiasa memohon kepada Allah SWT agar diteguhkan hati dalam melaksanakan ketaatan dan beragama kerana hidayah itu adalah milik Allah SWT. Jika Allah SWT berkehendak (untuk menjadikan hati seseorang sesat) maka ia akan disesatkan-Nya dan jika Dia berkehendak (menetapkan iman seseorang) maka akan diteguhkan di atas petunjuk-Nya. Justeru, berdoalah agar Allah SWT meneguhkan hati dan tidak memalingkannya daripada rahmat dan hidayah-Nya.
Image result for doa semoga istiqomah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...