22 December 2014
Langkah Ceria Putrajaya - 1st Time
Huuuyeahhh!!!
1st time melibatkan diri dalam aktiviti sihat. Padahal tiap-tiap bulan ada program ni. Masa tu belum terbuka hati nak join. Tetiba kali ni, cam nak join pulak. Ajak my partner (en.suami) dia pun nak jugak. Cantik.....
Aku ingat dekat je jarak langkah ceria ni. Rupa-rupanya 6km okeh. Lenguhnya la kakiku ini. Sesak nafas pun ado. 2-3 hari baru terasa sakit kat peha. Fuhhh!!! Cubaan..
Laluan yang kami lalui ialah bermula dari mahkamah-Presint 18-Presint 4(tepi tasik)-monorel-mahkamah.
Sudah cukup sudah...penat wei..merah muka aku.
04 December 2014
Maggi Ketam + Mee Bandung
Assalamualaikum/salam sejahtera,
Bertemu kita di bulan baru...kita sudah hampir ke penghujung tahun 2014. Cepatnya masa berlalu.
Berbalik pada gambar di atas, ni masak sendiri tau..kacang goreng je kan..hahahaha
Punyalah teringin nak makan ketam, kebetulan time pasar tani..apalagi..beli aje la...mahalnya la harga ketam. 5 ekor RM20..RM5 seekor.. Disebabkan teringin, beli jugak la..pejam mata je bayar. balik rumah terus masak. bertambah-tambah anak3 makan maggi ketam.
ok, gambar ke-2 pulak. Mee bandung. Aku guna pes mee bandung aje. kirim kat member ofis. Senang keje. campak-campak je...Siapppp.
24 November 2014
Celebrate Birthday Timbalan
Birthday Timbalanku in jatuh pada 6 November 2014 sama dengan tarikh lahir en.suami ku jua. hehe
Baru berkesempatan nak upload dalam blog. Ini suprise party namanya.. Memang betul-betul suprise..Nampak muka puan begitu terkejut dan terharu. Giliran sape pulak lepas ni untuk disuprisekan..tunggu!!! Ada ke tidok haha..
***nasib sempat aku wat poster tu dan masukkan sound dlm poster tu..
20 November 2014
Hari Keluarga MOF 2014
Pagi-pagi buta dah keluar rumah sebab nak ke Dengkil (Paya Indah Wetlands)
Afiq sertai pertandingan mewarna..tapi tak dengar pulak resultnya..time bila annouce pun taktau..
Acara trompah gergasi..ada kumpulan yang tercabut dia punya trompah..sian..maybe trompah lama kot.
Opocot!!! terjatuh pulokk...
Ralik budah berdua ni tengok..
wefie...
Pengacara pada hari tu ialah Azlee Senario dan pengacara Wanita Hari Ini (WHI)
Me..
Kasi budak berdua ni naik basikal jelajah paya indah ni..
Akhirnya...bertuah jugak la aku hari tu..dapat beras 5kg..Alhamdulillah..rezeki dimana-mana.
Usaha, berdoa dan ingat Allah..Ok bai..
06 November 2014
Pumpkin Cheese
Taraaa...
Resepi baru yang aku belajar dengan member sekolahku selepas habis reunion. Masa gi jalan kat rumah member dia..dia bagi rasa menu special katanya..aku pun try..wah sedapnya..terus minta resepi..mak ai senangnya nak sediakan bahan-bahannya....boleh la aku kalau camtu..
Bahan-bahan:-
Labu
Cheese Mozarella
Sup Cendawan dalam tin
Gula
Air
(aku guna pemanggang ajaib untuk membakar)
Cara-cara:-
Rebus labu bersama air dan gula. Biar labu tu lembut. Masak jangan terlalu lama. Kasi empuk sikit. Kemudian masak sup cendawan 2-3 minit di periuk lain.
Ambil pemanggan ajaib. Susunkan cup-cup tu, kemudian masukkan labu yang telah dimasak. Selepas itu, masukkan sup cendawan dan akhir sekali tabur cheese mozarella di atas nya..Siap..Mudah kan!!!
05 November 2014
Nasi Kak Wook @ Choleq Jalan Reko, Kajang
Sebelum keluar pergi mana-mana..wajib posing dulu kat bawah rumah..sementara tunggu papanya panaskan enjin kereta. Oh yeah...jom selfie..
Enjin dah panas..jom gerak...ke destinasi yang dituju..tak tau lokasinya kat mana..guna je WAZE..hehe
Terletak di Jalan Reko Sentral 1, Jalan Reko, Kajang. (belakang uptown Jalan Reko). Pelbagai colek ada di sana. Disebabkan kami datang lebih kurang pukul 1 tengah hari..makanya ada nasi kak wook je..colek-colek cuma ada di waktu malam.
p/s: sedap gak nasi kak wook ni..ye la kan..kami orang kampung...bukan taste western sgt pun..sesuai le..nanti nak try maggi ketam dan colek
Jalan Reko Sentral 1, Reko Sentral, Jalan Reko, 43000 Bangi, Malaysia
– Landmark >>> berhampiran stesen minyak petronas jalan reko
– Waktu operasi : 8 pagi – tengah malam
Facebook : https://www.facebook.com/CholeqDelights
Instagram : http://instagram.com/choleqdelights
- See more at: http://hazmanfadzil.com/2014/09/08/nasi-kak-wook-jadi-kesukaan-ramai-di-restoran-choleq-jalan-reko-kajang/#sthash.LDCPOgVo.dpuf

Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)