17 May 2013

Melawat Muzium Negara KL - Part III













Selamat petang..

layan gambar je ye..tak sempat nak tulis panjang-panjang..kesuntukan masa daaaa...babai

Tips: Cara Orang Korea Dan Jepun Menjaga Kulit



1. Orang Jepun dan Korea minum teh hijau sekurang-kurangnya satu sehingga dua kali sehari. Ia membuatkan kulit mereka bebas jerawat kerana teh hijau merupakan antioksidan yang bagus.
2. Untuk pencuci muka, mereka memilih minyak pencuci (Cleansing Oil ) kerana ia dipercayai mampu mencuci solekan pada wajah dengan sempurna sambil mengekalkan tahap sebum semula jadi wajah. Pelakon Korea, Suzy Bae mengamalkan teknik 424, di mana dia akan mencuci wajah dengan minyak selama empat minit, diikuti dengan pencuci muka berbusa selama 2 minit dan membilas muka selama 4 minit. Mulakan dengan air suam dan diakhiri dengan air sejuk untuk mengetatkan pori kulit wajah.
3. Penggunaan penyegar wajah adalah sangat penting bagi orang Jepun dan Korea. Ia dapat menanggalkan sel kulit mati dan menghilangkan sisa-sisa pencuci muka sekiranya tidak dibilas dengan sempurna. Pemilihan penyegar wajah yang betul penting untuk mengelakkan kulit daripada kering. Orang Jepun memilih penyegar yang mengandungi ethyl alcoholrubbing alcohol atau isopropyl alcohol. Mereka tidak menggunakan kapas muka dan hanya menggunakan jari untuk menyapunya pada kulit wajah untuk penyerapan yang optimum.
4. Pelembap muka sememangnya rutin kecantikan yang biasa bagi semua wanita mahupun lelaki. Namun begitu apa yang berbeza adalah cara pemilihannya. Orang Korea percaya pelembap yang dibuat daripada minyak sayuran baik untuk wajah. Minyak mineral seperti petroleum jeli dikatakan tidak mempunyai apa-apa bahan yang boleh menjadikan kulit lembut dan cantik. Sapuan ke atas dan ke bawah harus dipraktikkan untuk penyerapan yang sempurna.
5. Kebanyakan selebriti di Korea mengamalkan senaman wajah dengan menyebut ‘Ma Me Mi Mo Mu’ sebanyak 10 kali untuk menguatkan otot muka dan bibir.
6. Rahsia wajah yang berseri adalah dengan urutan pada kulit yang diamalkan oleh mereka. Gunakan penyental muka atau krim dan urut dengan lembut wajah anda dua hingga tiga kali seminggu. Ini dapat menggalakkan pengaliran darah, oksigen dan menambahkan keelastikan wajah.
7. Setiap kali selepas mengurut wajah, jangan lupa untuk menggunakan pupur wajah untuk melengkapkan rutin kecantikan yang diamalkan oleh orang Jepun dan Korea ini. Pilih pupur yang bersesuaian dan untuk kulit Asia, seelok-eloknya anda memilih pupur pencerah (clarifying mask) untuk mencuci kulit dan pori anda dengan sempurna atau pupur pelembap (moisturing mask).

Kredit to EH.

16 May 2013

Minggu Yang Jarang Di Tempat Sendiri

Assalamualaikum/selamat petang..

Faham tak dengan tajuk di atas??? Ok, kalau tak faham, nak bagi korang faham..Biar aku terangkan satu persatu..

  • Isnin-Selasa: Kursus
  • Rabu pagi:Kaunter
  • Khamis pagi: Sambutan hari ibu anjuran Puspanita
  • Sekarang: Duty kaunter lagi...(member MC pulak hr ni dan esok)..Jangan lupa byr hutang ek..


Bukan hutang duit je kena bayar, hutang duty kaunter pun kena jugak..Orang buat baik, kena balas baik. Orang buat jahat, jangan balas jahat ek!!!

*Bos maafkan saya sebab jarang di tempat untuk minggu ni..


15 May 2013

Melawat Muzium Negara KL - Part II













Selamat petang...nampaknya hari dah hujan..

Sorry busy sikit..2-3 hari tak update blog..

13-14 Mei gi kursus...pagi tadi duty kaunter...petang baru duk kat tempat..rindu kat tempat aku..esok gi Puspanita pulak..petang rasanya jaga kaunter lg..(walaupun bukan namaku duty esok) tapi naluri berkata yang aku kena jaga kaunter jugak..kita tengok ye..betul tak andaian aku ni..

ok layan gambar di atas ok..babai

10 May 2013

Melawat Muzium Negara KL











Selamat petang..

2 minggu lepas, aku n family gi jalan-jalan ke KL..Pergi ke KL pun ada tujuan sebenarnya, nak cari kain pasang, nak buat raya aku n kakak..nak sedondon la katakan.. Harga yg di tawarkan tu ialah RM60 untuk 4 meter...tetiba ada happy hour la pulak..so, harga kasi turun sampai RM30 untuk 4 meter..yahoo..Alhamdulillah..murah weii..aku beli kat Jakel KL..Lama jugak la duk kat dalam Jakel tu..Pilih yang betul2 berkenan di hati..nak cari kain biru, nak sama dengan yang laki..berbaju melayu biru.

Settle cari kain, kami ke Muzium Negara pulak..1st kami ke sini..tapi husband aku 2nd time la..Sebab, masa dia bujang memang dah ada kat KL pun..

Ok, layan je gambar di atas ...selamat melihat..

Miaw-Miaw


Anak kucing kat kampungku...makin banyak la kucing,bila mak kucing terlalui aktif beranak-pinak..

Geram tengok kucing ni, tapi garang pulak dah..maiw miaw..mata anak kucing ni biru la..macam mata mat saleh..geram nak tangkap

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...