14 March 2013

Goodies Bag Dermagic










Assalamualaikum/selamat pagi..my friend

Entri tertinggal pasal goodies bag by Simplysiti.. Banyak sangat cerita yang diceritakan sampai tertinggal nak wat entri pasal goodies ni.

Untuk 100 peserta yang terawal, pihak SS menyediakan goodies bag yang bernilai RM60.00. Dalam goodies bag tu terdapat gincu (Nirmala) dan Dermagic Intensive Serum serta Dermagic Moisturiser.. Alhamdulillah..Aku adalah peserta yang ke-6.. yehaa

Moisturiser yang bulat besar tu, aku beli sendiri selepas diberi diskaun menjadi RM29.90. Harga asal ialah RM49.90. Less RM20.00 tu..Jimat sungguh..

Memang best bila pakai Moisturiser SS ni...Sangat melembapkan kulit kita..Dan sangat serasi dengan kulit aku. Sebelum ni aku pakai Pelembap Safi. Memang sangat berbeza la..

Bukan nak promote, tapi ia kenyataan..Lepas ni boleh la berubah angin pakai Moisturiser SS pulak..Sejuk je muka..

Sekarang Simplysiti tengah buat promosi...jangan lepaskan peluang untuk menikmati diskaun yang hebat ni..babaii

12 March 2013

BBQ With Wan Zack Haiqal















Selamat petang...

Weekend hr tu, mak n jiran-jiran ada buat BBQ..sesaje je la wat makan-makan. Kebetulan pulak budak-budak muda ni (termasuk la adik aku) ada wat friendly futsal petang dan malam tu..SO, kami meraikan la sekali kedatangan mereka dari KL..Jauh tu..

Tengah hari tu diorang dah sibuk-sibuk nak perapkan ayam untuk dibuat BBQ..Abah sibuk menyediakan tempat membakar..Duk kampung, memang la boleh wat sendiri kan..Cer duk bandar...gerenti kena beli alat pembakar kan..

Ok nak perkenalkan kat korang (mana yang tak kenal la), jejaka yang berbaju putih tu ialah pemain sayap Harimau Muda A..Wan Zack Haiqal..Duk depan rumah mak aku..Bukan la depan betul..Selang 2 buah rumah je..

Dia ok..tak sombong. Eh..eh..dia bawa awek dia la.. Izati(penyanyi youtube tu)..comel budaknya..tapi aku tak sempat nak ambil gambar dengan awek dia..Bateri kamera dah habis..
 

Kucing Makan French Fries





Assalamualaikum/selamat sejahtera...

Gambar ni diambil di kampung. Jumaat lepas ak n family balik kampung (Maran, Pahang). Last balik bulan Januari lepas. Itu pun balik kejap je sebab anak SIL aku tunang. Memang tak sempat nak borak itu ini dgn family aku pun.

Ok nak kasi tau, si Aqil la yang bagi kucing tu makan french fries...hahahaha.....

Kucing ni belasah je makan apa..Sayur pun dia rembat..Janji kenyang kot..Kat rumah mak aku, memang banyak kucing..Kucing orang lain pun suka datang kat rumah mak aku.

Semoga mak murah rezeki dengan membela kucing-kucing ni semua..(Binatang kesayangan Nabi).

11 March 2013

Lunch At Cruise Tasik Putrajaya























Bos ajak lunch kat Cruise Tasik Putrajaya... eleh..leh.leh..ganti pegawai yang tak dapat nak lunch..ada komitmen lain..orang LHDN pun ada yang tak boleh join..maka rugi la dibiarkan tiada pengganti kan..

Apa salahnya ajak staff sendiri..yek..

Share je, jangan ada kontroversi sudah yup.

08 March 2013

Jalan-Jalan Cari Kain Ela - Gulatis Kajang



Dekat Gulatis ni hanya dapat kain ela untuk dibuat baju melayu je. Rasanya macam takde yang berkenan untuk di buat baju kurung. Cam kureng cantik la corak nya..

So, aku rembat la 5meter (husband)+1 1/2meter (afiq)+1meter (aqil)=7 1/2 meter semuanya...Total RM100++ jugak la untuk 7 1/2 meter kain ela ni..Sedap dan sejuk kain ni..Made in Italy ..hehehe
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...