25 January 2011

Amalan Semasa Hamil


Zikir-zikir serta surah-surah yang bagus untuk diamalkan semasa mengandung, antaranya:

  • Surah Yusuf - untuk anak yang cantik rupa dan akhlak
  • Surah Luqman – untuk anak yang cerdik
  • Surah Yaasin – untuk anak yang teguh hati dan tidak terpengaruh dengan maksiat
  • Surah Maryam – untuk memudahkan bersalin
  • Surah al-Hujurat – untuk membanyakkan susu ibu dan sebagainya.

Doa Semasa Hamil

"Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam".

Zikir Dan Doa Semasa Bersalin



Amalan berzikir dan banyak berdoa digalakkan bagi ibu-ibu yang hendak melahirkan kerana ini dapat mententeramkan fikiran dan dapat memupuk kesabaran ketika dalam kesakitan melahirkan anak nanti.

Antara zikir dan doa disuruh mengamalkannya ialah:

"Ya Tuhan kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat (anak) yang baik sempurna (tidak cacat). Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar dan menerima rayuan dan doa hamba Mu". "Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau (Allah), maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk dikalangan orang-orang yang zalim".

"Tuhanku berilah kepadaku (seorang anak) dari anak-anak yang soleh".


"Allah telah mencukupi segala sesuatu bagiku dan sebaik-baik yang kuserah diri kepada Allah".


Untuk memudahkan bersalin digalakkan pula membaca Ayat Kursi, kemudian pula:

"Bahawasanya Tuhanku, ialah Allah yang telah menjadikan langit dan bumi dan yang diantara keduanya di dalam enam hari kemudian Dia bersemayam atas Arasy. Dia memasukkan malam ke dalam sarang yang mencarinya dengan cepat. Matahari, bulan dan bintang semua ditundukkan dengan perintah-Nya. Ketahui olehmu, Allah yang mempunyai pencipta dan suruhan. Maha Mulia Allah Tuhan semesta alam".

Seterusnya perbanyakkan membaca tasbih ini:


Maha Suci Allah

Aku pohon ampun kepada Allah

24 January 2011

Usahawan Berjaya



Nama: Nor Zaina Bt Ghani (Datin Ira Ghani)

Umur: 31 tahun

Status: Berkahwin dan mempunyai 2 cahaya mata

Nama Syarikat: Positive Image Resources

Pengarah Eksekutif Positive Image Resources
Pengasas Aura Seri & Aura Genius
Pengasas Aura Seri Spa & Beauty
Pengasas Aura Seri Cosmetics (Skin Care Series)

Kelulusan:
Diploma Kecantikan in Alternative Medicine
Open International University of Culcutta India
(Master Reiki, Aromatherapy, Herba, Colour Therapy, Psikologi, Mind Therapy, Perunding Kecantikan

Nama: Dato' Azie Sheikh Mohd

Tarikh Lahir: 20 Mac 1970

Nama Syarikat:
  • KLife Global Sdn Bhd - Managing Director (formly known as Dermilab Sdn Bhd) "Produk KLife dan Kayla Beverly Hills"
  • Megapadu Sdn Bhd - CEO
  • Euro Mega (M) Sdn Bhd - Director
  • SimplySiti Sdn Bhd - Executive Vice President




Obimin


Malas betul nak makan ubat klinik..Banyak sangat. Ada 4 jenis ubat...Dah bosan makan ubat. Sib baik awal pregnant aku beli Obimin. Tu pasal la ubat klinik x luak2..Tapi still ambik gak kat klinik. Bila nurse tanya "ubat cukup tak"? Aku pun selamba jawab "dah nak habis"...hehehhe..Kalau aku cakap ade lagi, nampak sangat la aku tak makan ubat kannn. Kalau Obimin, aku cuma makan 1 biji je..Kira ok la..Kandungan dalam Obimin pun sama dengan 4 jenis ubat yang aku makan..Cuma Obimin ni aku beli sendiri kat farmasi. Kena kuar duit la..Takpe janji makan 1 biji je..

Kandungan

Vitamin A
Vitamin B1
Vitamin B2
Vitamin B6
Vitamin B12
Vitamin C
Vitamin D
Vitamin B3
Vitamin B5
Folic Acid
Iron
Calcium
Copper
Iodine

22 January 2011

Beauty...



Suka sangat tengok orang cantik...x kira la bangsa ape pun..Janji cantik..Pompuan memang suka tengok yang cantik2 kannn..Tak terkecuali gambo diatas ni...suke..suke..suke tengok Aishwarya Rai...Cantik semulajadi..Marvellous!!!

03 January 2011

Berkelah@D'Tepian, Ulu Yam










p/s: Menghabiskan xtvt cuti sekolah di sini..Nyaman dan tenang sekali..
Tempat ni baru je buka..So, meh la datang beramai-ramai. Macam2 pakej ada..

Tarikh: 2 Jan 2011
Masa: 2 petang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...