31 October 2011

Sukan Tahunan P9(2) - Bhgn.2










Terkenang di zaman kanak-kanak...Apabila melihat kakak bersukan...

Pengirim Yang Tak Dikenali


konfiusnyer...
Camne boleh dapat emel ni..
Mana dapat emel aku ni???
nape hantar kat aku??
Important Issue pulak tu??

Taknak layan la....kang melalut pulak..kot2 nak cakap pasal agama ke apa...
baik dok diam je..




Sukan Tahunan P9(2) - Bhgn.1




Tarikh: 30 Oktober 2011 (AHAD)
Masa: 8.00 pagi hingga 1.30 tgh hari
Tempat: Padang Sekolah Kebangsaan Presint 9(2), Putrajaya.

29 October 2011

Ku Dikerjakan Bhgn.2






Oh!!! kenapa la saya diperlakukan sebegitu oleh mama..

Apa salah saya mama...

Mama ni, memanglahhhhhhh..

Takde keje..bikin keje

Akhirnya saya berjaya tanggalkannya...

Siap la mama...

Ku Dikerjakan Bhgn.1

"Comel tak saya..."

Ini mama saya punyer keje..
Mama saya memang begitu..

Saya nak marah mamaaaaaaaaaa...

28 October 2011

2 Budak Yang Sangat Rajin


 

Pengasuh simpankan toto, bebudak 2 orang ni nak tolong lipat tikar pulak..

Haa..sudah mikael dah nampak aku pegang kamera..
Tup..tup..dia dah datang duduk depan..

Jamuan Pertukaran Pn. Maria

Mee Hoon Goreng, Pelbagai Kuih dan Nasi Lemak

Ambil gambar sendiri je..Malu nak suruh orang ambil...(konon nyer)
Telur Mata Kerbau, Paru Goreng Berlada, Sambal Goreng dan Sambal Nasi Lemak

Kakak2 1 floor dan Pn. Maria yang akan berpindah floor bawah..(jgn lupa kami tau)


SINOPSIS AKU BUKAN TOMBOY



‘Aku Bukan TOMBOY… Aku Bukan TOMBOY…’ begitu jeritan Farisa atau Eisha si gadis Tomboy. Rupa-rupanya ia sekadar lamunan Farisa yang mengimpikan penampilan sebagai gadis ayu dan jelita yang memukau seluruh mata yang memandang.
Kisah bermula dengan rentetan kehidupan Farisa yang kehilangan kasih ibu sejak kecil, hanya bapa kandung yang menjadi pelindung tatkala dia mengharungi warna kehidupan sebagai seorang gadis penghantar pizza yang agresif, kasar dan samasekali bercanggahan dengan sikap gadis normal yang kaya dengan sifat lemah lembut.

Di sebalik keraktor Farisa terselindung naluri semulajadi gadis sejati yang menginginkan kehidupan yang biasa dijalani oleh mana-mana gadis sebayanya. Maka, takdir menentukan bahawa tanpa dirancang Farisa juga berhak untuk menikmati alam percintaan.
Plot bermula di mana Farisa tidak menyangka yang dia akan tersepit dalam cinta tiga segi. Kemunculan Harry, seorang ‘salesman’ yang ‘happy go lucky’, setaraf dengan Farisa sebenarnya menyimpan perasaan cinta dan sayang terhadap Farisa. Malangnya Harry seakan kurang mahir untuk mengekspresikan perasaan cintanya terhadap Farisa.

Dalam masa yang sama muncul pula seorang lagi jejaka, Burn berbeza darjat dengan Farisa. Burn seorang yang romantic dan dilahirkan dalam keluarga berada serta berjawatan sebagai ‘junior executive’ di syarikat bapanya. Pandangan pertama Burn terhadap Farisa yang ketika itu sedang menghantar pizza telah melonjakkan minatnya untuk merapati Farisa seterusnya nekad untuk memahkotakan Farisa sebagai permaisuri hidupnya.

Di samping mengharungi lamunan percintaan dengan Harry dan Burn, Farisa turut tidak terlepas dari kecaman dan gangguan golongan ‘pengkid’ seperti Bell dan Sam. Farisa rupa-rupanya menjadi rebutan kepada Bell dan Sam yang mahu menjalinkan hubungan intim dengannya seperti pasangan bercinta. Farisa bosan dan rimas kerana enggan terjebak dengan hubungan songsang
Persoalannya adakah terlalu sukar buat si gadis TOMBOY untuk merasai kehidupan sebagai gadis normal yang bencikan hipokrasi demi memiliki cinta sejati? Sememangnya terlalu besar pengorbanan yang dituntut. ‘Aku Bukan TOMBOY’ sebuah filem bergenre komedi romantik bakal menjawab segalanya.

Kehadiran farisa atau Eisha dalam hidup Harry dan Burn benar-benar mengubah pendirian dua jejaka terhadap gadis yang berpewatakan lelaki. Kali pertama melihat Farisa di sebalik topeng lelaki, mereka mula jatuh hati dengan gadis itu. Bermula dari zaman persekolahan yang penuh dengan dugaan kerana sering diganggu oleh beberapa orang pelajar ‘pengkid’ antaranya Bell dan Sam.
Tekanan disekolah yang dialami Farisa mendorongnya untuk mentransformasikan dirinya sebagai seorang yang berpesonaliti agresif dan kasar. Di sebalik penampilan bagai seorang lelaki, Farisa masih mempunyai naluri sebagai seorang gadis sejati. Perwatakan sebegini berterusan hingga ke alam pekerjaan sebagai penghantar pizza. Plot cerita bermula apabila Farisa dikejutkan dengan kemunculan dua jejaka , Harry dan Burn yang berhasrat menjalinkan hubungan istimewa dengannya. Satu dilema yang menuntut pertimbangan yang penuh cabaran.

Harry, seorang salesman jalanan yang terlebih dahulu menjalinkan hubungan mesra dengan Farisa merasa tergugat apabila Burn muncul sebagai rival yang mencetuskan perebutan. Dalam masa yang sama Farisa berdepan dengan konflik perbezaan darjat dan kedudukan Burn sebagai Eksekutif Junior di syarikat bapanya yang menyukarkan hubungan mereka. Di samping itu, Farisa secara kebetulan bertemu semula dengan Bell dan Sam (pengkid) yang turut berebut untuk menjadikannya sebagai pasangan mereka. Konflik cinta tiga segi yang berbeza senario telah mewarnai catatan kehidupan Farisa, si gadis tomboy. Persoalan adakah pengorbanan yang dituntut dalam dilema percintaa Farisa? Semuanya akan terjawab dalam “AKU BUKAN TOMBOY” sebuah filem bergenre aksi komedi romantik.

sumber: BUDIEY

Jom Ganyang

48 Hours Sponsered Post


Kempen Jom Ganyang Aedes ini dah lama sebenarnya tapi ada lagi manusia yang buat sambil lewa je.

Belum kena lagi memang la buat sambil lewa je kannn!!!

Kalau dah kena rasanya setiap minit check rumah.
Mencegah lebih baik dari merawat.

Fikir-fikirkanlah..

Ini boleh membawa MAUT!!!

Anda tak tau nak buat bagaimana?

Sila jawab kuiz di SINI.

Contoh soalan

Kenapa Bayi Anda Menangis ?


So CUTE la...

Aku memang suka tengok baby menangis...Comel sangat..

Biasanya kalau baby menangis kerana:
  • kembung perut
  • nak susu 
  • nak makan bubur or nestum
  • jatuh
  • tak boleh nampak mama lalu depan dia
  • abang ambil puting kesayangannya
  • nak tidur
  • tak sihat
  • boring??? (demand nak keluar rumah) ikut sape la ni


Baby Merangkak Ke Sana Sini

Beberapa hari yang lepas, baby Aqil dah merangkak dengan laju..Mak aii..lepas ke bilik dah dia...Semua bilik kena tutup, kalau tak mau baby masuk mengemas.
 
Baby ikut je kemana abang dan kakaknya pergi..Yang tak tahannya, baby dah mula memanjat. lari tak cukup tanah mama dia kejar, takut terlentang kat belakang..
 

27 October 2011

Mengacau Jer

 sumber: Google Image

Salah siapa? Aku or Kau...

Mesti semua orang akan berkata, salah aku. Betul tak?
Ye..ye..memang aku salah pun.

Tapi apa aku boleh buat..
Perut berbunyi, kena makan lahhh..

Asyik berdering je telefon ni..tak angkat kang aku jugak yang kena hamun..
Baru nak suap....bunyi lagi dan lagi..Tension siut!!!

Nak makan lagi, bunyi lif pulak.
Macam ada customer nak datang.

Jawabnya: tak kenyang aku makan kat kaunter ni..line tak clear..

Punca Anak Menjadi Biadab


Anak yang biadab terbahagi kepada beberapa kategori iaitu:

Biadab Terhadap Ibu Bapa
Anak yang biadab kepada ibu bapa sering meninggikan suara, membantah, tidak mahu mendengar nasihat, bermasam muka, tidak hormat kepada ibu bapa dan tidak memberi tindak balas yang baik terhadap ibu bapa. Biadab tahap tinggi dinamakan "derhaka" seperti menengking ibu bapa, memukul atau menyakitkannya atau membiarkan ibu bapa yang telah tua terlantar tanpa dijaga.

Biadap Terhadap Guru
Murid yang biadab kepada guru tidak menghormati guru sebagai pendidik dan pembimbing. Mereka mengejek-ngejek guru, merosakkan kenderaan guru, menyakiti hati ahli keluarganya atau membuat bising di dalam kelas ketika guru mengajar.

Biadab Dalam Masyarakat
Masyarakat adalah anggota sesebuah keluarga, kampung, kariah atau penempatan yang seharusnya bersatu padu dan tolong menolong antara satu sama lain. Anak yang biadab menganggap masyarakat sebagai orang lain atau dirinya sebagai orang asing. Antara komposisi masyarakat yang harus dibina hubungan baik ialah adik-beradik, kawan-kawan, jiran, rakan setugas, orang yang berurusan dan orang ramai.

Biadab Dalam Majlis
Anak-anak juga harus dididik dengan etika di dalam majlis seperti aturan protokol, mempengerusikan majlis, pengucapan awam, menyusun agenda, membaca bahasa tubuh penonton dan sebagainya supaya mereka tidak canggung dan melakukan kesalahan dalam majlis yang boleh dianggap sebagai perbuatan biadab.

Biadab Tehadap Ajaran Agama
Anak-anak hendaklah dididik dengan ajaran agama sedari kecil termasuk adab-adab dalam Islam supaya mereka hidup beretika menurut disiplin dan syariat Islam dan tidak melanggar peraturan hidup beragama yang boleh dianggap sebagai biadab terhadap agama.

Sumber: Buku Menangani Anak Biadab (Telaga Biru)

 

Nuffnang Asia Pacific Blog Award 2011

 
48Hours Sponsered Post 


Acara yang dinantikan oleh blogger-blogger.


Pastinya blogger-blogger tak lepaskan peluang yang ada.

Acara ini akan berlangsung pada 16 Disember 2011 di Kuala Lumpur. 

***Cast ur nominations now! Nominate before Nov 2nd. 

***Apalagi...jom isi borang online ni..


Tq Nuffnang coz menghargai blogger-blogger yang ada...

Harap Nuffnang adakan banyak lagi peraduan untuk para blogger ye..


26 October 2011

Chatime Publika


Welcome!!!

Kepada pengunjung dan bloggers yang suka JJCM (Jalan-Jalan Cari Minum/Makan), boleh la datang ke Chatime Publika.


Chatime Publika terletak di Solaris Dutamas. Ia dibuka pada 19 September 2011.

Untuk para Nuffies, boleh la print out je baucer dari Nuffnang..


Buy 2 Free 1! Tak nak ke??

Thanks Nuffnang coz give me voucher... 

Korang juga boleh ke FB Chatime Publika untuk maklmat lanjut.


Tiada Berkesempatan

Alamak! Kesiannya..

Ajak-ajak, tapi tak boleh nak tunaikan lagi..
Memandangkan sekarang sudah musim hujan, terpaksa tunda hasrat nak bawa anak2 mama pergi mandi kolam yang sejengkal je dari rumah..

Yang penting...FREE
Nak pergi bawa jalan jauh-jauh..ongkos pulak...Nak kena isi minyakk..

Tak boleh...tak boleh..
Kena save bajet..

Tak boleh ikut hati je..
Tunggu la musim hujan dah takde, baru la boleh tunaikan hasrat itu..

checkedout....

Kurung Dalam Tandas

Ishk!!! kesiannya budak tu kena kurung dalam tandas..

Nape kena kurung yup?
Degil sangat kot!!!

Pengalaman yang tak dapat aku lupakan di zaman kanak-kanak..

Disebabkan aku dan dua orang kakak ku yang kuat jalan kat rumah orang dan tak melekat kat rumah, inilah padahnya yang kami dapat..

Abah aku tak suka rotan merotan ni..

Abah aku takde la garang mana pun..
Tapi itulah yang mampu dia buat untuk anak3nya yang kuat berjalan kot..

Abah telah kurung kami kat dalam tandas.
Abah kurung kami dengan menguncikan pintu tandas dari luar..

So, kami tak boleh buat apa dah,,,,duduk je la terperap dalam tandas..

Tapi takde la lama mana pun...Sebab orang lain pun nak guna tandas jugak kan..

Kenangan yang masih terpahat disanubariku..

***mood rindu nak balik kampung..raya haji tak balik..cuti sekolah baru balik..lambatnyaaaaaaa


(mulai sekarang saya dah tukar alignment center ke justify utk entri yg seterusnya)



25 October 2011

Fesyen Yang Menyakitkan Mata


Ye, aku memang sakit mata jika melihat fesyen yang sebegini rupa..

Buruk benor la..
Dalam hatiku berkata-kata yang kesat-kesat..

Kisah ni berlaku pada minggu lepas di sebuah klinik.
Nampak sorang pompuan masuk dalam klinik dan ambil nombor giliran.

Masa pompuan ni masuk..aku berkata-kata dalam hati..
Masyaallah...kenapa begitu buruk fesyen dia?? Maybe pompuan tak perasan kot.

Aku rasa orang yang berada disekeliling ku mesti nampak apa yang aku nampak..
Tak kena la pompuan..oiiiiii

Ko pakai tudung..tapi nampak kaki...(dari lutut ke bawah)
Aku takde la ambil gambar pompuan tu..

Kang tak pasal-pasal dapat pelempang free..

Dari firasat aku la, pompuan ni pakai kain dalam singkat paras lutut...

Sedangkan kain dibawah lutut tu tersangatlah jarang..

 

Keseronokan Bermain Angry Bird Rio


I mention Angry Bird Rio ye...

Bukan Angry Bird yang biasa tu..
Yang Rio ni lagi best...lagi pun tak kuar p_g..

Sementera bos kat oversea ni, boleh la curi masa jap main game ni..
Minggu depan bos balik...takde masa nak layan dah..


Dan yang best sekali bila dapat 3 star...huhuhuh..happy jap

Tapi bila burung tu tak terlepas dari sangkar, mula la rasa geram je..

Bola Tampar... I Miss U


Tahun ni takde apa-apa aktiviti sukan..

Club dah slow ini tahun...

Kalau tak dapat jugak main 1-2 game..

Tak kisah la futsal ke, bola tampar ke, karom ke, boling ke...

Ini tak..satu tu tarakkkkk..

Badan boleh jadi tak sihat..

Senaman pun tak buat..camne lorr...

Tapi kannn!!!
 
Saya rindu nak main bola tampar...

Takkan saya nak main sorang-sorang...

Aku tampar bola n then sape pulak nak sambut..ishkkk

Nak tengok citer Maero Attack pun masih tak jumpa VCD dia..

Pengarah-pengarah filem Malaysia ni tak nak buat filem berkisahkan pasal sukan bola tampar ke???

Wat la ala-ala Maero Attack tu...Sampai sekarang masih dikenang-kenang..

Jangan la asyik wat citer hantu je..

"Nuffnang Blog Awards, Here I Come"



Kalau diberi peluang, i nak pergi la event anjuran Nuffnang.

Sebelum ni i pernah dapat jemputan tetapi i terpaksa melepaskan peluang itu kerana terpaksa balik kampung (sepupu kawin).
Kali ni i tak nak lepaskan peluang jika terpilih untuk menghadirkan diri ke Nuffnang Asia-Pacific's Blog Award 2011 ni.

3 sebab kenapa i perlu menghadirkan diri ke Nuffnang Asia-Pacific's Blog Award 2011 kerana:
  1.   Dapat berjumpa dan berkenalan dengan blogger-blogger yang hebat. 
  2.  Tempat event pun dekat je dengan rumah (tiada alasan tak dapat hadir).

 3.  Cuti sekolah ni anak-anak semua tinggal di kampung, so ada peluang untuk pergi ke event ni.


Apa yang perlu anda tahu tentang event ni ialah:
  •  Event ni akan diadakan pada 16 Disember di Putrajaya Marriot.
  • 500 blogger seluruh rantau Asia Pasifik akan hadir memeriahkannya.
  • Anugerah ini juga bukan penghormatan untuk blogger-blogger yang terbaik/hebat je malah membawa bersama-sama komuniti blogger dari seluruh rantau Asia Pasifik.
  • Anugerah ini dibawakan oleh Volkswagen Malaysia dan Putrajaya Marriot.
"Come 16 December 2011, 500 bloggers from around the Asia-Pacific region will flock to Kuala Lumpur, Malaysia for the Nuffnang Asia-Pacific Blog Awards 2011 in Putrajaya Marriott. The Awards aims to not only honour the region's best bloggers, but also to bring together blogger communities from across Asia-Pacific. The Nuffnang Asia-Pacific Blog Awards is brought to you by Volkswagen Malaysia and Putrajaya Marriott".
~~ Thanks Nuffnang


24 October 2011

Hi-Tea


Kesian kan i...

tak makan lunch setiap kali tibanya lunch
i duduk kat taska la..

jaga anak..

tapiiiiiii
bila dah pukul 2 petang, mula la lapar..


so, i beli goreng pisang je buat alas perut sebelum nak dinner kat rumah..

ditambah pula dengan Ipoh White Coffee..
sedapnyaaa...

panas-panas lagiiiiiiiii..


Anlene Kuatkan Tulang Kita

Korang nak kuatkan tulang tak?

I suggest korang ambil la susu Anlene..
Baik untuk tulang kita..

Siap beli berkotak-kotak lagi..
dan buat spare kat ofis...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...