26 August 2011

Sebelum Pulang Ke Kampung


Service kereta tu amat penting sekali. Tayar kereta pun dah tukar. Packing barang (belum lagi). Kuih raya pun tak cukup lagi. Mak dah pesan beli kuih raya sebab mak tak buat kuih raya. (Baik mak)..

Aku sempat juga beli 2 helai tudung untuk mak. Untuk abah xde la..Nak kena cari ni. T-shirt pun kira ok la kan..

Smart Tag dah top up. Minyak dah isi penuh.

Apa yang penting...pemanduan mesti berhemah. Jangan nak pecut laju je sebab nak sampai awal. Kang sampai kat tempat lain pulak..Ingat tu!!!(encik suami)..

Harap-harap xde la barang yang penting tertinggal..

Selamat Hari Raya Aidilfitri ye kawan-kawan semua...

.....sambung blogging di kampung nanti......(kalau sempat la)


25 August 2011

Safety First


Yup....keselamatan perlu diutamakan. Betul tak?

Nak cerita la sikit kat korang semua, semalam aku terpaksa EL kerana nak tukar tayar kereta...Tayar kereta dah haus sangat dah..Sangat bahaya untuk berjalan jauh. Duit boleh dicari tapi nyawa boleh ke ditukar ganti.


Melayang juga la enam ratus ringgit malaysia untuk empat tayar kereta. Ingat nak cari yang second hand je tapi tak jumpa yang elok. Semua tayar yang ada sangat-sangat tak elok.
Ape lagi...fikir punya fikir, beli yang baru la senang. Takpe la keluar duit lebih sikit untuk keselamatan keluarga.

Dari PJ(kedai second hand) ke Dengkil mencari kedai tayar. Alhamdulillah, tauke tayar kereta kasi harga murah. Dari RM700++, dia kasi RM600. Save bajet.
Sekarang dah tak risau lagi untuk pulang ke kampung halaman meraikan hari lebaran bersama keluarga tercinta yang menanti kepulangan anakandanya.

Semoga kami sekeluarga selamat sampai ke destinasi yang dituju dengan selamat. Korang pun sama la juga ye, hati-hati dijalanraya.

23 August 2011

Sedekah Meningkatkan Keberkatan Rezeki

Orang beriman tak takut belanja harta mereka bagi meringankan beban golongan memerlukan.

KEKAYAAN tidak membawa erti tanpa ada keberkatan. Dengan adanya keberkatan, harta dan rezeki yang sedikit akan dirasakan seolah-olah banyak serta mencukupi. Sebaliknya, tanpa keberkatan akan dirasakan sempit dan susah meskipun banyak harta.

Dalam satu kisah, diceritakan Nabi Ayub ketika sedang mandi tiba-tiba Allah datangkan pada lengannya. Baginda menepis dengan bajunya. Lantas Allah berfirman: “Bukankah Aku lakukan begitu supaya kamu menjadi lebih kaya? Nabi Ayub menjawab, “Ya benar; demi keagunganMu apalah makna kekayaan tanpa keberkatan-Mu”.

Kisah ini menegaskan pentingnya keberkatan dalam rezeki yang dikurniakan Allah. Cara mendapatkan keberkatan daripada Allah, antaranya:

Bersyukur atas apa yang diberikan Allah.

Belanjakan harta pada jalan diredhai Allah

Berusaha cari rezeki halal

Keluarkan sedekah wajib (zakat) jika sampai nisab dan beri sedekah sunat kepada orang miskin dan anak yatim.

Bersedekah kepada anak yatim, miskin, jika boleh setiap hari. (Cari anak yatim untuk diberikan) kerana dengan izin Allah akan diganti tanpa kita sedari.

Ikhlaskan pemberian, sedekah hanya kepada Allah bukan mengharap pujian (pemberian tangan kanan tanpa diketahui tangan kiri). Sedekah mulakan dengan keluarga sendiri dulu, selepas itu barulah kepada jiran dan orang yang lebih jauh. Jangan anggap pemberian itu hak kita kerana sebenarnya dalam harta kita ada hak mereka.

Hulurkan pemberian sunat secara rahsia tetapi pemberian wajib (zakat) perlu diberi secara terangan sebagai menegakkan syiar Islam.


Konsep sedekah: Berikan sesuatu yang kita sayangi. Ini jelas dalam al-Quran (surah al-Imran ayat 92).

Cari harta dunia untuk dijadikan bekalan akhirat. (Dunia untuk akhirat, bukan untuk dunia)
Amalan diberkati ialah hasil peluh sendiri dan juga melalui jual beli (perniagaan).

Menurut Nabi SAW, 9/10 (90 peratus) daripada sumber rezeki ialah berpunca daripada perniagaan. Makan gaji mungkin 1/10 saja. Nabi Muhammad SAW sendiri sebelum diutus menjadi rasul adalah seorang ahli perniagaan jujur, cekap dan amanah.
Peniaga amanah akan dibangkitkan bersama nabi dan rasul di akhirat kelak. Perniagaan adalah amalan fardu kifayah. Barang makanan orang Islam sepatutnya dikeluarkan oleh orang Islam. Jika tidak aktiviti ini, seluruh umat Islam akan menanggung dosa.

Hulurkan bantuan kepada janda yang ketiadaan suami. Dalam hadis, Nabi SAW menerangkan setiap awal pagi, ketika terbit matahari ada dua malaikat menyeru kepada manusia di bumi.

Yang satu menyeru, “Ya Tuhanku, kurniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan harta kepada Allah.” Yang satu lagi menyeru, “Musnahkanlah orang yang menahan hartanya (lokek).”

Orang bakhil tidak manfaatkan hartanya untuk dunia dan akhiratnya. Menginfaqkan (belanjakan) harta adalah berkat, sebaliknya menahannya adalah celaka.

Dalam hadis lain, Nabi SAW bersabda: “Takutilah api neraka walaupun dengan sebiji tamar.” Dan sabdanya lagi: “Sedekah itu penghapus dosa seperti air memadam api.”

Jika dapat diamalkan, rezeki yang dikurniakan Allah akan kekal walaupun sudah digunakan. Allah akan membalas atau menggantikan apa yang sudah dibelanjakan. Amalkan ilmu yang ada, Allah akan menambahkan ilmu lagi. Begitu juga harta, belanjakan harta yang ada, Allah akan tambahkan lagi daripada sumber yang kita tidak ketahui.

Bersedekah itu boleh dilakukan oleh semua orang sekalipun orang itu tidak berharta. Amalan bersedekah sangat digalakkan dalam Islam, kerana bersedekah adalah lambang kesyukuran kepada Allah, pelaksanaan perintah Allah dan mempererat hubungan persaudaraan serta silaturahim sesama Muslim.

Sedekah juga adalah cara mengukuhkan hubungan antara hamba dengan Allah dan di antara hamba sesama hamba.

Firman Allah: “Wahai orang beriman, nafkahkanlah sebahagian rezeki yang kami kurniakan kepadamu, sebelum datang hari yang tiada lagi jual beli, tiada lagi persahabatan yang akrab dan tiada lagi syafaat padanya. Dan orang yang kafir itu adalah golongan zalim.” (Surah al-Baqarah, ayat 254)

Rencana disediakan oleh Penulis Khas YaPEIM.

Fadilat Bersedekah


Sedekah ini fadilat utamanya ada tiga iaitu rezeki murah, dapat menolak bala dan panjang umur. Sebabnya, apabila kita bersedekah, penerimanya akan mengucapkan alhamdulillah sebagai tanda penghargaan kepada Allah dan juga kepada manusia yang memberikan sumbangan. Ini juga dijelaskan dalam hadis yang bermaksud, “ Sesiapa yang tidak mengasihani tidak akan dikasihani.”

Apabila kita bersedekah hendaklah kita mendahulukan orang yang dekat dengan kita termasuk adik beradik dan juga jiran tetangga sebelum menghulur bantuan kepada orang lain. Ini dijelaskan dalam hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad. Antara lain ia menyusun keutamaan bersedekah kepada diri sendiri, isteri, anak, orang gaji dan jika masih ada sedekahlah kepada sesiapa yang memerlukan. Jika masih ada golongan fakir dan miskin di negara kita, lebih baik kita bersedekah kepada mereka sebelum bersedekah kepada penduduk luar negara.

Kad Raya Maya


Selamat hari raya
Aidilfitri mulia
Ampun maaf dipinta
Mensuci hening dosa

Setahun menghilang
Sekarang menjelang
Hari yang bahagia
Selamat hari raya

Selamat hari raya
Aidilfitri mulia
Ampun maaf diminta
Mensuci hening dosa

Seruan kita
Untuk semua
Selamat selamat
Selamat hari raya


**Ampunkan salah dan silapku kepada kawan-kawan semua. Maaf jika ada keterlanjuran kata-kata dariku. Selamat Hari Raya. Hati-hati dijalanraya. Ingatlah orang yang tersayang. Kemalangan boleh dielakkan. Semoga sampai kedestinasi yang dituju dengan selamat. Insyaallah. Amin.


19 August 2011

Tanda-Tanda Malam Lailatul Qadar


Malangnya ada di kalangan masyarakat kita pula mengisahkan cerita Lailatul Qadar yang tersilap yang boleh membawa kepada kurafat berkenaan tanda-tanda malam Lailatul Qadar diantaranya: pohon sujud, bangunan-bangunan tidur, air tawar berubah masin, anjing-anjing tidak menggonggong, dan beberapa tanda yang jelas batil dan rosak.

Ini kerana tidak adanya dalil baik dari al-Quran ataupun hadis yang mendukungnya.

Bagaimanakah tanda-tanda yang benar berkenaan dengan malam yang mulia ini ? Nabi Muhammad SAW pernah mengabarkan kita di beberapa sabda beliau tentang tanda-tandanya, iaitu:

1. Udara dan suasana pagi yang tenang
Ibnu Abbas R.A berkata: Rasulullah SAW bersabda:

“Lailatul qadar adalah malam tenteram dan tenang, tidak terlalu panas dan tidak pula terlalu dingin, esok paginya matahari terbit dengan sinar lemah berwarna merah” (Hadist hasan)

2. Cahaya mentari lemah, cerah tidak terik pada keesokan harinya
Dari Ubay bin Ka’ab RA, Rasulullah SAW bersabda:

“Keesokan hari malam lailatul qadar matahari terbit hingga tinggi tanpa sinar ”

(HR Muslim)

1. Di pagi harinya, matahari terbit tidak memancarkan cahaya yang terik
, Rasulullah SAW bersabda:

Ertinya: “Matahari terbit pada harinya tidak mempunyai sinar”. Hadits riwayat Muslim, no. 1762.

2. Malam yang cerah, tidak panas tidak juga dingin, Rasulullah SAW bersabda:

Ertinya: “Sesungguhnya aku diperlihatkan lalilatul Qadar kemudian dilupakan dariku dan ia ada di sepuluh terakhir (dari bulan Ramadhan) dan ia adalah malam yang baik dan cerah, tidak panas dan tidak pula dingin, seakan-akan di dalamnya ada bulan purnama yang menerangi bintang-bintang, syaitan-syaitan tidak keluar sampai terbit fajar”. HR. Ibnu Khuzaimah, 3/330 dan dishahihkan oleh al-Albani di dalam shahih Ibnu Khuzaimah, 3/330.

Ertinya: “Lailatul Qadar tidak panas tidak juga dingin matahari pagi harinya bersinar lemah kemerah-merahan”. HR. Ibnu Khuzaimah, 3/332 dan dishahihkan oleh al-Albani di dalam Shahih al-Jami’, no. 5351.

3. Malam yang terang, tidak panas, tidak sejuk, tidak ada awan, tidak hujan, tidak ada angin kencang dan tidak ada yang dilempar pada malam itu dengan bintang (lemparan meteor kepada syaitan), Rasulullah SAW bersabda:

Ertinya: “Sesungguhnya tanda lailatul qadar bahwasanya adalah malam yang bersih cerah, seakan-akan di dalamnya bulan terang tenang, tidak panas tidak juga dingin, dan tidak boleh bintang dijatuhkan di dalamnya sampai pagi, dan sesungguhnya tandanya adalah matahari pagi harinya terbit sejajar tidak mempunyai sinar seperti bulan pada malam purnama dan tidak halal bagi syaitan untuk keluar bersamaan dengannya pada malam itu”. HR. Ahmad, no. 22765.

Hendaknya memperbanyak membaca doa اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّى pada Lailatul Qadar:

Hal ini berdasarkan sebuah riwayat dari Aisyah RA beliau bertanya kepada Rasulullah SAW:

“Wahai Rasulullah, jika aku mahu berjumpa akan lailatul qadar, apakah yang aku baca?”, beliau bersabda: “Hendaknya kamu mengucapkan:

Ertinya: “Ya Allah, Sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf (dari kesalahan), mencintai maaf, maka maafkanlah aku (dari kesalahan-kesalahanku)”. HR Ibnu Majah, no. 3982.

4.Orang yang beribadat pada malam tersebut merasakan lazatnya ibadah, ketenangan hati dan kenikmatan bermunajat kepada Allah tidak seperti malam-malam lainnya.

18 August 2011

URTV Raya


Jangan lupa dapatkan dipasaran...

Tudung Aidijuma


Tudung Delima Rosette
RM 38

Tudung Delima Lukis
RM 38

Tudung Delima Hitam
RM 35

Merah : Tudung Intan bermanik ( RM 48)
Biru : Tudung Delima Lukis (RM 38)
Hitam : Tudung Delima Hitam (RM 35)

Layari website Tudung Aidijuma untuk keterangan lanjut.

16 August 2011

Warehouse Sales









Banyak promosi untuk hari raya yang akan tiba tak lama lagi..

Persiapan raya cam mana, dah settle ke?

Kepada yang belum settle kan lagi, korang boleh la pergi warehouse ni.

Di merata tempat buat jualan murah..

Apa ditunggu lagi..jom la ke warehouse sekarang.

Yang penting ikut kemampuan ye..Tak yah la nak berlagak nak pakai yang mahal-

mahal...xde maknanya pun..

Jom kita ke website Shoppingnsales untuk keterangan lanjut.

Side Income


Mencari pendapatan sampingan bukanlah susah sebenarnya.

Ada ilmu @ kepakaran @ kemahiran, boleh la jana pendapatan sampingan..Tak gitu!!

Dah ramai client @ customer yang berurusan dengan husband aku..

Pelanggan-pelanggan ni kebiasaannya nak format PC diorang atau masukkan anti virus

atau install microsoft office dan macam-macam lagi.

Biasa kalau kat kedai-kedai, bayaran yang diperlukan melebih RM120...

Tapi husband mengenakan bayaran bawah RM100.

Kalau orang yang satu ofis, lagi senang..

Bawa je kat ofis n then aku bawa balik rumah.

So, korang tak payah keluarkan duit minyak gi kedai PC dah..Jimat masa, tenaga dan

wang.

Yang gambar netbook diatas tu, anak kepada kawan ofis aku..

2 minggu lepas buatkan untuk dia...siap sehari je..

Hari ni bawa n then esok dah siap...

Kalau banyak nak install itu ini, makan masa jugak..

**Mencari rezeki yang halal, ada di mana-mana.. sekian.

12 August 2011

Kad Kahwin Ashraf Muslim




Sangat unik dan terpegun melihat kad jemputan kahwin Ashraf Muslim.

Idea yang bagus.

** Kepada bakal2 pengantin, korang fikir2 la idea yang menarik dan boleh buat orang

disekeliling sentiasa mengingati kad kahwin anda tu.

*** Kepada Ashraf dan pasangan..moga bahagia hingga ke akhir hayat.


Tulus Ikhlas Dari PM


Lambat nak letak gambar ni...tapi kurma tu masih belum dirasai lagi..

Banyak lagi kurma yang lain di dalam peti.

TQ..rezeki dari Allah..

Dan terima kasih buat PM dan isteri yang sudi menghulurkan sumbangan itu yang berupa mug

dan kurma.

Heliza Helmi Hijab










Comelnya Ija ni. Pakai la cam mana pun...still comel dan anggun gitu.

Sesiapa yang berminat dengan koleksi hijab dari Heliza ni, korang klik Facebook Ija ni

ok.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...