29 April 2011

Perkahwinan Diraja Putera William & Kate Middleton


David Beckham dan isteri.
Kereta yang membawa Putera William.



Putera William melambai tangan kepada tetamu yang hadir
di upacara perkahwinannya itu.




Sultan Brunei dan isteri.




p/s: Yang Di-Pertuan Agong serta Permaisuri Agong juga turut hadir tapi tak sempat nak snap gambar beliau. Saya juga tak sempat snap gambar Kate.

Wanita Itu Rumput Semalu

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

25 Jenis Wanita


1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

16. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

23. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

25. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Pandangan : Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak Syurga. Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan?

Siapakah Yang Rugi Dan Siapakah Yang Untung?

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang paling sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya
seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

Siapakah orang yang manis senyuman nya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah
orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun."
Lalu sambil berkata, "Ya Rabbi Aku reda dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan
tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada
sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun
masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?

Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan
di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati
tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?

Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana
telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.

Selamatkan Dunia...

Selamatkan dunia ini dari peperangan
Selamatkan dunia ini dari kehancuran
Selamatkan anak-anak dari kebuluran
Selamatkan dunia selamatkanlah
Ho! ho! ho!

Kedamaian terbina
Dari rahmat keamanan
Kebahagiaan terbina
Dari nikmat perpaduan
Kemajuan tercipta
Dari usaha pembangunan
Kasih sayang perhubungan kita semua
Ho! ho! ho!

Mari kita berganding
Menuju hidup yang sempurna
Bersamalah kita bina
Masyarakat harmoni

Saling hormat menghormati sesama kita
Tua muda miskin kaya usahlah dibeza
Semua bangsa dan agama

Sifat warga yang berhemah
Amal pekerti mulia
Hindari persengketaan
Kekalkan keharmonian

Anak muda dan remaja
Warga pewaris dunia
Hargai jasa yang tua
Teruskanlah perjuangannya

Memang payah
Untuk membentuk hidup yang sempurna
Akan mudah jika kita berusaha
Demi kejayaan bersama

Isteri Solehah


Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata penawar hati penajam fikiran

Di rumah dia istri di jalanan kawan

Di waktu kita buntu

Dia penunjuk jalan

Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata penawar hati penajam fikiran
Di rumah dia istri di jalanan kawan

Di waktu kita buntu

Dia penunjuk jalan


Pandangan kita diperteguhkan

Menjadikan kita tetap pendirian

Ilmu yang diberi dapat disimpan

Kita lupa dia mengingatkan

Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata penawar hati penajam fikiran

Di rumah dia istri di jalanan kawan

Di waktu kita buntu

Dia penunjuk jalan

Nasihat kita dijadikan pakaian
Silap kita dia betulkan
Penghibur diwaktu kesunyian
Terasa ramai bila bersamanya

Dia umpama tongkat sibuta
Bila tiada satu kehilangan

Dia ibarat simpanan ilmu

Semoga kekal untuk diwariskan


Isteri cerdik yang solehah

Penyejuk mata penawar hati penajam fikiran

Di rumah dia istri di jalanan kawan

Di waktu kita buntu

Dia penunjuk jalan


Dia umpama tongkat sibuta

Bila tiada satu kehilangan

Dia ibarat simpanan ilmu

Semoga kekal untuk diwariskan
(istri cerdik yang sholehah)

Dia umpama tongkat sibuta
Bila tiada satu kehilangan
(istri cerdik yang sholehah)
Dia ibarat simpanan ilmu
Semoga kekal untuk diwariskan

Ambik Nak Ko


MARAN: Seorang penagih dadah melecur hampir 40 peratus badan selepas terkena renjatan elektrik berkuasa 11,000 watt ketika cuba mencuri kabel Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Pencawang ASPA di sebuah bekas tapak kilang lama, dekat sini, pagi kelmarin.

Dalam kejadian jam 1.25 pagi, mangsa berusia 24 tahun itu melecur dari kepala hingga paras pinggang, namun dilaporkan stabil selepas menjalani rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAH), Temerloh.

Sebelum kejadian, lelaki terbabit dikatakan sudah mencuri kabel di tempat sama sebelum berhasrat mahu melakukannya kali kedua secara berseorangan dipercayai bagi mencari wang untuk membeli dadah.

Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Ahmad Johari Shahabudin, berkata polis yang menerima maklumat mengenai kejadian bergegas ke lokasi sebelum menemui pemutar skru, parang dan telefon bimbit milik lelaki terbabit.

“Lelaki itu telah dihantar orang awam ke Klinik Kesihatan Maran untuk menerima rawatan lanjut selepas ditemui hangus separuh badan,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Beliau berkata, pihaknya masih meneruskan siasatan lanjut berhubung kejadian terbabit mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana pencerobohan.
Sementara itu, jurucakap TNB Maran, berkata akibat tindakan lelaki terbabit, bekalan elektrik di bandar ini terganggu 32 minit.

p/s: kejadian ni berlaku dekat sangat dengan rumah mak aku kat kampung. Dalam 5-10 minit je kalau jalan kaki. Mesti kecoh kat kampung sekarang ni..

28 April 2011

Moody

Aku seorang yang moody..Sejak 2 menjak ni. Y?

Jap, bagi aku nyanyi dulu. Boleh ke tak, aku tetap nak nyanyi jugak. Ada aku kesah !!!

" Oh Dunia ini, Penuh Kepalsuan........"

Tolong jangan sambung lagu ni. Cukup setakat itu. Y? Ko tanya aku lagi.

Aku cakap stopppppppppp...hokey.

p/s: tension sgt sekarang ni, lagi2 time tengok.......????@@%%$$$

Tutorial Cara Pasang Widget Top Commentators


Yea...saya dah dapat pasang widget ni. Thanks to Jamal for info.

Take..Cut...Paste

Dulu punye hobi ni..Boleh bergaduh dgn kakak sebab nak gambo ni. Abah aku memang tiap-tiap hari beli suratkhabar (BH dan Utusan). Aku apa lagi, wat projek la, sape dapat dulu gambo ni bermakna dia punya la..haa tu pasal kena cepat. Siap je abah baca, aku ambil mukasurat yang ada gambo CT n then aku gunting dan tampal kat buku ni. Buku ni semua gambo CT... Masih ada lagi dalam simpanan aku. Aku bawa buku ni ke rumah aku kat Putrajaya. Suka...suka..suka Datuk Siti Nurhaliza...lagi-lagi senegeri dgn aku...

Segmen Review Kumpulan 11

Aku ada tanggungjawab besar nak kena laksanakan ni. Orang lain dah buat, aku baru terhegeh-hegeh nak buat. Apa daa..Tanggungjawab ni beri oleh PW. Tapi aku tak pandai nak review orang blog orang lain la..Ce try..ce try dulu. Cepat sangat mengalah..Ok nak cuba review satu persatu blog kat bawah ni..Nerves skit..
Bismillahirahmanirahim...

Blog Pertama: nurulcomeygurl93
  • header : simple je, tak serabut
  • background : ada buah strawberi..i like..kalau terang, nampak cantik sikit kot
  • font n size : ok, jelas...senang nak baca
Blog Kedua: Khashamimi
  • header : comel
  • background : berbelang-belang tapi ok..sangat cantik
  • font n size : senang nak dibaca, jelas
Blog Ketiga: Duniabudaqkechik
  • header : sangat-sangat simple tapi menarik
  • Background : saya tak pasti la warna apa...design cam mana..sebab dari tadi tak keluar2..tak dapat la saya nak komen
  • font n size : ok...boleh dibaca..kira nampak la tu
Blog Keempat: Kamoo-CpahNiza
  • header : simple sangat je saya tengok
  • background : dark purple..peberet kaler ke?..menarik dan tertarik
  • font n size : senang nak dibaca, jelas sesuai la warna font tu putih dengan backgroundnya yang gelap tu. Kira masuk la warna tu.
Kesimpulannya: blog korang semuanya cantik...semua komen ni datangnya dari hati yang suci, ikhlas, jujur berbicara...itu je yang boleh saya komen. Wassalam.

Saya Tak Terima RM1 Juta


Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin bersedia membawa watak Ibu Muslimah dalam pementasan teater muzikal Indonesia, Laskar Pelangi yang dijadual dipentaskan di negara ini Julai depan, jika tawaran diterima bersesuaian dengan kehendak dan komitmen kerjayanya.

Bagaimanapun, penghibur berusia 32 tahun itu menafikan dia menerima pembayaran sebanyak RM1 juta untuk membawa watak guru yang gigih memperjuangkan nasib anak-anak susah di Pulau Belitung itu.

“Saya dengar khabar angin ada pihak produksi ingin menyunting saya sebagai seorang daripada teraju dalam teater muzikal itu namun sehingga kini tiada sebarang tawaran rasmi mengenainya, sebaliknya saya hanya mendengar daripada kawan dan pengurus saja.

“Bagaimanapun saya nafikan jumlah bayarannya sebanyak RM1 juta kerana kerana segala-galanya belum ada hitam putih. Apapun, jika benar tawaran itu akan menyusul, saya bersedia menimbangkannya kerana filem itu adalah sebuah karya yang menarik,” katanya yang menghubungi Harian Metro, pagi semalam.


Diadaptasi daripada filem terbitan Indonesia dengan judul serupa, teater muzikal Laskar Pelangi yang mendapat sentuhan pengarah Riri Riza bakal dipentaskan dengan mengekalkan plot cerita dan pembangunan watak yang sama namun disuntik pembaharuan pada barisan pelakon yang baru.

Polis Tembak Mati Tiga Dipercayai Perompak

MARAN: Polis menembak mati tiga lelaki warganegara Indonesia selepas dipercayai merompak sebuah rumah peneroka di Felda Jengka 18 di sini, awal pagi Khamis.

Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab Ghani berkata dalam kejadian kira-kira 3 pagi, sepasukan polis mengejar tiga lelaki terbabit yang melarikan diri menaiki sebuah kereta jenis Perodua Viva.

Beliau berkata suspek yang bersenjatakan parang kemudian cuba menyerang anggota polis sebelum ditembak mati di ladang kelapa sawit berhampiran Felda Jengka 18.

p/s: ramai betul la perompak kat dunia ni, takde keje lain ke nak buat haaaa..Keje la wei, banyak lagi keje halal utk korang daripada korang merompak. Ni kes MALAS la ni.

Dunia Hiburan Hipokrit

Gambar: Bob Lokman menyerahkan borang keahlian PAS kepada Menteri Besar Kedah.

Pelawak Bob Lokman, 47, akhirnya membuat keputusan muktamad untuk bersara sebagai seorang pelakon selepas membuat keputusan untuk terlibat dengan aktiviti dakwah selain menjadi ahli PAS.

Bob atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman berkata, dia sudah tidak mempercayai dunia hiburan yang dianggapnya sebagai hipokrit selain terdapat unsur-unsur yang tidak baik di dalamnya.

"Saya membuat keputusan untuk bersara kerana mendapati selama berkecimpung dalam dunia seni, banyak perkara yang tidak elok berlaku dalam bidang itu.

"Lagipun saya merasakan sekarang tibalah masanya untuk saya beralih menjadi seorang pendakwah".

Ombak Rindu






Filem Ombak Rindu diadaptasi dari novel popular OMBAK RINDU karya Fauziah Ashari.Filem ini hasil terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Tarantell Pictures.

Menjadi anak yatim piatu, dilacurkan oleh bapa saudara sendiri serta berhadapan dengan pelbagai dugaan dalam kehidupan dan cinta. Itulah antara liku-liku yang terpaksa diharungi oleh insan bernama Izzah lakonan aktres jelita, Maya Karin dalam filem terbarunya, Ombak Rindu.

Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam.

Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu.

Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?

Antara pelakon yang membintangi filem ini ialah

MAYA KARIN
AARON AZIZ
LISA SURIHANI
BRONT PALARAE
AZIZAH MAHZAN
ZAIDI OMAR
NORMAH DAMANHURI
NATASHA HUDSON

Check Up


Hari ni gi check up kat klinik. Baby dgn mama dia check up sekali. Kan senang, tak payah nak gi 2-3 kali. Tapi bulan depan dah tak sama tarikh lor..Berkali-kali le gi klinik jawabnya. Tak suka la cam tu. Walaupun klinik depan rumah. Malasssss betul aku.

Hari ni baby kena inject lagi. Inject untuk 5 serangkai. Nasib baik nangis 2-3 saat je. Bulan depan inject lagi. Aku biasa la, timbang berat badan dan ambil pil je. Tapi kali ni berat aku turun sikit. Sikit je tak sampai 1kg pun. Alahai..nape la turun, aku nak naik lor...

Aku tak gi berdua dengan baby je. Husband aku kena la ikut sama sebab si Afiq ni ada sekali. Camne kalau aku gi sorang je handle semua ni. Tak dapek den nak nolong...

27 April 2011

Sepetang Di Taman PICC

layan je la gambar ni ye..malas nak citer

Kelas Kemahiran

Info untuk anda..

Jalan-Jalan @ Giant Seri Kembangan

Biasa la hari minggu, nak cari barang dapur, susu anak, pampers segala bagai la. Tapi tak suka betul gi tempat yang banyak mainan. Harus la kena bagi budak 2 orang ni main jugak. Kalau tak, mau mengamuk..Kalau main sekali je takpe, 2-3 kali daaaaaaaaa..Fulusss2x

Hitam Putih Kehidupan ....


Auuucak !!! baby pun nak bergambar jugak..Masa mama dia pregnant, kuat betul bergambar. Dah turun ke anak...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...