Ia berlaku selepas aku mandi semalam... Tiba-tiba separuh badan aku tak boleh nak gerak..Sakit sangat-sangat. Terasa macam strok pun ada.. Ya Allah jauhkanlah semua itu..
Kebetulan masa tu baru je nak lapkan badan yang basah. Tak boleh pulak angkatkan tangan ni. Berat macam ada batu besar je yang timpa tangan aku. Dada pun sakit sangat. Ambil masa juga untuk kembali normal.. Dalam 15 minit gitu.. nak angkat tangan pun tak boleh..cuba jugak untuk gerakkan..wat senaman sikit-sikit. Syukur...boleh juga gerakkan semula tangan aku..
Dah macam-macam fikir masa tu..
No comments:
Post a Comment