13 July 2012

Report Card's Day


Assalamualaikum/Salam sejahtera...

Memandangkan hari ni hari jumaat bersamaan 13 Julai 2012, skpp 9(2) mengadakan hari terbuka ibu/bapa/penjaga bertempat di kelas anak masing-masing..

Harap semuanya berjalan dengan lancar....wah..wah..wah

Sekarang budak-budak sekolah ni dah tak diberi markah mengikut peratus..(eee susah nya rasa)..Pencapai mereka adalah mengikut BAND..1,2,3,4,5 dan 6. Yang ni tak berapa faham sikit. Jap lagi nak tanya cikgu..Sebab confius sikit..ada yang cakap camni dan ada pulak yang cakap sebaliknya..tak tau mana satu yang betul..Cikgu kena perbetulkan dan menyelesaikan masalah ini yer..

Apalah agaknya cikgu nak komen pasal anak aku..Masa prasekolah cikgu bagitau yang anak aku ni kuat sangat mengelamun..pandang syiling je..pastu garang jugak dalam kelas walaupun ada masanya dia ni pendiam..tup..tup budak yang dimarah tu nangis, bagitau cikgu...terkejut mama ko ni bila cikgu cakap yang dia ni garang..FUhhh..

Ok...otw ke sekolah dah ni..

Kejap lagi ada majlis tahlil pulak kat ofis...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...