"Ini satu kolaborasi yang tepat di mana kreativiti yang dimiliki oleh 
Bawal Exclusive dalam mempelbagaikan penggunaan Kristal Swarovski dan 
gabungan ini mencetuskan keserasian daripada dua budaya menghasilkan 
produk yang begitu menarik," ujar wakil daripada pihak Swarovski.
 Pada hari pelancaran Bawal Exclusive Bersama Swarovski Elements 
memperlihatkan penglibatan para selebriti terkenal tempatan yang terdiri
 daripada mereka yang berhijab. Antara yang hadir memeriahkan majlis ini
 ada Fazurina, Yatt Hamzah, Akma, Anne Ngasri, Farah Asyikin dan Siti 
Nurdiana.
Yang menarik lagi tentang Bawal Exclusive ini adalah, mereka telah 
memilih Rozi Abdul Razak iaitu pengurus kepada penyanyi nombor satu 
negara, Datuk Siti Nurhaliza sebagai model dan jurucakap kerana Rozi 
tidak pernah menukar jenis dan cara pemakaian tudungnya daripada dahulu 
hingga kini.
 


 
wahh..dah jadi model pulak yer... saper pulak nak uruskan siti lepas ni..?hehe
ReplyDeletemaintain kak zyee jadi PA Siti...ni side income je...kak zyee setia pada tudung bawal dan Siti
Delete