Gastrik
merupakan masalah lazim dan secara umumnya boleh dibahagikan kepada dua
jenis iaitu gastritis (keradangan lapisan mukosa yang melapik dinding
perut) dan ulser perut atau peptik pada lapisan sel yang lebih dalam
(lebih teruk berbanding gastritis).
Biasanya,
apabila orang berkata mereka ada masalah gastrik, ia merujuk kepada
keadaan pertama (gastritis). Secara semula jadi, sel perut menghasilkan
asid hidroklorik yang berfungsi mencerna makanan. Sel perut menghasilkan
lapisan mukosa (lapisan pertahanan) sebagai pelindung daripada kesan
asid hidroklorik.
Pengeluaran atau rembesan asid
hidroklorik berlaku apabila ada makanan untuk memulakan proses
pencernaan dan gastrik berlaku apabila tiada keseimbangan antara
kuantiti rembesan asid hidroklorik dengan kekuatan lapisan pertahanan.
Jika lapisan pertahanan ini menjadi lemah, ulser berlaku kerana asid
hidroklorik boleh sampai ke sel dan menyebabkan keradangan.
Jika
orang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik
terlalu banyak dalam perut dan sebaliknya sakit perut selepas makan, ia
mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa yang sudah
lemah.
Tanda Gastrik
Tanda gastrik mudah dikesan kerana ia menyebabkan ketidakselesaan pada perut. Antara tandanya ialah :
• Sakit perut (pada bahagian atas perut atau abdomen)
• Rasa senak, berangin atau pedih
• Rasa tidak selesa
• Kembung, sendawa berulang kali dan kerap kentut selepas makan
• Rasa mual (loya) dan muntah
• Hilang selera makan
• Berat badan turun (pada peringkat teruk)

Jika sampai peringkat teruk, ulser perut menyebabkan pendarahan dan ia boleh dilihat dalam dua bentuk iaitu :
• Najis menjadi hitam seperti tar
• Muntah mengandungi darah atau berwarna gelap seperti kopi

Siapa Yang Berisiko?
Gastrik boleh berlaku pada sesiapa saja. Secara umumnya lebih rama lelaki mengalami masalah gastrik dengan nisbah 1.5 hingga 2 kali ganda berbanding wanita. Ia biasanya disebabkan gaya hidup dan faktor risiko seperti :

• Individu yang kerap mengambil ubat
tahan sakit dalam tempoh lama seperti ubat anti keradangan bukan steroid
(NSAID). Ini termasuk aspirin (yang diambil pesakit jantung untuk
mencairkan darah)
• Merokok dan banyak minum minuman keras. Asap rokok dan alkohol boleh memberi kesan negatif dan mencederakan lapisan pertahanan (lapisan mukosa)
• Jangkitan bakteria Helikobakter pilori (H pilori). Bakteria ini berupaya melemahkan lapisan mukosa.
• Individu yang banyak mengalami tekanan sama ada tekanan kerja, peribadi, sosial atau mendapat jangkitan kuman yang teruk juga lebih berisiko diserang masalah gastrik. Malah masalah gastrik juga kerap dikesan pada pesakit yang baru menjalani pembedahan besar kerana pembedahan juga adalah satu bentuk tekanan kepada badan.
• Individu yang suka mengambil ubat tradisional, terutama yang mengandungi akar kayu. Ia termasuk ubat tradisional Cina dan Melayu kerana kebanyakan ubat tradisional dicampur steroid supaya ia lebih berkesan dan mujarab.

Rawatan
Terdapat tiga jenis ubat untuk gastrik iaitu:
• Antasid - bertindak memperbaiki dan memberi lapisan tambahan kepada lapisan pertahanan (mukosa) yang diambil tiga kali sehari
• Antagonis H2 - berfungsi mengurangkan rembesan asid. Ubat antasid dan antagonis H2 diberi untuk gastritis
• Perencat pam proton (PPI) - bertujuan mengurangkan rembesan asid dengan lebih berkesan; biasanya diberi kepada pesakit yang alami gastritis teruk atau ulser perut.

Masalah yang kerap berlaku
ialah pesakit tidak menghabiskan ubat diberi dan biasanya mereka
berhenti mengambil ubat selepas tiga atau empat hari iaitu apabila
kesakitan
hilang.
hilang.
Mengapa perlu menghabiskan
ubat? Ubat diberi sebenarnya membantu memulihkan lapisan pertahanan
dalam perut dan ia mengambil masa dua minggu untuk kembali normal.
Memberhentikan pengambilan ubat selepas tiga atau empat hari bermakna
anda sengaja mengundang gastrik untuk datang balik.
Malah
lebih baik jika pesakit jalani pemeriksaan teropong perut (endoskopi)
untuk mengetahui tahap masalah dan melihat sama ada pesakit mengalami
jangkitan bakteria H pilori bagi menentukan jenis ubat yang sesuai.
Jaga Pemakanan, Ubah Gaya Hidup
Selain pengambilan ubat, pesakit perlu menjaga pemakanan dan mengubah gaya hidup bagi mengelak serangan gastrik berulang. Antara perubahan yang perlu dilakukan ialah:
• Berhenti merokok dan minuman beralkohol
• Hentikan pengambilan ubat tahan sakit
• Amalkan pemakanan sihat dan makan secara teratur (sarapan, makan tengah hari dan malam). Pada bulan puasa, kena bangun sahur dan sebaiknya melewat-lewatkan bersahur
• Makan sedikit-sedikit tetapi kerap
* Kurangkan makanan berempah, bercili, masam
• Kurangkan minuman mengandungi kafein (kopi, teh dan minuman berkarbonat)
• Ambil susu kerana sifat susu yang beralkali boleh mengurangkan keasidan perut
• Kurangkan pengambilan makanan yang disifatkan berangin. Jenis makanan iniberbeza antara individu dan ubah suai mengikut keperluan masing-masing.

No comments:
Post a Comment