31 July 2012

Sesi Memasak : Kuih Ketayap





Assalamualaikum/Salam sejahtera..Selamat hari selasa..

Gambar di atas berlaku pada 27 Julai 2012 (Jumaat) pada waktu lunch..time lunch dari kita duduk berborak je, lebih baik kita buat kuih kan bagus..boleh makan time berbuka.

Kami buat kuih ketayap yang teramat senang ni..1st time buat..walaupun mak aku kat kampung memang selalu buat. Tapi aku tak pernah ambik tau..kan rugi besar..

Hari ni pulak, katanya nak buat kuih cek mek molek..tak tau lah jadi ke tak..tunggu je la ye..

Ketayap ni kita make over jadi warna merah sebab pewarna hijau lupa nak bawa..air blender pandan pun dah habis..so jadi la ketayap merah..Boleh je...Kita yang buat dia, bukan dia buat kita..Betul tak???
 

30 July 2012

Lagu Raya Sudah Berkumandang Di Sana Sini


Pergi sana ada lagu raya, pergi sini pun ada lagu raya...Happening...semangat nak raya..walaupun puasa baru je 10 hari..

Aku dengar lagu raya kat wowloud je..kan senang, tak payah bawa cd bagai..selain tu aku download lagu raya kat youtube..

Siti Nurhaliza Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim dan Ibu Tunggal Anjuran Bikers


Tarikh: 28 Julai 2012 (Sabtu)
Lokasi: Dataran Temerloh, Pahang.

Kredit tu Cikgu Sham.

29 July 2012

Nostalgia Ramadhan Siti Nurhaliza


SITI masa kecil dahulu.....

  • Pernah mengelat telan air masa mandi tapi cakap puasa.
  • Pernah muntah sebab paksa diri puasa seharian.
  • Tak malu berdepan dengan orang lebih dewasa sebab dah terbiasa meniaga.
  • Kalau tak jadi juara Bintang RTM, SITI masih lagi meniaga kuih.
  • Penggemar tegar kuih karipap sardin.

27 July 2012

Siti Nurhaliza Apresiasi Gaya Tudung Sangdewi








Dato' Siti Nurhaliza menggayakan tudung Sangdewi milik kakak iparnya, Kak Zyee.

Sesi Memasak : Kuih Badak Berendam


Huhuhu...tak pasal-pasal balik 5.30 petang semalam.aku ni WP2..sebab kuih aku tak siap dikukus lagi, kasi peluang pada org yang balik 4.30 petang..

Kalau santan dah ada tengah hari tu, maybe kuih ni boleh siap awal (4.30).tengah hari kak aina balik ambik anak sekolah n then nak ke pasar beli daun pisang dan santan..tup-tup kak aina terlewat masuk. 2.40 baru muncul..

Bab-bab gentel dah siap direbus...cuma tunggu santan dan daun pisang je..so, sesi mengukus start dah dekat pukul 3.00 petang..tu pasal sesi mengukus siap lambat...

Hari ni kena habiskan sebelum pukul 3.00 petang memandangkan time rehat start kul 12 tengah hari..Boleh ke? Sempat ke nak melempengkan kulit ketayap ni...Kita tunggu dan lihat...On time or over time hahahaha...

Apa-apa hal, aku nak siapkan yang aku dulu..kalau ringan tulang atau takde keje bos kasi..boleh aku wat untuk uolssss yer..kang bos aku cari sebab petang semalam memang aku tak duduk kat tempat..habiskan masa kat pantri je..Buat hari-hari mau bos aku bising..So, kena bergilirla kalau kuihnya tak siap lagi..







26 July 2012

Sesi Memasak - Kuih Tepung Pelita



Gambar di atas, semuanya belum masak lagi..
 
Ini yang dah masak utk lapisan bawah sekali (pandan)
 




Alahai senangnya bahan-bahan untuk membuat kuih tepung pelita ni...Antara malas dan rajin je nak membuatnya..Rajin pun sebab buat kak ofis..kat rumah takdenya la..Ada je keje lain menunggu..tak pernah settlekan keje rumah ni..

ok nak cerita sikit bahan-bahannya..

Bahan untuk lapisan bawah (hijau):
 
Tepung beras
Santan cair
Pati pandan
Garam
Air

Bahan untuk lapisan atas (putih):

Santan pekat
Air
Garam
Tepung beras (sedikit je)

Cara-caranya:

Pastikan ada 2 periuk untuk mempercepatkan lagi tugasan memasak..1 periuk untuk lapisan atas dan 1 periuk lagi untuk lapisan bawah. Masak sampai likat. Kemudian tuangkan bahan hijau sebagai lapisan bawah dan santan yang siap di masak sebagai lapisan atas ke dalam bekas. Tunggu hingga sejuk. Dan boleh di makan terus..


*** Senang je kan..dapatla dalam 89 bekas..kalau jual ni mau dapat ribu riban untuk bulan puasa ni..tapi kami tak, kami collect duit dan edarkan makanan tersebut kepada orang yang berbayar.

 

Bayaran Bonus Setengah Bulan Gaji


25 July 2012

Gastrik Dan Cara Atasinya

Gastrik merupakan masalah lazim dan secara umumnya boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu gastritis (keradangan lapisan mukosa yang melapik dinding perut) dan ulser perut atau peptik pada lapisan sel yang lebih dalam (lebih teruk berbanding gastritis).

Biasanya, apabila orang berkata mereka ada masalah gastrik, ia merujuk kepada keadaan pertama (gastritis). Secara semula jadi, sel perut menghasilkan asid hidroklorik yang berfungsi mencerna makanan. Sel perut menghasilkan lapisan mukosa (lapisan pertahanan) sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik.

Pengeluaran atau rembesan asid hidroklorik berlaku apabila ada makanan untuk memulakan proses pencernaan dan gastrik berlaku apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik dengan kekuatan lapisan pertahanan. Jika lapisan pertahanan ini menjadi lemah, ulser berlaku kerana asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan menyebabkan keradangan.

Jika orang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan sebaliknya sakit perut selepas makan, ia mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa yang sudah lemah.

Tanda Gastrik
Tanda gastrik mudah dikesan kerana ia menyebabkan ketidakselesaan pada perut. Antara tandanya ialah :
• Sakit perut (pada bahagian atas perut atau abdomen)
• Rasa senak, berangin atau pedih
• Rasa tidak selesa
• Kembung, sendawa berulang kali dan kerap kentut selepas makan
• Rasa mual (loya) dan muntah
• Hilang selera makan
• Berat badan turun (pada peringkat teruk)
Jika sampai peringkat teruk, ulser perut menyebabkan pendarahan dan ia boleh dilihat dalam dua bentuk iaitu :
• Najis menjadi hitam seperti tar
• Muntah mengandungi darah atau berwarna gelap seperti kopi

Siapa Yang Berisiko?
Gastrik boleh berlaku pada sesiapa saja. Secara umumnya lebih rama lelaki mengalami masalah gastrik dengan nisbah 1.5 hingga 2 kali ganda berbanding wanita. Ia biasanya disebabkan gaya hidup dan faktor risiko seperti :
• Individu yang kerap mengambil ubat tahan sakit dalam tempoh lama seperti ubat anti keradangan bukan steroid (NSAID). Ini termasuk aspirin (yang diambil pesakit jantung untuk mencairkan darah)
• Merokok dan banyak minum minuman keras. Asap rokok dan alkohol boleh memberi kesan negatif dan mencederakan lapisan pertahanan (lapisan mukosa)
• Jangkitan bakteria Helikobakter pilori (H pilori). Bakteria ini berupaya melemahkan lapisan mukosa.
• Individu yang banyak mengalami tekanan sama ada tekanan kerja, peribadi, sosial atau mendapat jangkitan kuman yang teruk juga lebih berisiko diserang masalah gastrik. Malah masalah gastrik juga kerap dikesan pada pesakit yang baru menjalani pembedahan besar kerana pembedahan juga adalah satu bentuk tekanan kepada badan.
• Individu yang suka mengambil ubat tradisional, terutama yang mengandungi akar kayu. Ia termasuk ubat tradisional Cina dan Melayu kerana kebanyakan ubat tradisional dicampur steroid supaya ia lebih berkesan dan mujarab.

Rawatan
Terdapat tiga jenis ubat untuk gastrik iaitu:
• Antasid - bertindak memperbaiki dan memberi lapisan tambahan kepada lapisan pertahanan (mukosa) yang diambil tiga kali sehari
• Antagonis H2 - berfungsi mengurangkan rembesan asid. Ubat antasid dan antagonis H2 diberi untuk gastritis
• Perencat pam proton (PPI) - bertujuan mengurangkan rembesan asid dengan lebih berkesan; biasanya diberi kepada pesakit yang alami gastritis teruk atau ulser perut.
Masalah yang kerap berlaku ialah pesakit tidak menghabiskan ubat diberi dan biasanya mereka berhenti mengambil ubat selepas tiga atau empat hari iaitu apabila kesakitan
hilang.
Mengapa perlu menghabiskan ubat? Ubat diberi sebenarnya membantu memulihkan lapisan pertahanan dalam perut dan ia mengambil masa dua minggu untuk kembali normal. Memberhentikan pengambilan ubat selepas tiga atau empat hari bermakna anda sengaja mengundang gastrik untuk datang balik.
Malah lebih baik jika pesakit jalani pemeriksaan teropong perut (endoskopi) untuk mengetahui tahap masalah dan melihat sama ada pesakit mengalami jangkitan bakteria H pilori bagi menentukan jenis ubat yang sesuai.

Jaga Pemakanan, Ubah Gaya Hidup
Selain pengambilan ubat, pesakit perlu menjaga pemakanan dan mengubah gaya hidup bagi mengelak serangan gastrik berulang. Antara perubahan yang perlu dilakukan ialah:
• Berhenti merokok dan minuman beralkohol
• Hentikan pengambilan ubat tahan sakit
• Amalkan pemakanan sihat dan makan secara teratur (sarapan, makan tengah hari dan malam). Pada bulan puasa, kena bangun sahur dan sebaiknya melewat-lewatkan bersahur
• Makan sedikit-sedikit tetapi kerap
* Kurangkan makanan berempah, bercili, masam
• Kurangkan minuman mengandungi kafein (kopi, teh dan minuman berkarbonat)
• Ambil susu kerana sifat susu yang beralkali boleh mengurangkan keasidan perut
• Kurangkan pengambilan makanan yang disifatkan berangin. Jenis makanan iniberbeza antara individu dan ubah suai mengikut keperluan masing-masing.

JJCM Pizza Hut Giant Taman Connought












Kejadian sebelum puasa...dah lama sebenarnya tak makan pizza hut ni..Kalau nak makan pizza pun order online kat Dominos je..

Siti Nurhaliza Angkat Kaki


Aku sudah tidak percaya padamu lagi
Lebih baik engkau segera angkat kaki
Aku benci.. benci.. pada dirimu
Aku bosan.. bosan.. pada dirimu
Aku sudah tidak percaya padamu lagi..

Dulu kau bilang masih setia
Kerna tak kau khianati dia

Dulu kau bilang masih setia
Kerna tak kau khianati dia..
Kau berdusta pada kawanku..
Membuat aku jadi malu..
Kau berdusta pada kawanku..
Membuat aku jadi malu..

Aku sudah tidak percaya padamu lagi
Lebih baik engkau segera angkat kaki
Aku benci.. benci.. pada dirimu
Aku bosan.. bosan.. pada dirimu
Aku sudah tidak percaya padamu lagi..

Dulu kau bilang masih setia
Kerna tak kau khianati dia

Dulu kau bilang masih setia
Kerna tak kau khianati dia..
Kau berdusta pada kawanku..
Membuat aku jadi malu..
Kau berdusta pada kawanku..
Membuat aku jadi malu..

Aku sudah tidak percaya padamu lagi
Lebih baik engkau segera angkat kaki
Aku benci.. benci.. pada dirimu
Aku bosan.. bosan.. pada dirimu
Aku sudah tidak percaya padamu lagi..

p/s: terjumpa video nyanyian Dato'Siti Nurhaliza kat youtube. Ni masa tahun 1996 bertempat di Kg.Bantal, Jerantut, Pahang.

24 July 2012

Melawat Nurul Huda Di Hospital Putrajaya


Tengah hari semalam aku bersama kawan-kawan ofis pergi melawat anak Zam yang telah masuk wad sejak hari khamis lepas.

Anak dia demam panas sampai kejang...Pastu doktor cakap ada jangkitan kuman pada darah. So, kena warded seminggu..

Sian Zam kena berbuka puasa di hospital seminggu ni..Sabar ye zam..tinggal berapa hari je kat hospital tu..Nanti boleh berbuka kat rumah ye..Boleh masak sendiri, ini tak, kena berbuka dengan makanan hospital..

Dan semoga Nurul Huda cepat sembuh..



Buku Keenam Belas Dari Perpustakaan

SINOPSIS

AIN HAWANI, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku.

Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela. Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah... Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.

Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu. Tapi tegarkah Ain? Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam.

Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung. Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi...


Nantikan kemunculan drama Adam dan Hawa di Astro Mustika HD pada 27 Ogos 2012. Lakonan Aaron Aziz dan Nadiya Nissa sebagai pelakon utama.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...