SHAH ALAM:  Pelakon Rita Rudaini Mokhtar menyifatkan tuntutan 
nusyuz (perintah kembali taat) yang dituntut suaminya, Aidil Zafuan Abd.
 Radzak di Mahkamah Rendah Syariah di sini, Rabu sebagai kelakar dan 
macam “budak-budak”
Rita,36, berkata, dia geli hati mendengar tuntutan itu yang 
disifatkannya sebagai tidak masuk akal kerana selama ini dia tidak 
pernah melanggar perintah suami ataupun membelakangkannya.
“Dia tuntut saya supaya kembali taat? Haa... memang betul-betul 
kelakar. Saya tergelak dengar tuntutan dia. Selama ini siapa yang tidak 
taat? Saya menjalankan tugas sebagai isteri dengan baik untuk dia dan 
anak-anak.
“Saya juga tidak pernah lari atau keluar dari rumah tetapi dia yang 
buat (keluar rumah)  senyap-senyap dan tinggalkan saya dengan dua orang 
anak bersendirian,” katanya kepada mStar Online di luar mahkamah di sini, Rabu.
Dalam prosiding di Mahkamah Rendah Syariah di sini, Aidil Zafuan,25, 
menarik balik permohonan untuk bercerai dengan isterinya itu atas alasan
 mahu berdamai selain memikirkan kebaikan kedua-dua anak mereka.
Aidil juga dalam tuntutan nusyuz itu mahu Rita dan anak-anak 
berpindah dari kediaman mereka sekarang di Damansara  ke rumah yang baru
 didiami Aidil di USJ 1, Subang Jaya, dekat sini.
Beliau yang juga pemain bola sepak pasukan Angkatan Tentera Malaysia 
(ATM) itu juga memberitahu rumah berkenaan didiaminya secara percuma 
tajaan ATM  dan Rita perlu berpindah untuk mengelak pembaziran kerana 
perlu membayar sewa rumah teres mewah yang didiami sebelum ini.
 Aidil Zafuan. 
Aidil memberitahu jika Rita gagal mematuhi permintaannya itu (untuk 
berpindah), dia boleh dikenakan tindakan dalam tuntutan tersebut. Rita 
memberitahu, tidak ada sebab untuk dia berpindah kerana mereka pernah 
berkongsi suka dan duka di rumah yang didiami sekarang ini dan sudah 
tinggal sejak empat tahun lalu.
“Buat apa saya nak pindah? Sudah empat tahun kami tinggal bersama di 
Damansara. Kenapa dia tak balik rumah dan tinggal bersama saya serta 
anak-anak kalau dia suami yang bertanggungjawab?
"Sewa rumah sebanyak RM3,000 sebulan itu kami kongsi untuk bayar 
sama-sama. Bayangkan, bayaran yang separuh dia keluarkan itu pun 
dipertikaikan, apatah lagi  nafkah anak-anak?" soal Rita. 
via Mstar Online
 
 
No comments:
Post a Comment