Kata orang 'mencari seorang sahabat yang baik lebih sukar daripada
mencari 1000 orang musuh'.Sememangnya kenyataan ini benar kerana seorang
sahabat yang baik akan sentiasa melindungi dan menjaga keharmonian
sahabatnya dalam apa jua perkara,malah ada yang sanggup bergadai nyawa
untuk sahabat.
KASIH SAYANG lebih kurang sama maksudnya dengan kecintaan.Namun, setelah kita mencintai sahabat, kita perlulah mencurahkan segala kasih sayang kita terhadap mereka. Ada ketikanya kasih sayang kamu itu tidak perlu dipamerkan secara terang-terangan.Cukup sekiranya kamu menunjukkan kasih sayang itu dengan mendoakan perkara-perkara yang baik untuk sahabat kamu.
KEBERANIAN dalam berkata benar.Dalam sesebuah persahabatan, kamu hendaklah berani mengatakan sesuatu perkara kepada sahabat kamu itu, apatah lagi tentang perkara-perkara
yang boleh menyakiti hatinya.Kamu hendaklah berani mengaku dan berterus-terang kepadanya atas kesilapan yang telah kamu lakukan. Kamu juga haruslah beranimenasihati dan saling menegur sahabat kamu itu.

KEIKHLASAN dapat menjamin sesebuah persahabatan itu mendapat keberkatan
dan rahmat daripada Ilahi.Sekiranya kamu tidak ikhlas ketika
bersahabat, ia boleh mengundang permusuhan di antara sahabat.Sebaiknya
kamu memilih sahabat berdasarkan budi pekertinya,rasa tanggungjawab,
keprihatinan dan bukannya semata-mata kerana paras rupa, pangkat atau
harta yang dimilikinya.
KESETIAAN terhadap seseorang sahabat mampu memanjangkan lagi ikatan
persahabatan walaupun kamu jarang bertemu.Apabila kamu setia terhadap
sahabat, kesannya sahabat kamu juga akan sentiasa mengingati apa jua
pengorbanan yang telah kamu curahkan kepadanya. Ini kerana kamu sentiasa
berada di sisinya tidak kira susah mahupun senang.
KEBERANIAN dalam berkata benar.Dalam sesebuah persahabatan, kamu hendaklah berani mengatakan sesuatu perkara kepada sahabat kamu itu, apatah lagi tentang perkara-perkara
yang boleh menyakiti hatinya.Kamu hendaklah berani mengaku dan berterus-terang kepadanya atas kesilapan yang telah kamu lakukan. Kamu juga haruslah beranimenasihati dan saling menegur sahabat kamu itu.
KEJUJURAN perlu dalam sesebuah persahabatan.Kamu jangan sesekali menipu
atau menyembunyikan apa-apa daripada pengetahuan sahabat kamu
itu.Dengan berkata benar dan jujur, ini akan mengukuhkan lagi tali
persahabatan antara kamu berdua. Kamu hanya boleh berahsia pada
perkara-perkara yang kamu rasa perlu dirahsiakan daripadanya sahaja.
KEMAAFAN merupakan perkara yang perlu ada dalam etika
bersahabat.Sekiranya sahabat kamu melakukan kesilapan, kamu hendaklah
bersedia untuk memaafkannya, tidak kiralah sama ada kesalahannya itu
besar ataupun kecil terhadap kamu.Sahabat yang baik ialah sahabat yang
bersedia untuk memaafkan sahabatnya,begitulah sebaliknya.
KESEDIHAN yang dihadapi oleh sahabat kamu haruslah dikongsi
bersama.Apabila kamu mengetahui sahabat kamu itu berada dalam keadaan
yang berdukacita,kamu sebagai sahabat hendaklah sentiasa berada di
sisinya. Kehadiran kamu itu sekurang-kurangnya dapat meringankan
kesedihan yang ditanggungnya dan dalam masa yang sama ia boleh
meringankan bebanan yang dipikulnya itu.
KEGEMBIRAAN yang hadir dalam diri sahabat kamu itu, memberi makna yang
kamu juga rasa gembira.Pasti kamu rasa senang apabila melihat sahabat
kamu bergelak ketawa dan sentiasa mengukir senyuman yang indah pada raut
wajah mereka.
KESERASIAN merujuk pada kesamaan mahupun ‘sekepala’ dalam apa jua yang
kamu dan sahabat lakukan bersama.Dengan wujudnya keserasian ini,
aktiviti yang kamu lakukan bersama akan menjadi lebih mudah dan
lancar.Malah keserasian ini akan mewujudkan persefahaman antara kamu dan
sahabat.
No comments:
Post a Comment