Arghh!!! Bosannya nak menghadap muka-muka yang selalu bergosip, ‘kaki
kipas’ bos dan si tikam belakang! Ini semua merujuk kepada situasi yang
dipanggil politik pejabat. Percaya atau tidak, politik pejabat mirip
kepada sebuah permainan. Bagaimanakah caranya untuk mengelakkan politik
pejabat di tempat kerjaya kamu?
1. Elak konfrontasi secara langsung
Sekiranya kamu terdengar ada individu di pejabat yang berkata buruk
tentang kamu, elakkan kaedah konfrontasi (pertentangan dan perselisihan)
yang boleh merangsang perlakuan tidak diingini. Sekiranya kamu tersilap
langkah, ini akan mengundang risiko ke atas diri kamu lebih-lebih lagi
jika individu tersebut mempunyai kabel besar dengan bos. Sekiranya ada
yang cuba membalas dendam atau sebagainya, cubalah dapatkan bantuan
daripada pihak yang kamu benarbenar percaya sahaja.
2. Berjumpa pihak pengurusan
Tindakan berjumpa pihak pengurusan mempunyai beberapa keterbatasan,
terutama jika rakan sekerja yang terlibat mendapat sokongan daripada
bosnya. Sekiranya kamu mempunyai bukti yang kamu telah dianiaya, jangan
berlengah untuk bertemu dengan pihak pengurusan dan laporkan perkara
tersebut segera. Langkah ini penting sekiranya kamu benar-benar
sayangkan kerjaya kamu.
3. Jangan hipokrit
Kamu mungkin tidak dapat menyelesaikan semua masalah politik pejabat
seratus peratus tetapi itu tidak bermakna kamu harus terikut-ikut
seperti mereka. Jadilah diri sendiri dan jangan sesekali menjadi seorang
yang hipokrit. Tiada faedahnya melayan mereka yang suka bergosip,
menikam orang dari belakang dan menyusahkan hidup orang lain. Lambat
laun pasti akan terbongkar juga rahsia yang kamu simpan selama ini.
4. Bekerja seperti biasa
Daripada menyimpan rasa marah, sebaiknya fokus kepada perkara yang
boleh kamu lakukan. Contohnya teruskan bekerja seperti biasa dan
berkomunikasi dengan rakanrakan sepejabat. Ini merupakan cara paling
baik untuk mengatasinya. Pihak lain juga dapat melihat betapa kamu masih
mampu melakukan perkara seperti biasa di tengahtengah masalah yang
sedang kamu hadapi. Siapa tahu mungkin kamu bakal mendapat penghargaan
kerana dianggap mahu mengerti dan berfi kiran positif.
5. Sentiasa tabah
Mereka yang terlibat dengan politik pejabat mempunyai pelbagai cara
untuk menjatuhkan orang lain. Sememangnya perasaan tidak puas hati pasti
wujud sekiranya kamu ialah mangsa fi tnah itu. Walau bagaimanapun, kamu
haruslah tabah menghadapi semua dugaan tersebut. Jangan biarkan mereka
menang sebaliknya kamu harus berdiri teguh ketika berhadapan dengan
politik pejabat yang direka untuk menyakiti kamu.
No comments:
Post a Comment