Plum
tergolong dalam tanaman genus Prunus yang juga bersangkutan dengan buah
pic, nektarin dan badam. Kesemua buah ini memiliki biji keras di
bahagian tengahnya. Plum sedap dimakan segar dan setelah dikeringkan.
Buah plum yang telah dikeringkan dikenali sebagai buah prun.
Dikenali
juga dengan nama saintifiknya Prunus domestica, buah plum telah menjadi
subjek penyelidikan kesihatan atas keunikan kandungan zat fito yang
tinggi dikenali sebagai asid neochlorogenic dan chlorogenic yang
terdapat di dalamnya. Sebatian ini ditemui dalam plum dikelaskan sebagai
phenol dan fungsinya sebagai antioksidan memang telah terbukti.
Buah
plum berbentuk bulat. Kulitnya amat lembut dan bersinar. Ia boleh
berwarna merah, ungu atau kuning. Plum dikelaskan ke dalam enam kategori
iaitu Jepun, Amerika, Damson, hiasan, liar dan Eropah/taman. Walaupun
kebiasaannya buah plum berbentuk bulat namun ia juga boleh berbentuk
bujur.
Pokok plum ditanam di seluruh benua Eropah,
dari selatan Itali hinggalah ke utara Norway dan Sweden. Moldova,
Belarus, Ukraine, Romania dan Jerman juga merupakan penghasil utama buah
plum di Eropah. Turki dan China merupakan negara utama penghasil buah
plum di Asia.
Buah plum memiliki khasiat dan baik
untuk dimakan. Buahnya kaya dengan antioksidan, sekaligus mencegah
kerosakan pada neuron dan lemak-lemak yang membentuk sebahagian membran
sel.
Pengambilan buah plum juga dikatakan mampu
membantu dalam penghasilan dan penyerapan besi dalam tubuh. Ia sekali
gus membawa kepada peredaran darah yang baik dan mampu membawa kepada
pertumbuhan tisu-tisu yang sihat.
Penglihatan Yang Tajam
Kekerapan memakan buah plum boleh mencegah kemerosotan makula dan sebarang jangkitan pada mata dalam tempoh masa yang panjang. Selain menyihatkan, sering mengamalkan makan buah plum juga mengekalkan ketajaman penglihatan.
Kekerapan memakan buah plum boleh mencegah kemerosotan makula dan sebarang jangkitan pada mata dalam tempoh masa yang panjang. Selain menyihatkan, sering mengamalkan makan buah plum juga mengekalkan ketajaman penglihatan.
Penyelidik mendapati bahawa buah plum
memiliki agen anti barah yang dikatakan mampu membantu mencegah
pertumbuhan sel-sel berkanser dan tumor dalam tubuh. Dengan memakan buah
plum dalam masa yang berpanjangan juga boleh mengurangkan peluang untuk
mendapat penyakit jantung. Ini kerana buah plum memiliki agen-agen
pembersih tertentu yang memastikan darah tetap asli dan mencegah
komplikasi pada jantung.
Buah plum memiliki
kandungan vitamin C yang tinggi. Ini bermakna buah plum mampu membantu
melindungi tubuh menentang masalah kesihatan seperti asma, barah kolon,
osteoartritis dan artritis reumatoid. Pengambilan buah-buahan kaya
dengan vitamin C, juga membentuk ketahanan menentang agen-agen
berjangkit, menentang keradangan dan radikal bebas yang berbahaya pada
kesihatan.
Buahnya juga kaya dengan kumpulan
vitamin B kompleks seperti niasin, vitamin B-6, dan asid pantothenic.
Vitamin-vitamin ini bertindak sebagai co-faktor membantu tubuh
memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein. Vitamin K juga perlu
dalam kebanyakan fungsi faktor-faktor pembeku dalam darah dan juga
metabolisme tulang. Ia juga dikatakan mampu mengurangkan penyakit
Alzheimer.
Mengawal Fungsi Sistem Penghadaman
Isi buah plum rendah kalori dan tidak mengandungi lemak tepu tetapi mengandungi pelbagai sebatian, mineral dan vitamin yang merangsang kesihatan. Sebatian-sebatian yang hadir dalam buah plum seperti serat pemakanan, sorbitol dan isatin terkenal dalam membantu mengawal fungsi sistem penghadaman dan ini amat baik bagi mereka yang menghadapi masalah sembelit.
Isi buah plum rendah kalori dan tidak mengandungi lemak tepu tetapi mengandungi pelbagai sebatian, mineral dan vitamin yang merangsang kesihatan. Sebatian-sebatian yang hadir dalam buah plum seperti serat pemakanan, sorbitol dan isatin terkenal dalam membantu mengawal fungsi sistem penghadaman dan ini amat baik bagi mereka yang menghadapi masalah sembelit.
Buah plum juga kaya dengan mineral
seperti kalium, florida dan besi. Besi amat diperlukan untuk pembentukan
sel-sel darah merah. Manakala kalium adalah komponen sel penting yang
dikatakan mampu mengawal kadar degupan jantung dan tekanan darah.
Walaupun
terdapat pelbagai khasiat dan kebaikan buah plum, namun begitu
pengambilan untuk tujuan kesihatan dan perubatan perlulah mendapat
nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan
kemudaratan di kemudian hari.
No comments:
Post a Comment