07 June 2012

Better Late Than Never

Ada masanya, apa yang dihajati tidak kesampaian. Hidup ini banyak rintangannya. Setiap kali memasuki tahun baru, azam dan cita-cita yang disemai seringkali terbengkalai di tengah jalan akibat kebiasaan buruk yang sukar untuk you all ketepikan atau kesalahan yang berulang kali dilakukan.
 
Jadi, apa solusi yang boleh you all lakukan? Walaupun sudah pertengahan tahun, masih belum terlambat untuk you all mencapai resolusi yang diimpikan. Kata orang, better late than never. Jom kaji apa yang boleh diubah demi memperoleh kejayaan yang diharapkan.
 
Jadikan orang sekeliling sebagai guru
 
Memang mudah bagi you all untuk menanam rasa benci dan meluat pada orang lain. Tapi cuba you all cari diri sendiri dahulu sebelum mentafsir orang lain. Mungkin apa yang menjadi kebiasaan bagi you all tu tak sesuai dengan persekitaran sosial yang you all diami.
Memahami diri sendiri adalah sangat penting dalam membantu you all berhubungan dengan orang lain sekaligus menyusun cara dan langkah untuk menggapai cita-cita.
 
Cuba mengerti untuk dimengerti
 
Seringkali bila mendengar permasalahan orang lain, you all cenderung mendengar sebahagian sahaja luahan mereka. Selebihnya, you all sibuk memikirkan apakah nasihat yang sesuai untuk diberikan.
Cara begini adalah tidak efektif kerana you all hanya melihat dari luar ke dalam. Pengaruh you all juga tidak akan berkesan bila tidak melihat dunia dari mata orang lain. Cubalah memahami, pasti you all akan dihormati.
 
Tika dan saat ini
 
Salah satu kunci kejayaan adalah yakin dengan apa yang dilakukan dan sentiasa bersikap positif untuk mencapai kecemerlangan. You all juga perlu berpijak di bumi yang nyata dan memanfaatkan apa yang you all ada sekarang.
Terlalu memikirkan perkara yang telah berlalu atau belum berlaku hanya akan menghalang you all daripada membina masa depan yang baik. Hidup ini terlalu singkat. Jangan sia-siakan peluang yang ada di depan mata.
 
Lari dari zon selesa
 
Kalau you all nak tahu, Nokia asalnya hanyalah sebuah perindustrian pembuat kertas dari Filipina. Disebabkan kurang berjaya, mereka beralih kepada perindustrian kasut boot pula. Begitulah sehingga mereka mencuba perusahaan telekomunikasi terkemuka dunia.
Kronologi pengalaman Nokia membuktikan bahawa kalau you all hanya duduk di zon selesa dengan rutin yang sama, hanya sedikit yang akan you all pelajari. Cuba keluar dari zon selesa tersebut dan cuba sesuatu yang baru. Mungkin you all akan bertemu dengan bakat yang you all sendiri tidak terduga.
 
Fokus
 
Jangan sesekali memikirkan apa yang tidak mampu you all lakukan atau miliki, sebaliknya fokus kepada apa yang mampu you all lakukan pada saat ini. Jika you all fokus pada visi, impian dan membayangkan secara spesifik tujuan, jalan menuju sukses pasti akan terbuka dengan sendirinya.
Lupakan yang lain, termasuk segala kegagalan masa lampau kerana ia hanya akan membebankan pemikiran.
 
Jangan pernah menyerah
 
Pepatah Melayu mengatakan bahawa “gagal sekali bukan bererti gagal selamanya.” Realitinya, jarang kita dengar orang yang sukses hanya dengan sekali cuba.
Pepatah Cina pula mengatakan “godaan untuk menyerah akan lebih besar pada saat you all hampir kepada kejayaan.” Jadi sentiasa ingat, bila you all hampir berputus asa, itu maknanya you all telah terlalu hampir dengan kejayaan.
 
Terima kegagalan
 
Kegagalan sebenarnya adalah satu pengajaran yang sangat berharga dan tidak akan terdapat di mana-mana buku. Jika you all tidak pernah gagal, bagaimana you all akan belajar dan menyiapkan diri untuk menghadapi masa depan yang penuh rintangan?
Keberanian menghadapi kegagalan sebenarnya membantu you all mengenal keunikan dan potensi diri. Cuba fikirkan, Thomas Alva Edison gagal 10, 000 kali sewaktu mencipta mentol elektrik. Adakah dia berputus asa? Jika benar dia berputus asa, sudah tentu you all menonton TV dengan cahaya lilin sekarang nie. J
 
Berfikiran positif
 
Kebanyakan orang sering menghabiskan masa dengan merenung dan membicarakan hal-hal yang negatif. Sikap pesimis sebegini hanya merugikan diri you all sebenarnya.
Jangan biarkan pemikiran you all dicemari dengan kata-kata negatif ini. Sentiasa optimis, percaya pada diri dan berusaha keras. Kejayaan hanya akan datang kepada orang yang berusaha.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...