Wow..asyik post makanan je, nape?
Kami meraikan sambutan ulangtahun perkahwinan kami yang ke-10 tahun di sini. Kami tak suka sangat beli kek bagai. Kami suka gi makan-makan kat luar. 31 disember 2014, au teringin makan seafood di tepi pantai. So, terlintas la difikiran nak makan seafood kat sini. Walaupun tempat ni cuma pelabuhan je. Banyak jugak kami order, sampai tak larat nak habiskan. Nasib baik anak-anak ramai. Akhirnya habis juga makanan tu.
Sampai je kat sana, terus pilih udang, ketam,lala, ikan siakap dll. Lepas tu baru decide nak masak apa.
Apa yang kami order?
Udang goreng tepung
Ketam masak pedas/cili
Lala masak pedas
Siakap stim kalau tak silap...(lupa) dan tiada dlm gambar.
yang satu lagi tu aku tak ingat namanya..apa ek? tapi sedap gak walaupun 1st time try. Aqil la paling suka benda tu. Dia yang menghabiskan.
Air pun tak ingat dah sebab tak snap gambar air..padan muka.
Perjalan ke sana amat mencabar sebab melalui jalan yang banyak lori treler. Lori treler kat sana memang bawa laju giler. So, korang bawa la slow2. Takyah nak potong lori sebab lori2 tu semua akan potong tau..betapa takutnya bila lori treler ada kat sebelah.
Makanan kat sini best dan terbaik. Dan ramai sangat orang. Harga berpatutan.
No comments:
Post a Comment