18 February 2015

Bersantai di Tanjung Biru (Blue Lagoon) Port Dickson




















Haiii...mood nak balik kampung dah hr ni...

Sebelum balik kampung, me nak update blog dulu. Aktiviti hujung minggu kalau ke pantai memang suatu tempat yang paling menyeronokkan selain balik kampung.

Aku google dulu sebelum pergi. Aku search pantai tercantik di PD. And then keluar Pantai Tanjung Biru. Bila tengok gambar kat blog orang, wah cantiknya pantai itu. Nak pergi, nak pergi, nak pergi..

Pantai yang tenang dan landai. Sesuai untuk aktiviti mandi-manda. Orang pun tak ramai macam kat Teluk Kemang tu. Aku suka...suka..suka...

Memula, cari port utk bentang tikar. Tetiba nampak pulak orang sebelah aku, ada la dalam 2-3 family buat BBQ..wah  sedap nya membako di tepi laut.. Time tu aku tak la bawa dapur gas kecikku tu...Sebab memang tak plan nak berBBQ pun. Takpe lain kali nak BBQ kat sini la..

Gambar yang aku ambik tu kurang pencahayaan dan agak blur...nanti kalau korang nak tengok gambar real dan pantai yang membiru tu..blog search je Tanjung Biru PD...akan keluar la gambar yang very cantik tu..

Selepas siap mandi-mandi, kami search jugak tempat makan best dan murah di PD...sekarang dunia dah canggih...Google aje.. Keluar la Restoran Jimat Tomyam PD.  Alhamdulillah...sedap dan murah..nasib baik aku baca review dalam blog tu...so, blog tu tak tipu la restoran tu murah, sedap dan cepat..

ok..nanti aku sambung pasal Tanjung Biru lagi...sebab aku repeat gi sana weiii...tapi kali ke-2 pergi..i tak mandi mandi..anak-anak je..i berselfie sakan je...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...