18 February 2015

Bersantai di Tanjung Biru (Blue Lagoon) Port Dickson




















Haiii...mood nak balik kampung dah hr ni...

Sebelum balik kampung, me nak update blog dulu. Aktiviti hujung minggu kalau ke pantai memang suatu tempat yang paling menyeronokkan selain balik kampung.

Aku google dulu sebelum pergi. Aku search pantai tercantik di PD. And then keluar Pantai Tanjung Biru. Bila tengok gambar kat blog orang, wah cantiknya pantai itu. Nak pergi, nak pergi, nak pergi..

Pantai yang tenang dan landai. Sesuai untuk aktiviti mandi-manda. Orang pun tak ramai macam kat Teluk Kemang tu. Aku suka...suka..suka...

Memula, cari port utk bentang tikar. Tetiba nampak pulak orang sebelah aku, ada la dalam 2-3 family buat BBQ..wah  sedap nya membako di tepi laut.. Time tu aku tak la bawa dapur gas kecikku tu...Sebab memang tak plan nak berBBQ pun. Takpe lain kali nak BBQ kat sini la..

Gambar yang aku ambik tu kurang pencahayaan dan agak blur...nanti kalau korang nak tengok gambar real dan pantai yang membiru tu..blog search je Tanjung Biru PD...akan keluar la gambar yang very cantik tu..

Selepas siap mandi-mandi, kami search jugak tempat makan best dan murah di PD...sekarang dunia dah canggih...Google aje.. Keluar la Restoran Jimat Tomyam PD.  Alhamdulillah...sedap dan murah..nasib baik aku baca review dalam blog tu...so, blog tu tak tipu la restoran tu murah, sedap dan cepat..

ok..nanti aku sambung pasal Tanjung Biru lagi...sebab aku repeat gi sana weiii...tapi kali ke-2 pergi..i tak mandi mandi..anak-anak je..i berselfie sakan je...

17 February 2015

Jalan-Jalan Ke Pekan Sari Maran 2014

Muka ceria dapat pergi pekan sari..yeayy yahooo

 

Antara juadah yang dijual di pekan sari Maran. ermmm sedapnya kuih koleh kacang tu...

Ermmm...kuih taik minyak pun bestnya..


Menu wajib dibeli kat pekan sari tu adalah keropok lekor...

Antara sebahagian kawasan pekan sari

ermmm...sedapnya tengok keropok itu...

 gerai air ni..sebelah gerai keropok tu je

bila tengok air yang menarik cam ni...memang kena beli la..kang teringat-ingat lak kat rumah.

yeayyy...esok nak balik kampung..jumpa mak abah adik kakak..

16 February 2015

JJCM Wong Solo Ampang 2014

Muka banyak happy dapat kuar jalan-jalan.

Bergambar dahulu sebelum makanan sampai

Keadaan dalam restoran. Sebelah kiri tu, boleh naik tangga dan makan bersila di atas.

 Set Nasi Ayam Bakar Wong Solo

 Jus Alpukat..best

 ABC kot...ntah lupa da..sedap sangat sebab banyak bahan

Ayam dan Sotong Goreng Tepung


ALAMAT:

JL. DAGANG B/3A NO G 18 & G 19, TAMAN DAGANG 68000 AMPANG, SELANGOR.
NO.TELEFON: 60342701947

13 February 2015

JJCM Tanjung Harapan Klang 2014






Wow..asyik post makanan je, nape? 

Kami meraikan sambutan ulangtahun perkahwinan kami yang ke-10 tahun di sini. Kami tak suka sangat beli kek bagai. Kami suka gi makan-makan kat luar. 31 disember 2014, au teringin makan seafood di tepi pantai. So, terlintas la difikiran nak makan seafood kat sini. Walaupun tempat ni cuma pelabuhan je. Banyak jugak kami order, sampai tak larat nak habiskan. Nasib baik anak-anak ramai. Akhirnya habis juga makanan tu.

Sampai je kat sana, terus pilih udang, ketam,lala, ikan siakap dll. Lepas tu baru decide nak masak apa.

Apa yang kami order?

Udang goreng tepung
Ketam masak pedas/cili
Lala masak pedas
Siakap stim kalau tak silap...(lupa) dan tiada dlm gambar.
yang satu lagi tu aku tak ingat namanya..apa ek? tapi sedap gak walaupun 1st time try. Aqil la paling suka benda tu. Dia yang menghabiskan.
Air pun tak ingat dah sebab tak snap gambar air..padan muka.

Perjalan ke sana amat mencabar sebab melalui jalan yang banyak lori treler. Lori treler kat sana memang bawa laju giler. So, korang bawa la slow2. Takyah nak potong lori sebab lori2 tu semua akan potong tau..betapa takutnya bila lori treler ada kat sebelah.

Makanan kat sini best dan terbaik. Dan ramai sangat orang. Harga berpatutan.

11 February 2015

JJCM @ Kampung Baru KL 2014






Hai...kejap je bersawang blog aku ni. Berapa hari je tak update, terus bersawang.

Sorry, puan blog tak berapa sihat sangat. Layan gambar dan cerita sikit-sikit je la yek.

Makanan kat atas tu order by set sebenarnya..cuma tambah sikit side order. Harga setelah dicampur dengan side order masih tak sampai RM50. Murah kan?

Apa yang aku order:

Set
Nasi Putih 2 (kalau tak silap la)
Tom Yam Campur
Daging Masak Merah
Telur Bistik
Timun dan Sambal Belacan

Side Order
Sup Perut
Kerang Bakar
Pulut Mangga

Air tak ingat pulak. Lupakan je la. Nama kedai pun tak ingat..nasib la kan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...