11 December 2013

Teruja Melihat Hujan Meteor


Terlupa nak cerita pengalaman manis yang tak mungkin aku lupakan iaitu dapat melihat hujan meteor jatuh.

Memang bersengkang mata dan berdoa kepada Yang Maha Esa supaya aku dapat melihat ciptaan-Nya itu.

Akhirnya dalam pukul 11.00-12.00 malam (bulan Ogos 2013) aku dapat juga melihatnya bersama adik dan rakan-rakanku di kampung. Pengalaman itu sentiasa diingatan.

Pancuran meteor Perseid antara paling menarik kerana cahayanya terang dan boleh dilihat dengan mata kasar di kawasan lapang. "Pancuran meteor berlaku apabila bumi melintasi laluan komet dan menyebabkan debu-debu komet ini terbakar apabila memasuki atmosfera bumi.

Dijangka pada 17 Disember 2013 akan berlakunya hujan meteor. In Shaa Allah, aku akan bersengkang mata lagi melihat kejadian itu.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...